Monday 28 February 2011

Birthday Preparation Part IV

Lagi gambar sempena anak2.Budget agak tinggi..(sebenarnya lari budget sikit). Tetapi memandangkan sambutan untuk dua orang sekaligus...rasanya agak setimpal jugakla..Mana taknya..Yang sulung (Ilhan) lahir 28 Feb 2008..Kaleesya pulak lahir 27 Feb 2010...Cuma yang coming soon ni lari 'tajuk'...hehehehe

 Tengah melantak kek...belum tengok adik dia lagi...

 Sebahagian makanan yang akan disumbat ke dalam goody bag

 Dah siap packing...masuk dalam kotak. Goody bag boleh order kat popai-partyhousekids



 bakinglover.com for simple cupcake


 Goodies bag untuk dihantar ke taska

 Red Velvet...bakinglover.com

Ni la rupa Chaca menikmati kek dan lollipop...

Birthday Preparation Part III

Hari ni boleh tarik nafas lega sebab semua preparation untuk birthday anak2 dah settle. Even ada yang terkurang...No body perfect.

Pagi2 dah busy pergi amek kek kat bangi, pastu amek lolliop coklat kat equine, pastu balik rumah packing goodies bag...sekali lupa plak nak letak tag...tengahari pas anta goodies bag kat ofis, lari jap pegi IOI beli kertas and pen...buat tag and letak kat goody bag yang nak diagihkan kat nursery. Petang pegi taska bawa kek, menyanyi Happy Birthday then distribute goody bag. Pastu balik...yang tak bestnya, birthday boy and birthday gurl buat hal plak...mengamuk...

gambar sebelum majlis...kedua2nya nampak happy

ketika majlis berlangsung di taska..

Kek yang bertemakan Ben 10 dan Princess berada di taman.

Goody bag yang disediakan agak simple...Ada dua jenis, untuk boy ada Ben 10 dan untuk gurl ada Princess. Tapi disebabkan goody bag tu tak mencukupi, terpaksa campur dengan Spongebob..

 Ben 10
Princess

Letih juga walaupun agak simple. Mana tak...dengan kelam kabut pindah rumah last Friday. Rumah pun tak abis kemas lagi, bersepah2 barang. Mau Popai ter due awal kalau kemas semua sekaligus..Memang tak larat langsung. Boleh tengok kat birthday preparation iv untuk gambar selanjutnya...

Thursday 24 February 2011

Pindah rumah

Ikutkan this week Popai dah kena pindah keluar dari rumah yang di duduk sekarang. Masalahnya rumah baru yang kami nak masuk tu...tuan rumah tak abis lagi mengangkat barang. Hari tu kata tinggal barang2 kecil. Bila dapat kunci hari ni, kami pegi tengok...Ya Allah...banyak lagi barang dia. Dengan motor skuternya, almari dapurnya. So bila sebenarnya kami boleh masuk rumah baru? Ikut perjanjian asal, kami boleh masuk rumah baru tu last week lagi. Tapi disebabkan dia tak abis mengangkut barang, terpaksa ditunda. Sekarang takkan nak tunda lagi? Mesti tuan rumah yang Popai duduk sekarang tak bagi dah Popai duduk sebab sewa bulan ni pun Popai tak bayar coz tolak deposit aritu...

Speechless...Taktau dah nak cakap apa. Kita ni nak cepat sebab dah arrange sewa lori, upah orang angkat barang, nak basuh rumah lagi. Ingatkan bolehla masukkan dulu barang kecik2 dulu, yang besar2, yang dlm kotak boleh pindah kemudian naik lori. Susah betul! Kalau tau macam ni, memang awal2 lagi Popai cari rumah lain. Takpelah sewa mahal sikit pun, janji badan ni tak penat...

Ni barang kat rumah pun tak abis packing lagi. Taktau yang mana nak di packing terlebih dahulu. Nanti dah siap2 masuk dalam kotak tetiba nak guna...macam blender, semalam pas buat bubur dan sup anak, ingatkan bolehla blend dan simpan dalam peti ais...sekali cari punya cari baru teringat yang blender tu dah disimpan dalam kotak...

Selagi tak confirm bila sebenarnya tuan rumah tu nak angkat barang dia keluar abis...selagi tu Popai akan rasa penat sebab tak leh nak packing semua barang rumah. Aduh...penatnya...

Wednesday 23 February 2011

Birthday Preparation Part II

Hari ni nak update barang yang dah dibeli...Popai cuba mendapatkan barang dengan harga murah (harga borong) tapi rupa2nya lebih kurang jek. Kecuali kalau kita beli dengan kuantiti yang banyak. Kuantiti banyak tu bukan setakat lebih dari 1...tapi baaaaannnnyyyaaakkkk sangat....baru leh dapat harga borong. Tipah tertipu! Kalau taula harga lebih kurang dengan kedai biasa, tak hingin Popai bersusah payah meng google cari kedai wholesale kat KL...







Oleh kerana Popai rasa agak sukar mendapat barang dengan harga berpatutan...Popai plan nak buat khidmat menyediakan goody bag untuk sebarang majlis/ party yang melibatkan kanak2...Kemudahan bagi mereka yang tidak mempunyai masa nak pegi cari kedai, survey harga barang dan nak buat budget... Nanti Popai bagitau nama blog and fb...

Kembali pada citer birthday preparation anak2 ku...Popai plan nak bagi goody bag kat nursery diaorang and dalam goody bag tu nak isi dengan Colouring Book, Sticker, Pensil, Ruler, Cupcake and Lollipop. Yang nak bagi kat member ofis plak letak cupcake, lollipop, candy. Budget memang lari giler2. Tapi redha jelah, setahun sekali jek Lagipun bukan mewakili seorang, tapi dua birthday kids sekaligus..hehehehehe...So budget agak costly sket even hubbyku merangkap daddy diaorang bising...

Semua barang dah siap, tinggal tunggu makanan yang akan siap pada 27hb ni. So 28hb dah boleh distribute kat nursery...haruslah Popai amek leave hari tersebut...

Tuesday 22 February 2011

Besday preparation Part I

This week Popai agak busy (bukan busy body yek Busy body bukan certain week jek, tapi every week, 24-7) Busy dengan nak siapkan assignment yang tertangguh, nak pindah rumah by end of this month, dan yang paling penting/ utama sekarang...nak prepare birthday celebration untuk dua org anak tersayang.

Kebetulan tarikh lahir diaorg selang sehari jek...yang sulung 28 Feb, yang nombor dua tu plak jatuh pada 27 Feb.

Actually bukanlah nak buat birthday party pun...cuma nak prepare sikit goody bag untuk distribute kat nursery anak and kat ofis Popai.

Goody bag tu pula terbahagi kepada dua bahagian...separuh design for boy (where my son pilih Ben 10 as usual) dan separuh lagi Popai pilih design Princess untuk anak perempuan, even my baby girl tu agak lasak more to baby boy...hehehehehe. Dalam goody bag tu Popai plan nak letak sket souvenir macam colouring book ke, sticker ke, alat tulis ke and makanan.

Yang tu untuk diagihkan di Nursery...yang nak distribute kat ofis agak simple skit la. Dalam goody bag tu just letak makanan and air kotak.

Popai plan by this week nak cari semua barang tu kat kedai wholesale kat area Petaling Street...Cake, Cupcake and Chocolate lollipop dah tempah...tinggal beli minuman.

Bila semua barang2 tu dah disiapkan...Popau akan amek gambar dan upload...tungguuuuuuuu...

Introduction - Introduksi

Salam 1 Malaysia...

Soklan yang biasa kita kena soal bila tetiba jek gatal tangan nak buka blog... (FAQ)

1. Apsal kau buka blog ni?
    saja nak lepaskan apa yang terbuku di hati...lagipun ikut suka akula...aku yang menaip...hehehehe
   (kasarnya bahasa- bahasa menunjukkan bangsa)
2. Ada ke masa nak meng updet?
    Ada masa aku updet...takde masa...aku lupakan seketika
3. Ada ke orang nak baca blog ni?
    Yang tu belakang cerita...janji aku dapat meluahkan apa yang terpendam...huhuhuhuhu...
4. Best ke blog ni?
    Tak kesahla best ke idak...bukan dapat award pun...

Ada banyak lagi persoalan...tapi Popai dh rasa malas plak...so setop kat sini jelah sebagai introduction...