Saturday 16 April 2011

Anak Bulus Angkat

Khamis, bersamaan 13 April 2011, Popai dapat anak bulus angkat. Popai adopt dari Petfinder, sebab kesian pulak tengok little kitten ni. Actually ada sorang student tu advertise for the whole family, tapi memandangkan Popai pun dah ada 4 ekor anak bulus kat rumah ni, so Popai decide amek sekor jelah.

First sebab Popai kesian kat kucing-kucing yang terbiar, 2nd sebab Popai ni memang cepat kesian bila sesuatu yang berkaitan dengan kitten, and 3rd sebab Popai ni memang suka kepada haiwan peliharaan.

Popai selalu berangan, kalaula dapat memiliki sebuah kediaman yang mempunyai halaman sendiri, Popai nak buat sebuah pondok kecik untuk anak2 bulus Popai. Pastu nak buat sebuah bilik kecik, nak letak haiwan peliharaan yang lain. Antara haiwan peliharaan dalam list

1. Hamster sepasang (nak cari baka Syrian)
2. Guinea Pig sepasang (tak decide lagi nak cari baka apa)
3. Sugar Glider sepasang
4. Tortoise sepasang
5. Arnab sepasang (nak cari yang jenis telinga loop)

Hubby Popai selalu perli, "kan lebih baik jek kita bina Zoo kecik kat halaman rumah. Sapa2 yang nak datang melawat, kita caj RM5 per entry. At least boleh buat modal beli makanan untuk haiwan2 peliharaan tu". Tapi Popai buat pekak telinga jek. Sukatila, dah Popai suka, nak buat camne kan...Actually kucen tu pun dia tak setuju Popai bela.

Dulu masa mula2 kawen, mula2 duduk sendiri, Popai ada bawak sekor anak bulus kesayangan. Nama dia Mongkeh. Memang sayang giler la Popai dekat Mongkeh ni. Kalau Popai ada rumah, Mongkeh ni pun akan lepak dlm rumah. Hubby selalu perli Popai, "apa kata kita minta sewa rumah separuh dari Mongkeh...bukan main senang lenang lagi dia melepak dalam rumah. Dahla makan minum free." Kadang2 nak tergelak pun ada.

Tapi Mongkeh sekarang hanya tinggal kenangan sebab dia hilang entah kemana. Puas dah Popai cari, tak jumpa. Memang depress jugakla masa tu...yelah, dia peneman di kala diri kesunyian. Sampai sekarang, kalau pusing2 area taman Popai duduk dulu, mesti usha2 kotla terjumpa dengan Mongkeh kalau dia masih idup. Dia kalau dengar jek suara Popai, berlari balik rumah.

Okay, kembali kepada cerita asal...tentang anak bulus angkat yang baru. Popai tak decide lagi nak bagi nama apa. Selalunya nama ni spontan jek. Dulu arwah abah yang cekap bagi nama ni. Popai tak pandai sangat. Yang ada 4 ekor ni pun, main sedap panggil jek..

My handsome boy, Kutak (ah tuck) - kaler oren, domestic long hair

My lovely boy, Kiki - kaler cream, domestic long hair (anak Kutak dengan Ming Ming)

 
Naughty boy, Buyuk - kaler itam perang, domestic medium hair (anak Kutak dengan Lini)

The Queen, Tecik - 3 kaler - putih, kuning, itam, domestic long hair (anak Kutak dengan Lini)

 
Yang latest ni belum bagi nama...ada cadangan tak nak bagi nama apa...?
1. Gugurl
2. Tiny/ Tini
3. Tenit

Saturday 9 April 2011

Set lepas Bersalin

Lepas bersalin, apa supplement atau jamu yang korang amalkan? Maksud Popai, brand apakah yang korang pilih untuk ubat2an selepas bersalin? Dalam bahasa omputih, Confinement set.

Masa 1st baby, Popai pakai product amway. Hubby masa tu agak kedekut nak melabur...so kebetulan adik dia baru lepas abis berpantang and guna product Amway tu tak habis...so dia bagi kat Popai. Popai pun makan yang balance2 sajork...

2nd baby, Popai start melabur beli product untuk kegunaan sendiri. Popai beli Nona Roguy, one set RM300. Ok jugak produk ni especially untuk mengatasi masalah sembelit. Takde problem langsung! Lancar jek...tapi bila baby kena jaundice, Popai stop kejap pengambilan ubat Nona Roguy sebab mak kata jamu2 ni panas. Then bila baby dah ok, continue semula. Set Bersalin Nona Roguy ni bukan sahaja bagus untuk mengatasi masalah sembelit, nak menambahkan susu badan pun boleh.


Shaklee Confinement Set
(Pinjam gambar, agak2 kena saman tak?)

Yang 3rd baby ni, Popai plan nak tukar productla...nak try Product Shaklee. Kalau baca testimoni, kebanyakannya memberi komen positif. Confinement set Shaklee ni semuanya vitamin (bukan jamu). Kalau ikutkan yang Popai baca dengan merujuk laman web GenkiMomma ni, set Shaklee ni antara kelebihannya boleh mengelakkan baby kena jaundice dan dalam masa yang sama menambahkan susu badan. Popai berazam kali ni nak try fully breastfeed baby. Sedey sangat sebab masa Atim dengan Chaca, tak berkesempatan. Popai dah buat beberapa survey harga untuk product Shaklee ni...harga semua lebih kuran jek, one set RM100. Berpatutan dan memenuhi budget. Lagipun yang sapu2 semua still ada lagi...boleh guna semula. Insyaallah, before due nanti Popai nak order one set. After pantang, boleh continue set untuk breastfeeding pulak.

Saturday 2 April 2011

My Wishlist for 3rd baby

Popai ada beberapa barang baby yang nak dimasukkan dalam wish list...setiap hari Popai akan survey harga kat mudah.my. Kalau harga berkenan, Popai akan cuba deal dengan orang yang mengiklankan barang mereka kat mudah.my. Popai cuba dapatkan harga berpatutan dengan kualiti barang tersebut. Sebab ada barang yang memang masih berkeadaan elok. Condition 9/10. Ada juga yang function masih OK, cuma condition level maybe dalam 7/10.

Berikut antara barang baby yang Popai nak dapatkan :
  1. Playpen - nak letak kat bahagian ruang tamu. So kalau lepak kat bawah, boleh letak baby kat dalam Playpen. Takdela diganggu oleh Atim atau Chaca. Lagipun ada tempat changing diaper, so senang sikit. Budget <RM200..alhamdulillah, dah dapat pun. Barang masih elok seperti baru. Menurut tuan punya, memang diaorg buka utk hiasan, sebab baby diaorg taknak duduk dalam tu. At last terpaksa dipacking semula. Semuanya masih baik. Diaorang siap datang rumah (special delivery) and tunjukkan cara2 pasang Playpen tu. Memang tersangat puasati. Cuma ada terkilan sikit sebab harga diiklankan kat mudah RM200...then tiba2 bila Popai confirm nak beli, di naikkan harga jadi RM250.
  2. Baby Cot - mesti korang kata, eh dah ada playpen, nak buat apa lagi baby cot? Jawapannya, baby cot ni untuk dalam bilik. Kalau tak baby nak tido mana sebab katil dah penuh dengan Popai and my son, Atim. Kalau hubby balik, dengan hubby lagi. Chaca dah tentu tido dalam baby cot dia sebab lasak sangat. So kena cari satu lagi baby cot. Dah jumpa baby cot yang berkenan di hati. Harga pun agak berpatutan, RM230 (tidak termasuk tilam). Nak kena discuss dengan hubby. Kalau dia setuju, Popai akan order online. Kalau tak tunggu dia balik jelah.
  3. Maxi Cosi Infant Car Seat - yang ni pun dah jumpa. Harga amat berpatutan. Menurut owner, condition 8.5/10. Car Seat ni amat diperlukan untuk letak baby time nak anta ke nursery nanti. Budget Popai RM300 and below for COD or include postage. Popai dapat RM300 include postage. Color hitam, line orange dan boleh digunakan bersama stroller Quinny Zap. (Popai dapat satu lagi Maxi Cosi Infant Car Seat...kaler merah + kelabu. Kalau sapa2 berminat boleh ke blog all-in-one-haus.)
  4. Baby Bouncer Child seat Fisher Price - Popai tengah deal dengan owner untuk COD. Harga offered RM250. Popai dapat tawar, RM200. Barang tu kalau tengok memang macam baru lagi. Lebih kurang macam playpen yang Popai beli tu. Masalahnya masa untuk COD tu agak terhad. So sekarang ni tengah deal nak jumpa kat mana. (dah beli pun...rasa macam menyesal pun ada. Sebabnya kalau ikutkan still mahal RM200 tu coz harga asal sekarang boleh dapat RM299 jek. Kalau Popai survey betol2 aritu, boleh mintak kurang lagi. Barang pun bukannya new items atau display unit. Tapi used stuff. Nak buat camne, dah terbeli)
  5. Baby Monitor - lama dah sebenarnya nak beli baby monitor ni. Tapi harga menakutkan. Bila survey2 kat mudah.my, Alhamdulillah ada jugak harga berpatutan. Tapi sebab sekarang budget belum mengizinkan, jadi Popai tunda sehingga dapat green light dari hubby. Apa2 pun kenalah refer kat hubby sebab nak guna duit dia beli barang2 ni. Setakat ni yang Popai tengok harga berpatutan, brand TOMY (made in Japan). Kalau Phillips tu agak menakutkan harganya...