Monday 30 May 2011

Dugaan ketika berpantang

Macam-macam dugaan yang perlu Popai lalui masa berpantang...padahal baru 2 minggu. Popai rasa macam dah tak pantang dah. Penat...

Chaca kena chicken pox + telinga kuar cecair + latest, sakit mata. Penat sungguh walaupun hubby ada. Sebabnya, biasalah budak bila sakit, mestila sikit2 merengek. Lelaki ni tahap kesabaran diaorang agak kurang berbanding dengan wanita. So bila Chaca asyik merengek jek, hubby jadi serabut. Bila dia serabut, startla dia membebel mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati. Popai pun jadi bertambah serabut.


Semalam, anak sulung plak admitted. Demam panas and hampir2 nak kena seizure semula. Actually my son ni memang setiap kali demam, temperature mesti melampau2 naik. Start dari umur dia 8 bulan...and setiap kali demam panas, mesti dia kena sawan. Tapi dah lama jugala dia tak kena demam panas ni...last dia kena masa Popai tengah pantang anak no 2. Doktor informed dia demam sebab virus tonsil. Tonsil dia bengkak, suara pun dh lain macam.

So hubby terpaksa jaga anak sulung kat hospital, Popai plak duduk rumah jaga Chaca dengan third baby, Amani. Letih sangat2...dengan kita tengah berpantang. Nak uruskan anak2...nak uruskan rumah. Dugaan untuk Popai.

Kadang bila kita dah terlampau penat, jiwa ni jadi terlebih sensitif. Tak boleh salah skit, mesti rasa nak marah dan kecewa yang melampau. Alhamdulillah Iman di dada ni masih utuh, takdela frust sampai nak meroyan.

Hopefully semuanya kembali normal dengan segera. Popai dah tak larat dah...Kesian kat anak2 yang masih kecik, kesian kat hubby yang tak abis lagi penat dan kesian kat diri sendiri.

Friday 20 May 2011

Lauk masa berpantang

Nasi putih, bayam rebus, ikan siakap steam

Ni la menu Popai masa berpantang. Kalau ada mak, boleh makan sedap sikit. Tapi di sebabkan kali ni hubby yang jaga masa Popai berpantang, so dia masak ala kadar (even suamiku adalah Chief Cook di atas kapal). Nak tau apa menu utama untuk makan tengahari dan malam (lauk yang sama - dah 3 ari Popai makan lauk yamg sama)? Nasi putih, Sayur bayam rebus, Ikan siakap steam.

Pantang anak no 3 ni ala kadar jek. Coz banyak jugak keja rumah yang Popai kena buat sama. Contohnya lipat baju. Jaga anak2 pun sama juga. Macam biasa Popai kena jaga tengah malam/ pagi buta kalau Chaca bangun nak menyusu. Letih!

Popai belum start mengurut sebab akak yang mengurut tu agak busy minggu ni. Maybe esok atau Isnin baru start mengurut. Stokin tetap Popai pakai, tapi baju Popai just sarung t-shirt biasa. Bukan lengan panjang. Even tido malam pun pasang aircond kejap sebab Chaca dah biasa. Kalau tak pasang aircond, alamat mengamokla princess yang sulung tu. Camne Popai nak pantang betol2.

Popai cuma merasa berpantang betul2 masa 1st baby jek. Masa tu berpantang kat rumah mak. Anak no 2 dengan no 3 Popai decide pantang kat rumah sendiri. Bukan apa, lebih selesa. Lagipun boleh hantar Atim dengan Chaca pegi nursery.

Tuesday 17 May 2011

Detik yang tak berapa cemas on 15 May 2011

Bangun pagi nak solat Subuh, Popai dah start rasa sakit contraction every 10-15 minit. Tapi kadang2 contraction ni main2 jek. So Popai relek dulu...buat taktau. Then around 7.30am, anak2 semua dah bangun. Popai mandikan diaorang dulu, then kemaskan cage anak2 bulus. Bagi makan semua. Barula Popai naik mandi. Masa nak mandi tu, tengok underware ada darah. Baru Popai decide nak pegi hospital.

After mandi, gosok baju and siap2, Popai pun drive pegi hospital. Kebetulan ari Ahad, kereta tak banyak, jalan pun tak jam. Jadi perjalanan ke Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi memang lancar.

Sampai kat hospital parking pun banyak, Alhamdulillah. Lepas parking, amek barang kat bonet and trus naik tingkat 2. Popai informed kat nurse yang jaga kaunter, then dia minta Popai masuk bilik/ wad untuk periksa jantung baby dan contraction. Jantung baby masa tu normal, tapi contraction agak slow tak sekerap masa kat rumah. Then staff nurse masuk nak cek bukaan, rupa2nya dah buka about 5cm. Trus kena masuk labour room.

Dalam pukul 10 lebih, Popai masuk labour room. Oleh kerana Popai sorang2 masa tu coz hubby tak sempat nak balik dari offshore, kakitangan hospital bagi pelepasan kat Popai untuk pegang handphone sepanjang masa. Terima kasih banyak2 sebab bagi kerjasama. Sepanjang dalam labour room tu Popai dok update hubby. Actually kebetulan masa tu kapal yang hubby naik dah masuk port kat Kemaman. Dia dijangka balik hari Isnin. Memandangkan Popai dah nak bersalin hari Ahad tu, trus dia minta pelepasan kat office nak balik on Sunday tu jugak. Alhamdulillah, dia dapat balik walaupun tak sempat nak balik time Popai bersalin. Jadi everything Popai harungi alone.

Masa dalam labour room tu, contraction still slow. Popai target lambat lagila nak bersalinnya. Then doktor O&G datang, cek bukaan. Terkejut Popai bila dia kata dah buka 8cm. Kelam kabut nurse prepare peralatan sebab doktor nak pecahkan air ketuban. (Doktor Fazlina yang selalu cek Popai bercuti, so hari tu doktor lain yang handle - Doktor Noraini Nor). Lepas dia pecahkan air ketuban, Popai still releks lagi. Belum ada tanda2 nak bersalin. Masih boleh update hubby via bbm. Tapi tetiba jek terasa gesa baby nak keluar. Masuk kali ketiga, Popai bagitau nurse. Sekali lagi nurse kelam kabut panggil doktor sebab diaorang cek, kepala baby dah nak keluar.

Doktor datang, cepat2 tahan kepala baby yang dah nampak sebab bukaan masih 8cm. Baby tak menyempat nak keluar jumpa mami dia. Doktor terpaksa gunting sikit supaya baby senang keluar. At last dengan sekali push, Alhamdulillah keluarlah puteri ke-2 Popai yang sihat walafiat dan cukup sifat semuanya. Allah itu maha pengasih. Dia permudahkan segalanya.

Pengalaman Popai melahirkan anak no 3 tanpa suami di sisi. Nama belum decide sebab hubby tak setuju dengan nama yang Popai pilih. Sekarang ni masih mencari2 lagi.

 Me and my little princess

Saturday 14 May 2011

Shaklee Trial Pack - Confinement Set



Popai dah order and dah dapat pun supplement untuk lepas bersalin. Popai decide nak pakai Shaklee. Ada sorang blogger suggest Ambar...dah google, memang bagus. Cuma masalahnya kalau baby ada jaundice, kena stop kejap ubat2 tu. Popai ni kalau dah stop sekejap, alamatnya stop trus. Macam Nona Roguy masa 2nd baby. Disebabkan baby kena jaundice, stop kejap makan ubat2 Nona Roguy, trus tak teratur.

Ikutkan, Shaklee ni takde masalah sebab bukan jamu. So kalau baby kena jaundice pun, takyah stop amek. That is why Popai decide kali ni amek supplement Shaklee. Hopefully sesuai dengan badan. Package trial ni Popai dapat RM100 sekali dengan alfafa (alfafa elok utk breastfeed) and cukup untuk 44 hari waktu pantang. Lepas tu boleh continue supplement yang sama atau boleh amek Breastfeed set pulak kalau menyusu badan. More info boleh rujuk blog di atas.

Update Bubu - Story

Dah bawa Bubu pegi vet semalam. Vet cakap kalo ikutkan Bubu ok, so no injection yet sebab dia still young. Cuma dewormed dan bagi vitamin sebab Bubu kurus sangat. Around 300g only. Agaknya dia rindu mak dia kot.

Popai bagi dia susu, tapi dia taknak. So Popai just bagi wet food, campur skit dengan air atau susu. Masa dia makan tu, bolehla dia jilat sekali air atau susu. Doc suh bagi makan 4 times per day, masalahnya Popai keje. Popai cuma boleh bagi dia makan 3 times per day - pagi before pegi keje, balik keje and malam before tido. Popai ada cek poo dia, tapi tengok OK, tak cirit and tak sembelit. Dia takde muntah, takde taik mata, takde kutu. Hopefully semuanya OK...Next week Popai akan bawa dia pegi jumpa vet sekali lagi. Nak tengok macam mana.

 Bubu yang sangat kurus tengah menung

Bubu

Bubu dengan anak patung Garfield, lebih kurang je sama besar

Thursday 12 May 2011

Bubu : Our new anak bulus

Popai dapat adopt sekor lagi anak bulus. Tapi yang ni kecik sangatla. Rasanya dalam 1 month kot umur dia. Kaler agak menarik, sebab Popai dah lama mengidam anak bulus kaler blue russian.

Masa memula datang, bukan main sombong lagi dia ni. Especially dengan Tini Ongkeh. Siap terangkat2 punggung bila si Tini dekat dengan dia. Tapi dah lama2, diala yang dok terkejar2 Tini. Bergurau tak hengat.

Esok lepas pegi Az-Zahrah check up, Popai nak bawa  Bubu (Atim bagi nama Bubu, sebab kaler dia kelabu) pegi vet. Nak cek tahap kesihatan, sebabnya si Bubu ni taknak minum susu. Even Popai suapkan guna botol susu pun, dia taknak. So sekarang ni dia just makan wet food. Kibbles macam still keras untuk dia. Cuma yang Popai risau, malam ni bila Popai bagi wet food, dia langsung taknak jamah. Tengok pun tidak. Biasanya Popai baru buka tutup wet food tu, Bubu dah tak tentu arah. Dia sakit ke...tadi cek poo dia, mana tau cirit. Tengok macam OK jek..so esok taknak tangguh2 dah. Nak bawa Bubu jumpa vet...
Tengah makan, masa ni memang berselera dia makan


Comot sangat mulut dia, baru lepas melantak.

Lepas makan, bersihkan mulut

Bukan main lagi nak bersihkan mulut dia.

Lepas Bubu makan, barulah Tini boleh amek turn

Blackmores Pregnancy Formula

Hari ni Popai terima bungkusan pos laju...yang mengandungi trial pack supplement Blackmores Pregnancy Formula.


Blackmores Pregnancy Formula provides a comprehensive formulation of 15 essential nutrients including iodine, folic acid, iron and omega-3 fatty acid containing DHA. These nutrients help provide the nourishment required for healthy development while your baby is growing inside the womb and during breastfeeding.

Oleh kerana Popai tak sempat nak try masa pregnant, so rasanya boleh kot ambil supplement ni lepas pantang sebab ada kebaikan untuk breasfeeding kan...

Monday 9 May 2011

Harta Pusaka

Menurut apa yang Popai belajar time sekolah dulu (dulu2 kami kat Johor kena attend sekolah agama after abis sekolah rendah sebelah pagi), hukum Faraid ni jatuh wajib sekiranya Si Peninggal harta tidak membuat sebarang wasiat.

Apa yang Popai faham, sekiranya si Peninggal harta tidak membuat sebarang wasiat, penama kepada harta peninggalan tu wajib membahagikan harta mengikut hukum faraid. Ini bagi mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati di masa akan datang seperti yang terjadi dalam family Popai.


Arwah abah ada tinggalkan harta pusaka dan penama kepada harta2 tersebut adalah mak. Masa abah baru meninggal, Popai ada bagitau kat mak, nanti harta yang abah tinggalkan tu, kena bahagi ikut hukum faraid. Tapi bahagian kami dua beradik (Popai dengan abang), mak boleh pegangkan. Bila kami memerlukan, baru kami minta. Nak tau apa mak jawab? "Duit tu abah ko tinggalkan untuk mak, sebab tu dia tak letak nama korang. Jadi jangan nak pandai2..!!". Terkedu kejap Popai.

Cuma sekarang ni, Popai nak tau, kat mana yang Popai boleh rujuk untuk buat pertanyaan berkenaan dengan harta pusaka. Sekiranya harta tersebut hampir abis dibelanjakan, bagaimana Popai nak dapatkan semula hak Popai.? Bukan apa, Popai geram dan bengang bila dapat tau, harta yang abah tinggalkan (wang pencen) yang boleh beli sebuah rumah teres single storey area KL ni telah hampir abis digunakan. Ke mana duit tu? Yang ada pada simpanan Popai hanyala RM10K...dan ianya juga telah susut sebab bila mak tak cukup duit, dia akan arahkan Popai untuk keluarkan duit tersebut yang Popai simpan dalam asb. Dahla setiap bulan, mak dapat pencen bulanan abah (pencen yang mak dapat melebihi gaji Popai sebulan). Sewa rumah abah kat JB pun mak Popai kaut. So mana pegi duit banyak2 tu?

Sunday 8 May 2011

Happy Mother's Day

Selamat hari ibu kepada semua ibu2 di dunia ini...Jasa dan pengorbanan mu tak ternilai..


Buah hati pengarang jantung Popai.

2nd Mom & Baby Expo 2011 : Mid Valley Mega Mall


2nd Mom & Baby Expo 2011 start Jumaat 06 May 2011 aritu. Popai cuti, sebab nak pegi check up. So balik dari check up tu, takde buat apa, set gps ke Mid Valley, nak pegi expo. Mak ai....nak parking punyala seksa. Dekat 10 kali dok pusing-pusing cai parking. At last, jumpa jugak...

Dahla tu, expo nya kat tingkat 3...nak kena naik lift lagi sebab bawa Atim naik stroller. Hero Popai tu bab jalan ni dia malas skit. Awal2 lagi dia dah sound Popai suh amek stroller kat bonet keta. Yang Popai pelik, sepatutnya orang yang kena naik lift ni, orang yang agak tidak berupaya. Contoh, ada bawa troller, pregnant lady, old-folks, anyone yang bawa anak with stroller or people yang kena naik wheelchair...tapi masa Popai tengah tunggu lift, segerombolan manusia (in seperate group) berebut2 nak naik lift. Dahla kita ni dok menunggu sikit punya lama depan pintu lift...manusia2 yang sihat walafiat ni selamba berasak2 nak duduk depan pintu lift coz nak berebut naik lift dengan Popai (pregnant lady with anak and stroller). Tak paham sungguh Popai. Apa salahnya kalau diaorg tu naik escalator. Mulut Popai ni ringan jek nak sound...isk...

Sebenarnya takde apa pun barang penting yang nak dicari. Sekadar nak pegi jenguk...kot ada yang murah2. Tapi memang kat Expo tu ada discount. Pusing punya pusing (dahla panas giler) dengan bersesak kat Expo tu...at last Popai beli product MAM (bottle, teats untuk baby). Memang murah..Pastu singgah gerai Pet Pet, beli diapers untuk baby. Last sekali tersinggah kat booth Lunatots...ingat nak beli CD (cloth Diapers), cantik2 design...tapi mahal la pulak. Al maklum, sumber pendapatan sedang terhad. Sekali ternampak pulak beg 2 in 1. Boleh letak breastpump Spectra 3 and susu. Normal price RM139.90, after less jadi RM118.90. Nanti dah start keje, tak payahla Popai nak bawa beg banyak2. Satu beg dah cukup untuk bawa pump...

Ikutkan hati, banyak lagi benda nak shopping, rasa macam nak pegi lagi jek. Tapi tak kesampaian, sebab weekend ni nursery anak tutup. Takpela...cukupla apa yang ada tu dulu...

Beg Stylo Mama dengan MAM products

Thursday 5 May 2011

39 weeks already...OMG

Its 39 weeks already...tapi masih belum ada tanda2 awal yg baby nak kuar...hehehehe...maybe dia nak tunggu daddy balik dulu kot... and mami still did not get any news (really hope it will be GOOD NEWS) from daddy.
buruknya kakiku yang bengkak ini

Last two weeks, Chaca demam + flue + coughing. And Popai have to berjaga malam sebab Chaca akan bangun around 3.30 - 4.00 early in the morning sebab hidung dia blocking. Letihnya hanya tuhan yang tahu...dahla after that Popai nak kena pegi keje plak. And finally Chaca getting better but still in running nose and coughing until today.

And last two days, Atim plak start having fever. Yang sulung ni kalau demam, nak kena take care lebih sikit coz dia ada fits / seizure (sawan). Start from 8 months dia kena...and dia penah kena Kawasaki disease. Penah dengar tak? it is not Coxsackie virus. Totally different.
---------------------------------------------------------------
Kawasaki disease (KD), also known as Kawasaki syndrome, lymph node syndrome and mucocutaneous lymph node syndrome,[1] is an autoimmune disease that manifests as a systemic necrotizing medium-sized vessel vasculitis and is largely seen in children under five years of age. It affects many organ systems, mainly those including the blood vessels, skin, mucous membranes and lymph nodes; however, its most serious effect is on the heart where it can cause severe coronary artery aneurysms in untreated children. Without treatment, mortality may approach 1%, usually within six weeks of onset. With treatment, the mortality rate is less than 0.01% in the U.S.[2] There is often a pre-existing viral infection that may play a role in its pathogenesis.[3] The conjunctivae and oral mucosa, along with the epidermis (skin), become erythematous (red and inflamed). Edema is often seen in the hands and feet and one or both of the cervical lymph nodes are often enlarged. Also, a remittant fever, often 40℃ (104°F) or higher, is characteristic of the acute phase of the disease.[4] In untreated children, the febrile period lasts on average approximately 10 days, but may range from five to 25 days.[4] The disorder was first described in 1967 by Dr. Tomisaku Kawasaki in Japan.

------------------------------------------------------------

Until now, kalau Atim demam memang kena bagi perhatian lebih sikit. Dan disebabkan perhatian lebih tulah, Popai as a mommy yang letih.

Next week on Friday, cukuplah usia kandungan Popai 40 weeks, kalau takde tanda jugak...nampaknya terpaksa induce. Popai taknak tunggu dah. Tak larat dah nak membawa peyot yang memboyot ni ke hulu ke hilir. Cuma masalahnya sekarang, hubby balik ke tidak? Kalau dia tak balik, sapa yang nak jaga Popai masa pantang nanti?? Yang penting 1st two weeks tu...after that Popai boleh handle everything alone. Takkan lepas bersalin Popai nak bawa keta and bawa anak2 pegi beli lauk untuk masak. Bawak kereta tu takde masalah...nak mengangkut anak2 especially yang kecik tu...adoi ai.

Mesti korang tertanya2, nape tak suh mak Popai jek datang tolong...?? Ok, now start sad story. Mak orang lain maybe tak sama dengan mak Popai. If my mum nak tolong, tak payah nak tunggu after me deliver, sepatutnya sebagai ibu, awal2 lagi dia dah datang membantu anaknya yang sedang dalam kesusahan. But until now, bila Popai call what I get is "Ijamkan sekolah!" (Ijam tu anak buah Popai - anak abang yang my parents take care since dia dilahirkan). I am not selfish, tapi takkan setakat ponteng seminggu dua pre-school tu boleh effect masa depan dia. It is pre-school OK, not primary school or secondary school. Cousin Popai yang bersalin aritu, balik berpantang kat kampung 3 months, selamba jek anak dia yang sulung ponteng sekolah tadika 3 bulan. Popai taknak cerita lebih2, nanti orang kata kita memburukkan ibu sendiri...tapi itulah hakikat yang perlu Popai hadapi. Kalaula arwah abah masih ada...I am really sure yang diaorang akan stay dengan Popai during my pregnancy. Abah, adik really miss u..!!