Thursday 22 November 2012

Pre-school Hunting

Wah, tajuk...macam nak memburu apa...hahahaha...Actually Popai still tengah dan sedang tercari2 sekolah tadika untuk anak bujangku yang seorang itew (geli plak eja itu ada 'w'). Setakat ni sebuah sekolah pun belum sempat Popai adakan lawatan sambil meng'kak nam' kan diri...hehehehe..

Yang dah ada dalam list, Brainy Bunch Montessori, Genius Aulad, Tadika Sri Ara, Tadika Hati Ria (Chinese Kindergarten)...FYI, Tadika Hati Ria ni ambil budak dari umur 3 tahun tau. Sound interesting...rasa cam nak anta Chaca sekali masuk sekolah tu, tapi risau budget pulak. Sebab kalau anta situ, tengahari kena hantar taska pulak...lagipun sekolah tu Chinese School, risau plak Cha tu main mencekik jek makanan kat situ...

Hari ni ada appointment dengan Tadika Sri Ara...tapi dah 2 kali ni tunda time..memula janji pukul 12.30 tengahari, then dia call semula minta tangguh ke pukul 2 petang. Suddenly hujan...tapi aku redah jek...sekali dia call bagitau cannot make it because hujan...and she told me, nanti dia sampai, dia call me back...apakah?

Sangat pening bila pikir pasal sekolah Ilhan ni...mengalahkan nak masuk universiti...mana taknya...Popai prefer sekolah yang bercirikan Islam, supaya Ilhan dapat belajar asas ilmu agama...Mr. Hubby plak nak Chinese school sebab dia nak Ilhan belajar Mandarin...So camne?

Thursday 8 November 2012

Delete Posting

Oleh kerana ada orang skodeng blog Popai even Popai tak penah promote blog ni pada kenalan even kenalan rapat, dan orang yang skodeng tu sentap dengan ayat2 bombastic Popai kat dalam posting 'Sentap...Nasi Lemak", so Popai rasa demi tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang dah sedia ada keruh macam air kat loji taik..Popai dengan rela hati dan rasa rendah diri, akan delete posting tersebut...And Popai nak minta maaf sebab kononnya kerana posting tersebut..empunya badan bertambah2 tersentap dengan Popai. (sama ada taknak mengakui kekhilafan sendiri ataupun saja nak meletakkan kekhilafan tersebut ke atas orang lain pulak)..

Kalau terbaca status FB Popai yang latest...memang Popai tujukan kepada tuan punya badan yang sentap dengan apa yang Popai coretkan...Boleh refer posting pertama Popai, blog ni untuk luahan perasaan, and blog ni kepunyaan Popai..Lagipun Popai takde mention nama sesapa pun kat sini kecuali namaku sendiri. Yang paling kelakar, blog ni takde sapa pun kenalan Popai yang tau sebab Popai tak penah bagitau akan kewujudan blog ni...tiba2 tuan punya badan terskodeng and terbaca posting tersebut, trus double sentap and dok canang kat orang pasal blog Popai...adoi ai, daripada orang taktau trus semua orang jadi tau..memang 'cerdik pandai'...pegi citer plak pada orang yang sah2 mulut tempayan, yang memang suka tengok orang berpecah belah...huhuhuhu...manusia ni macam2...solat cukup 5 waktu pun, belum tentu hati tu sesuci embun, sejernih air...bak kata en.hubby aku, "jangan dok lorat dengan solat orang...yang tu biar dia dgn Allah. Yang penting kita jaga solat kita...kusyuk ke tidak, rukun solat tu cukup tak..."

Oklah...Popai taknak membebel panjang..sebab lagi panjang Popai bebel...lagi banyak pulak kata2 yang tak sedap dibaca akan tercoret...bila hati tengah panas, macam2 boleh terkeluar dari hati nurani...Muhasabah diri, bila buat salah..kita akui kesalahan kita..cepat2 minta maaf supaya keadaan tak bertambah keruh...Dengan rasminya..dan secara terbuka, sekiranya tuan punya badan dok skodeng lagi blog Popai yang kerdil ni, Popai MINTAK MAAF banyak2. Popai ni manusia biasa yang tak lari dari buat salah, tapi sekurang2nya Popai akuinya...bukan macam separuh orang tu, dah tau diri tu salah, tapi still sampai sudah taknak akui...walaupun orang sekeliling dah nasihatkan macam2, tapi still degil...kononnya pendirian dah memang macam tu, salah macamana pun, tetap orang lain yang kena datang minta maaf...tktaulah nak cakap apa..Isk...kan dah ckp, mesti Popai dok merepek lagi. Padahal dah minta maaf...Ok..Ok...Popai betul2 mintak maaf...seikhlas hati...terpulang pada empunya diri sama ada nak memaafkan atau tidak...Dan untuk pengetahuan umum, pasal isu sentap...Popai dah lama maafkan even empunya diri taknak minta maaf...takpelah...jadikan pengajaran. Dunia akhir zaman ni, kalau kita buat baik belum tentu dapat balasan yang elok...itu hakikat yang perlu Popai terima...

Ni last posting pasal isu sentap menyentap ni..lepas ni cakapla apa pun...Popai taknak amek port dah...Before Popai tekan butang 'PUBLISH' tu...Sekali lagi Popai minta maaf pada empunya diri sebab tangan ni celupar sangat pegi menaip ayat2 yang menyakitkan hati beliau...(dah kenal bertahun2...takkan taktau yang Popai ni memang suka ckp lepas...)...nak ulang lagi sekali ayat yang Popai suka sangat, 'Bila baik, jangan baik sangat. Bila marah, jangan marah sangat. Bila benci, jangan benci sangat...Bila salah, cepat2 minta maaf supaya keadaan tak bertambah keruh' Renung2kan dan selamat beramal...

Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Wahai cik adik jangan merajuk
Maafkan kami si Bujang Lapuk
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Kamilah rela hai kena ketuk
Nandung-nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami 2x
Maafkan kami Kalau Cik Adik tak mahu maafkan
Kami nak tinggal Tanjung Rambutan
Wahai Cik Adik tidakkah kasihan
Kami nak mati berderai badan
Nandung-nandung dayang senandung 
Wahai saudari maafkan kami  
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Wahai cik adik jangan marah sangat
Sedangkan Nabi ampunkan umat
Kalau Cik Adik mukanya kelat
Kelubang jendela kami nak lompat
Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami ......
(credit to: Allahyarham Tan Sri P.Ramlee)

Saturday 3 November 2012

Chocolate layer Cheese Cake Popai Style

Taktau kenapa, tekak ni tiba2 terasa nak melantak kek...so sesi cari resepi pun bermula, dan macam biasa, kita tanya 'Pakcik Google'. Dalam banyak2 resepi and gambar yang Popai view, resepi ni yang menarik, tertarik, ko memang da boom...So Popai decide nak buat berdasar dan berpandukan resepi dari blog myluvlykitchen

Ni Popai ada salin resepi and method, kalau rajin esok nak mengadun kejap...

Bahan A (untuk lapisan chocolate cake):
  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko   
Bahan B (untuk lapisan cheese cake) :
  • 250gm cream cheese
  • 100gm coklat masakan putih
  • 2 biji telur gred A
  • 30gm tepung gandum/superfine
Bahan C (chocolate ganache):
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter
  • Almond nibs (optional)
Cara-cara untuk A:
  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati.
Cara-cara untuk B:
  1. Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
  2. Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
  3. Lapisan kedua - masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit.
Cara-cara untuk C:
  1. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  2. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais. 

Menarikkan...Erm...air liur dh berkumpul dalam mulut ni sebab kecur...kedapnya...OK, nanti nak g Hot Oven atau Bagus, beli bahan.