Wednesday 23 January 2013

Coti-Coti Malaysia 2013 (part 1)

Mr. Hubby dah nak sign off...tak sabar rasanya...selalunya bila dia cuti, kami akan pergi cuti2 Malaysia. Tapi kali ni Popai awal2 dh bagitau dia, taknaklah pegi jauh2 (jauh2 pun still dalam Malaysia, hokey). Rasa menyesal pulak...!!

Ni tetiba otak ni ligat plak nak pegi berjalan. .cuma takde idea nak pegi berjalan ke mana...any idea? Memula plan nak pegi JB. Nak bawak anak2 enjoy kat Legoland. Tapi member Popai bagitau, kat sana sangat panas. Lagipun belum siap sepenuhnya. Lepas tu terfikir nak gi Cameron. Favorite place ni...sejuk jek. Sekali dapat bantahan dari anak bujangku yang baru 5 tahun...Adoi ai...nak tau dia cakap apa? "isk...tak best ar Mami. Pegi sana nanti Mami asyik nak jalan sana, jalan sini..." Berontak. Rupa2nya anak aku tak suka ikut aku menikmati keindahan alam...huhuhuhuhu....

Then ingat nak pegi Penang...herm...panas! Lagipun takde yang menarik sebab dah pernah pegi sana....sama gak, Popai mesti nak berjalan2 kat sana.. So Popai tanya Ilhan dengan Chaca, diaorang nak pegi mana. Sepakat jawab, nak mandi kolam....ooooo...rupa2nya anak2ku nak enjoy kat dalam air. Apsal tak bagitau awal2...Senang Popai bagi main air kat dalam toilet jek....hehehehe...Okla, kalau camtu. Popai ingat nak bawak diaorang pegi Gold Coast (wah banyaknya duit lakiku)....MORIB...hahahahaha...Morib sajork yang kami mampu yek...kalau pegi Gold Coast, Aussie tu bukan mampu. Tapi mampos laki aku nak kuarkan duit....

Skang ni Popai tengah dok usha pakej yang berbaloi...herm...pegi 2D1N jeklah...lepas tu bawak diaorang g Genting plak, enjoy main indoor game kat sana...ok tak?

Sunday 20 January 2013

Maharajalawak Mega...The winner is Jozan...

Jumaat hari tu selesai sudah Maharajalawak Mega 2012, dan seperti yang semua maklum, juara edisi kali ni, seperti yang semua dah jangka...JOZAN...

Ramai gak yang tak puashati bila AC oppss..Dato Ac Mizal umumkan JOZAN sebagai juara. Apapun pada Popai diaorang layak sebenarnya. Yang bukan penyokong JOZAN, jangan maree. Popai amek kira kelayakan diaorang secara keseluruhan. Lagipun Popai suka Johan dari dia jadi peserta Raja Lawak 1st season dulu. Dia tak penah jadi johan walaupun nama dia Johan...at last, malam aritu dia jadi johan jugak. Kalau nak ikutkan dari segi persembahan, memang akhir2 episod tu, JOZAN tak bape nak kelakar. Yang menyerlah pada Popai kumpulan Shiro dengan Jambu. Tapi...macam Popai taip kat atas, Popai amek kira secara keseluruhan. Usaha diaorang dari Raja Lawak, jadi pengacara Raja Lawak...Lawak ke der, Maharajalawak...diaorang cukup menghiburkan.

Shiro pun kelakar...tapi terlalu amek kira punch line. Kadang sampai lupa dialog. Jambu memang kelakar. Bak kata Najib Ali, punch line diaorang ada di mana2...Cuma..yang Popai tak bape gemar, diaorang ni dari dulu suka lawak yang kasar. Mesti ada marah, tengking2...tendang2...especially Yus! Suka sangat sepak Taukey. Boboi plak, diaorang ada turun naik. Lawak diaorang actually ada mesej. The best performance Boboi adalah masa malam final tu...yang lain so so sajork...menghiburkan. Saywho pun kelakar jugak...suka watak 'Dora'...

Pape pun, Maharajalawak Mega 2012 dah selesai. Juaranya pun dh diumumkan...Takyahlah ada yang rasa tak puashati ke hapa...Nak kait2kan isu politik bagai. Kalau iye pun kemenangan Jozan dah dirancang..biarlah. Sudah rezeki diaorang. Lagipun korang dah tau camtu, yang gatai nak menghabiskan prepaid pegi mengundi, sapa suruh!!

Tahniah JOZAN...semoga persahabatan kalian berkekalan dan JoZan juga berkekalan...

Eh, nak tanya...ada sapa2 kat sini minat handbag Kate Spade? Adoi ai..Popai ni dolu2, masa kurang mampu, minat sangat kat Guess...bila dah mampu skit ni, up skit...minat kat Coach, Long Champ, Kate Spade...ni brand bagi orang pertengahan macam Popai la...Gucci, Prada, Channel semua tu mak tak mampu...mampos adalah....kena sembelih dengan Mr. Hubby coz sesuka hati nak abeskan duit dia beribu...kannnn...At least kalau Coach, Kate Spade ni harga boleh dengar lagi...kalau ada berkenan, leh gak ku kumpul duit 3 4 bulan gaji, dapat 1 beg...Janganla kata Popai berlagak. Minat beb...minat.

Minat orang ni berlainan kannn... Ada orang minat beli Babywearing yang mahal2...wrap, ssc yang harga dia cecah RM500-600 gak..Ada orang suka beli barang kemas (ha...yang ni bijak). Ada tu suka beli tudung Fareeda banyak2, harga cecah gak RM200..Ada yang suka beli pinggan mangkuk atau perkakasan dapur cam Corelle, Tefal..Vintage ke Vantage Popai pun confuse. Ada yang suka beli kasut...Dan ada yang suka beli Handbag...haaa..yang ni serupa dengan Saya....heheheheh...Popai minat jek. Takde gila beli selagi boleh,,,ikut budget gak...Takdela sebulan sekali...selalunya 3-4 bulan baru beli satu. Sebab nak kumpul duit gaji...simpan sikit2 lama2 jadi 'bukuit kepong' (bak kata David Teoh). Kekerapan membeli handbag tu boleh dikatakan setahun 2 kali jek...So jangan nak kata membazir ke hapa...

The latest handbag yang Popai dok usha, Kate Spade...OMG...so tempting. Skang ni berani dok usha jelah, sbb last month baru jek order Coach...so kena tunggu bulan 5 nanti, baru boleh order bag baru...huhuhuhuhuhu...Tolong jangan Poyo (Awie style)...

Friday 18 January 2013

Popai dan instagram

Actually Popai baru jek register akaun Instagram ni...tahun lepas rasanya, tapi tak dan nak upload gambo. Al maklumlah, iPad Popai takde camera...oldskool punya iPad, 1st generation.

Tapi sejak Mr. Hubby dah ada iPad 2, so Popai pinjam la dia punya untuk ku upload gambo di Instagram. Sangat best ber camwhore ni...hehehehe...Dolu time sekolah dolu, memang bergambar ni hobi Popai. Pantang ada camera, mesti berposing. Giler camera kata #arwahIsz #myonlybestfriend. Yang jadi photographer nye, #arwahIsz tulah...huhuhu...Miss her alot!

Oleh kerana baru berkecimpung dengan aktifnya kat Instagram, puas semua Popai dok mem'follow'...follow punya follow...sekali terjumpa instagram member lama..masa sekolah kat SAB, JB...member yang dh glemer coz kawen dengan celebrity terkena.."raja sms". Yezar...Puan Ekin tu adalah member ku dulu...Actually dia and kembar dia memang baik dengan Popai. Tak tahulah kenapa, ramai rakan sekolah yang dok anti dengan diaorang. Popai plak jenis flexible. Popai boleh kawan dengan semua orang, tapi takleh masuk dengan semua orang...Tapi...tapi lagi...dengan Ain Ekin ni, memang sekepala la...Sama2 join kelab komputer, join pandu puteri, join softball, join koir...syok wooo....Dah biasa Ain Ekin...Ain Ekin. tapi ikutkan Ekin Ain sebab Ekin tu kakak...Ain adik...Mula2 dulu agak susah jugaklah nak cam mana satu Ain, mana satu Ekin...lama2 dah kenal sangatttt, senang jek nak kenal diaorang. Tapi tu rahsia kamilah....hehehehe...Sorry, ni bukan nak bodek ke hapa...sebab kalau nak bedek, dari awal Popai tau diaorang ni mula glemer haku dah mengendeng. Cuma Popai nak story yang Popai kenal diaorang ni, dan Ekin dan Ain ni bukanlah seperti mana yang korang dok kata tu...

Popai dah lama lost contact dengan diaorang...lepas diaorang terlibat dalam dunia glemer ni, memang trus lost contact. Tapi ntah kenapa, baru2 ni terjumpa akaun twitter dan instagram Ekin, trus Popai follow and tegur dia kat laman sosial tu. Tak sangka, even dah glemer gitew, still ingat kat Popai. Teringin plak nak jumpa diaorang ni, tapi sure diaorang busy kan...dengan family, dengan business...Hah, Ekin dengan Ain dah ada business. Produk kecantikan UneQuein. Hopefully business diaorang sukses...Insyaallah, ada rezeki kita jumpa...

Wednesday 16 January 2013

Try Test Tengok apa function Nuffnang ni??!

Dah lama dah Popai dok dengar blogger ni ada yang kaya raya buat duit dengan nuffnang...peliknya. Apa nuffnang tu? Sejenis makanankah? Kategori makanan berkhasiat atau jajan (orang johor panggil jajan, orang luar panggil makanan ringan) sajork? Atau nuffnamg tu nama orang...Contoh, "Wei lakhanot Nuffnang, lama tak jumpa." agak kasar disitu...kalau nk tau, tulah cara orang Melaka menyapa...hehehehe...atau perasan omputeh skit.."Your name please..." "My name is Nuffnang but you can call me Nuff or Nang..." omputeh sangatttt...

Survey punya survey, ropa2nya nuffnang ni adalah pengiklanan blog komuniti dalam talian (skema plak ayat Popai). So blogger2 ni buat duit bila letak iklan nuffnang kat blog diaorang, then kalau ada orang click ke, view ke blog tu...adalah incomenya...Kalau banyak org click atau view, lagi lebatlah income diaaaaaa....isk...tu yg Popai pahamla. Kalau salah huraianku yg kerdil cekeding ini, silalah betulkan...huhuhuhuhu...

Ok straight to the point...harini dengan bangganya, Popai pun registerlah akaun nuffnang...walaupun ku tahu belog ku ini nan hado jek yang viewnya...hahahahaha...saja2 nk try test tengok. Macam biasalah, online registration ni memerlukan kita mengisi borang satu demi satu...follow step by step...Bila semua dah lengkap, dah activatekan akaun, Popai pun dengan berkobar2 copy paste link yang En/ Puan/ Cik Nuffnang tu bagi kat blogku ini...Sekali yang kuar...herm...alahai...cenonet tu sajork?!! Puasla Popai dok refresh page berulang kali...tapi masih tak berubah...Eh, memang camtu jek ke Iklan Nuffnang yang bagi blogger lain tu ribu riban? Ke Popai yang tersalah letak coding? Ataupun memang untuk beginner macam Popai ni, dia bagi bosar tu jek? Apsal Popai tengok kat blog orang lain umang aii, bukan main bosar iklan nuffnang tu...sampai naik semak plak kepala hotak ni...Cuba citer skit pada sapa2 yang ada experience? Al-maklum, Popai ni beginner...sangat2 beginner kat dunia Nuffnang ni...Nak kata mak buta IT...malunya..belajar dan keje dalam bidang yang berkaitan dengan IT. Tapi menda2 simple macam ni pun takleh nak kasi settleeee...

Takpelah...at this moment, Popai redha jelah dengan iklan kocik Nuffnang tu...manalah tau tetiba ada miracle, tetiba dia membesar dengan sendiri...kannnn...So nak clearkan kepala hotak ni. Taknak semak2 dengan iklan Nuffnang tu sebab tak mendatangkan hasil langsung (buat masa nilah. Masa akan datang Popai tak dapat nak jangka). Sekarang ni kepala hotak Popai nak kena semakkkan dengan masalah nak susun balik stor kat bawah sebab nak hangkut barang kat bilik belakang...bilik tu nak kasi kemas jadi bilik anak bujang ku sorang...Dah 5 tahun, rasanya dah boleh tido sendiri kot...boleh Popai sumbat mainan dia dalam bilik tu. Ini kalau tidak, bersepah2 mainan...kat ruang tamu, dalam stor, kat meja makan...kat dapur...kat bilik Popai...even bilik study Popai pun bersepah dengan mainan.Dah sah2la study room ku ini bersepah dengan buku2 + kertas2...tambah lagi dengan mainan diaorg...fuh...semak otak...Dan yang paling tak tahan, dalam toilet pun ada jugak mainan diaorang...Speechless...

So Popai decide nak setting bilik belakang tu jadi bilik dia dengan cha...letak mainan semua dengan meja belajar  kecik. Nak kena cari katil bagai...ada special request, nak TV and aircond...geleng kepala haku dengan budak2 sekarang...advance sangat...Diaorang ingat daddy diaorang kat atas kapal tu dok cop duit...bila masuk port, duit siap cop leh bank in...Kesian kat Mr. Hubby yang dilambung ombak, dihayun badai...semata2 nak cari rezeki untuk sesuap...cop...cop...5 suap mulut (sebab family kitaorang ada 5 orang)...Mintak2 abis belajar ni adalah rezeki Popai kat tempat lain, yang gaji up skit...at least bolehlah daku membantu meringankan beban Mr. Hubby kesayangan ku tu nanti...AMIN....


Monday 14 January 2013

Mudah oh Mudah.my

Azam nak hapdet blog setiap hari tak kesampaian nampaknya...Nak buat camno, mak busy nokss....Busy dengan urusan rumahtangga...huhuhuhu...

Semalam ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Drawer yang Popai jadikan meja solek tumbang. Tergezut Popai....Masa tu baru nak start bersiram lepas settlekan anak2... Tetiba lepas jirusan yang pertama, GEDEBUK...PRANGGGG...bunyi menda jatuh and kaca pecah berderai. Tercampak jugaklah gayung yang Popai tengah pegang. Sekali buka pintu tengok drawer tersebut dah selamat rebah ke lantai dengan barang bersepah dan mangkuk ajaibku (mangkuk kaca yang segala macam benda ada dalam tu) dah pecah. 

Dengan muka ala2 Tun Teja nak pegi berperang tapi berkemban, Popai tanya Ilhan.."Sapa yang buat!" Menggigil jugaklak suara Ilhan nak jawab..."Chaca yang buat." . Masa tu Chaca dah takde...dah lari menyorok selamatkan diri. Yang ada terpinga2 kat situ, Ayish. Ilhan tengah minum susu sambil tengok Geng Bas Sekolah kat Ipad. Sekali Popai tengok darah menitis2 bila Ayish jalan ke Chaca (konon nak join Chaca menyoroklah tu). Cepat2 Popai tangkap dia, tengok tercacak serpihan kaca kat kaki dia. Menyirap sampai ke kepala...Ni yang buat Popai nak naik hangin macam lembu kena cocok! Popai cabut kaca tu, then terus tutup kaki dia dengan towel. Dengan separa vogel (sebab makcik hanya berkemban), terpaksalah Popai membersihkandan menyusun semula barang yang bersepah2, dan buang kaca2 yang berteraburan.

Lama jugaklah nak mengemas semua tu, sampai mood mandi dah hilang dah. Settle semua, Popai suh Ilhan bawa Chaca turun. Ayish dok atas katil and Popai sambung mandi. Tapi tak dapat nak mandi lamalah sebab risau kejadian lain plak yang menimpa kang. 

Lepas dah pakai baju semua, Popai dokong Ayish turun bawah, tengok darah still kuar. Cepat2 sapu dengan minyak gamat, barulah darah berhenti. Isk...geram+marah+terkejut bercampur baur. Nak marah, anak daraku baru nak masuk 3 tahun. Apalah yang dia tahu...tapi kalau tak marah, nanti dia buat lagi. Serba salah betul...Dalam serba salah tu, kena jugaklah Chaca se'das' dua. Tapi lepas tu sendiri yang menyesal. Popai memang selalu camtu. Masa tengah marah, memang tak hengat dunia. Lepas anak2 ku dah terkena se'das' dua, barulah terbit rasa menyesal. "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian...puashati aku!' hahahahaha...wei, tapi takdelah sampai tahap mendera. Setakat secubit dua jek, takde bekas pun...

Punyalah panjang aku citer tentang kejadian semalam. Padahal aku nak hapdet pasal orang yang jual barang secara atas talian dengan harga yang tidak munasabah dan munasarawak. 

Korang penah beli barang secara online? Jangan tanya Popai sebab memang hobiku membeli belah via online. Sangat suka...sebab memudahkan. Popai ni sebelum beli barang through online, selalunya Popai akan buat sikit survey sama ada boleh dipercayai atau tak. Kalau lepas buat survey, hati ni rasa ragu2...memang takkan kubeli!

Baru2 ni Popai saja suka2 dok tengok kat mudah.my orang jual beg Coach dengan Ipad Mini. Kekadang tu rasa pelik...sebabnya, beg yang sama + baru, kalau beli kat orang lain (seller yang biasa kubeli), dengan beg yang dijual kat mudah used items, harga takde beza. Aik, korang jual barang yang dah diguna dengan harga baru ke? Tak kesahlah jarang guna ke hapa. Tapi dik non, kalau ko dah guna, maksudnya used item. Baiklah beli yang baru. Hapa kejadahnya nak beli barang terpakai dengan harga barang baru. Before jual tu buatlah survey dulu macam hakak ni...Itu yang jual beg Coach..

Ni nak citer plak yang jual Ipad...so far Popai dok survey harga Ipad mini sebab dalam perancangan nak beli ipad mini plak (Popai giler gadget especially gadget Apple). Kalau dekat Apple Store, rega Ipad Mini ni yang 16G without cellular adalah RM999 tetapi kena tunggu 14 hari untuk delivery. Yang jual kat Mudah harga, ada yang RM1150, oklah kot ready stock, amek untung dalam RM150 (even dalam hati aku melampau hamek untung sampai RM150). Ada yang giler jual RM1400...mak ko...sampai RM400 ko nk huntung! Apakah?! Itu yang jual barang baru. Ada yang nak jual used Ipad Mini 16G without cellular dengan harga RM1400. Ko gile...atau orang yang beli tu yang giler. Kalau Popai rela ku tunggu 14 hari dari dok bayar mahal kat mereka2 yang nak hamek untung atas angin ni...Hangin plak haku!! Kalau terdesak sekali pun...cari yang paling murah. Dan setakat ni aku tengok ada yang jual RM1150 jek...okla amek untung RM50. Buat upah penat dia tunggu 14 hari delivery tu kan...

So daripada penceritaan di atas, Popai nak buat kesimpulan yang orang2 sekarang sangat suka mengambil kesempatan di atas kesulitan orang lain...hah? jap...macam salah jek...herm...korang pandai2la kaitkan perumpamaan tu dengan cerita di atas...penat nak hurai....

Friday 11 January 2013

Nyamuk yang mengganggu konsentrasi Popai

Arini giler awal Popai kuar rumah gi keje. Alhamdulillah takde sebarang obstacle, so perjalanan ke tempat kerja agak lancar walaupun jem tu mmg takleh nak dielakkan lagi. Lepas hantar Ilhan ke sekolah tadika, then hantar Cha dengan Ayish pegi Taska plak. Lepas tu Popai pecut Kancil Turbo ketetel ke tempat kerja sambil cilok sana cilok sini.

Nak di jadikan citer, tengah syok pecut Kancil Turbo tu, tetiba ada makhluk kecil dok terbang sana sini sekaligus mengganggu konsentrasi Popai memandu. Adoi ai...macam berperang jugaklah Popai dok tepuk sana, tepuk sini especially bila keta benti kat trafik light. Mesti orang keta sebelah dok pelik dan tertanya2 dalam hati, apalah awek cun dalam keta Kancil tu buat? Muka cun tapi tak bape empuk' (sambil geleng2 kepala)...Korang penah tak bergaduh dengan nyamuk dalam keta? Dengar macam lucu kan...tapi kalau korang terkena sendiri, memang menyiraplah. Ke hulu ke hilir dia terbang...pandai plak tu mengelak bila kita dok tepuk2 nak kasi mati...Semak betol!! 

Sampai kat satu trafik light tu...Popai dapat idea, bukak tingkap nak bagi nyamuk tu terbang kuar..hehehehe...memula Popai dok releksss, tenangkan diri. Bila nampak dia dok terbang, slow2 Popai buka tingkap. Konon2 macam nak amek angin luarlah instead of pakai aircond...mesti nyamuk tu tak saspek yang tujuan Popai buka tingkap tu sebab nak halau dia kuar dari ketaku ini...lepas buka tingkap, Popai releks lagi. tengok dia guna ujung mata jek, taknak bagi dia perasan yang Popai memang tengah dok usha dia...Tiba jek dia dekat dengan tingkap...heh...cepat2 Popai tepis nyamuk tu kuar, dan dengan sepantas kilat Popai tutup tingkap! Done...selesai masalah aku!! Fuh, lega...

Lepas tu sambung bawak keta dengan tenang sambil dengar lawak bangang AMKrew HotFM....yeah! taktik Popai untuk halau nyamuk tu dari keta berjaya....

P/S: Kalo Mr. Hubby tau mesti dia kata, "Ceit..dengan nyamuk pun mau gaduh!"

Wednesday 9 January 2013

Felinna Inchloss

Korang penah dengar tak krim pelangsingan Felinna Inchloss..? Oppss...Popai bukan nak mempromosikan barang yek sebab blog ku ini bukan berbayar. Cuma tertanya2 keberkesanan krim ni. Mesti korang pelik..celah mana yang Popai nak langsing. Tak cukup langsing lagikah? Hermm...hokey...hokey...Popai tau yang Popai ni memang langsing 'berdesing' cutting model gitu...(mata ke atas, tangan di bahu, dan mulut duck face yg tak bape kiut). 

Popai ada terbaca testimoni kat facebook yang dok memuji2 keberkesanan produk ni. Bukan main lagi, baru 3 hari pakai, dah turun 3 kg. Hamboi...berkesan nya la...Agak2 kalau pelakon Syanie tu pakai, bape botol nak bagi berat dia turun dan jadi kurus jelita macam Popai ek? Wah...sedap mulut mengata orang. 

Dalam dok mengata tu, ntah macamana Popai boleh terorder dan terbeli jugak krim Felinna Inchloss ni..hahahaha...dan hasilnya....wei, Popai baru pakai 2 kali beb. Takde plak Popai rasa peyot buncit ku ini mengempis. Tapi baru 2 kali beb...mungkin kena tunggu dan cuba untuk beberapa kali lagi kot. Kalau tak kempis jugak peyotku ini, maknanya produk ni menipu jugaklah...hehehehe...tetap salahkan produk! Padahal diri sendiri yang tak control. Camne nk kempis, kalau makan macam bela hantu raya. Air sejuk tak penah miss. Mau tak buncit peyot ni. Nasib baik tak membusung. Tu yang Popai ingat nak kempiskan skit. At least kalau pakai t-shirt yang kecik2 skit tu, takdelah nampak obvious tang peyot kan. 

Ok, takpe...nanti kalau ada perubahan Popai hapdet kat blog. And Popai akan start jual plak..bolehla jadikan diri sendiri as testimoni kannnn...kelas ko Jah...Jap, nama aku bukan Jah. Sapa Jah tu? Oh...mak Nabil Raja Lawak... (mesti korang blur). 

Monday 7 January 2013

Oh My BB

Sapa yang pakai BB kat sini...opss...bukan BB cream hokey. Tapi tipon jenama tipon blackberry. Popai ada problem skit dengan BB ni...screen BB memutih untuk kali kedua setelah dibaling oleh anak bertuahku.

Semalam Popai amek gambar makanan kat meja makan. Lepas amek gambar, dengan cuainya Popai letak BB kat atas meja. Datang Ayish, amek tipon tu trus baling...baling hokey...B.A.L.I.N.G! Bila Popai kutip BB ku yang dah gedebuk atas tiles, tengok screen dah putih jek...OMG....nak nanges ada...nak marah Ayish pun ada. Tapi rasa cam kita tak cukup 'akai' plak kalau nak marah budak setahun setengah yang memang tak tahu pape pun....

Dulu penah jugak henpon ku buat hal camtu...Al-kisah dibaling oleh Princess Dora Myvi (Cha tak sebut Barbie sebab similiar tu B.A.B.I, so instead of sebut Barbie, dia tukar jadi Myvi). Masa ni memang parah. Selamba Cha baling dari tingkat 1 ke bawah...bedebuk BB ku terkulai layu, pecah berderai. Bila pasang balik bateri, screen dah tak kuar pape kecuali putih...Berbulan jugaklah Popai kumpul duit nak anta repair. Tukar screen tau bape kos nya? RM250...tambah skit lagi, boleh dapat curve lama tu tau! Oleh kerana BB ku ini present dari Mr. Hubby yang kusayangi dan cintai, maka Popai anta repair jugak. Dekat 2 bulan jugaklah baru siap...

And now, it happens again. And unfortunately Popai kena kuarkan another RM250 just to repair the screen and kena tunggu berbulan jugaklah to get back my normal BB. Saya takleh idup tanpa smart phone...(pulak dah). Camne nak updet status fb? camne nak berbbm? camne nak bertwitter? macamana? macamana?

Ni tengah berkira2, perlukah hantar repair atau kubeli sajork henpon baru (hamboi mcm banyak nau duitnyer). herm....herm...CUAI!!

Gambar sekadar hiasan. Kalau korang ada kontek leh repair BB ku dgn harga boleh runding, please inform me....PLEASE...

Thursday 3 January 2013

All about Tadika Sri Ara Chap 1

Tajuk di atas merujuk kepada perkembangan pembelajaran Ilhan untuk peringkat sekolah tadika...hehhehe..so tolak, bahagi, campur, darab semua...lebih kurang 2 minggu dah Ilhan bersekolah kat Tadika Sri Ara...So far so good, setakat ni memang takde apa2 ketidakpuasan hati. Maybe masih awal lagi to judge the school...

Cuma ada beberapa insiden yang berlaku, dan Popai sangat2 rasa happy dan teruja (tk dpt word yg sesuai buat masa ni) tentang sekolah tu. Ok, mula2 tentang Popai lupa nak remind teacher Ilhan utk hantar Ilhan ke taska Arini for transit, tapi tak perlu risau coz the teacher very efficient. She know where to sent my son...2nd, when taska Ilhan pindah ke premis yang lain, lagi sekali Popai terlupa nak inform teacher kat Tadika Sri Ara (shortform TSA) tu. Punyalah risau...dengan henpon habis bateri, charger plak tetinggal kat rumah. So at last, Popai decide to fetch Ilhan tghari nanti sebab sangat risau TSA tak dapat contact Popai. Uooollsss know what, bila Popai sampai tengok budak2 dah takde...oh, sangat risau...then dengan muka cuak, Popai jumpa teacher TSA and asking about Ilhan, then the principal, teacher Pushpa came out and informed me yang dia dah hantar Ilhan dengan selamat ke taska Arini di premis baru...OMG, how she know? Popai tanya, then dia cakap...it is their responsibility...and bagitau Popai, don't worry... Oh, SAYA SANGAT SUKA SEKOLAH INI DAN CIKGUNYA!!

Dulu Popai ada bagitaukan yang yuran bulanan RM190 kannn...skang ni dah add on Mandarin, so TSA add on RM10, so total will be RM200...what??only RM10 add on for Mandarin..wow, awsome...Jadi Mr. Hubby takyah dok pikir camne nak cari kelas Mandarin untuk Ilhan lagi...

Ok, skang nak citer tentang perkembangan pembelajaran Ilhan...after 2 weeks, dia dh kenal huruf skang...yes dulu dia TAHU abc until z...tapi skang dia dah KENAL...TAHU dgn KENAL adalah 2 perkara yang sangat berbeza...skang ni bila nampak apa2 perkataan, dia akan sebut abjad yang ada dalam perkataan tu..so he know which one is A..which one is B, C,D until Z...only 2 weeks...again for me it is awsome...

Hopefully Ilhan will doing good in all subject...and Popai dah simpan niat, kalau Ilhan sangat bagus, Popai akan hantar Cha dengan Ayish kat TSA jugak...