Friday 8 February 2013

Coti2 Dalam Malaysia

Lama giler Popai tak hapdet blog...sejak Mr. Hubby balik. Biasalah bila Mr. Hubby balik Popai lagi busy sebenarnya. Yelah, before just uruskan anak-anak. Bila Mr. Hubby ada rumah, kena uruskan dia sekali...

Last week Popai coti lama, tapi tak pegi mana-mana pun. Jumaat bawa Ilhan and Cha pegi Genting Highlands. Main game indoor saja sebab Popai ni penakut sikit. Amek package 1 family, murah skit. Mainlah game indoor tu dengan anak2. Mr Hubby kata, tak mencabar langsung...hehehehehe...nak buat camne, dapat minik penakut. Even naik menda tinggi sikit pun, muka Popai dah cuak....

Cuaca hari tu memang best. Sebelum ni kitaorang naik Genting, tak penah dapat cuaca nyaman dan sejuk camtu. Kalah Cameron tau....Bak kata Ilhan, sojuk la mami....Mr. Hubby kata nyesal pakai suar pendek, sebab sejuk. Dia memang suka pakai suar pendek...senang katanya. Lantak daddy la, yang penting jangan vogel, sudah...

Mana gambar?? nanti Popai upload...lupa plak nak bawak.

-------

Then ari Isnin hari tu kitaorang bergegas pegi Morib..bawak budak2 main air plak. Popai amek package kat streetdeal.my, Morib Gold Coast Water Theme Park Resort. 2D1N RM168 jek, include buffet dinner, breakfast and admission to Water Theme Park for 2...memang berbaloi2. Bilik pun menariks, siap ada private jacuzzi tu. Memang selesa. Yang tak bestnya, kawasan resort tu ada construction, jadi pemandangan sekeliling kurang menarik + berdekatan dengan kilang pemprosesan makanan ayam, jadi ada bau-bauan yang kurang menyelerakan sikit.

Kitaorang dapat bilik tingkat 3, view water theme park, so memang best. Anak2 pun tak sabar2 nak masuk kolam...syok...sampai2, salin baju, terus kecebur masuk theme park. Anak2 ku memula memangla excited, tapi bila dah masuk air, semua penakut yang amat especially Cha. Duduk tepi kolam jek kaedahnya. Bila Popai bawa masuk main air, meronta2 takut. Adoi ai....at last mak bapaknya yang over main air...hehehehehe...

Bila naik bilik, anak2 semua pakat2 serbu bilik air. Ropa2nya nak main air kat tempat bath tub yang boleh jadi jacuzzi. Popai pun pasang air, letak foam...punyala seronok diaorang main air dalam jacuzzi tu. Hai la anak2...mami dengan daddy bawak datang sini nak bagi korang main air kat theme park, bath tub ni jua yang jadi pilihan...sampai kecut2 jari jemari dok berendam dalam tu...lantak koranglah. Janji bahagia.

Gambar? sabar yek, nanti Popai upload....

Dinner kat resort ni simple, tapi banyak choice. Okla bagi orang yang dah kebulur macam kami. Lagipun tak payah susah payah nak keluar cari kedai makan kat tempai yang tak familiar ni. Dinner and breakfast termasuk dalam package. Untuk 2 orang. Kanak2 akan dicaj ikut ketinggian. Oleh kerana kesemua anak2 ku masih kemetot, jadi dapat masuk free. Lagipun diaorang bukannya makan sangat. Menyepah je lebih especially Ayish. Abis creamer tu dia tabur atas tray baby chair, lepas tu sapu kat jari, then jilat. Mr. Hubby mula2 bising cakap buat malu jek. Pastu Popai cakap, biarla...janji dia tak buat perangai and kita boleh mencekik dengan aman damai. Perut mak dah kebulur, kang kalo dia buat perangai, tak ke tak pasal2 daku jadi Tun Teja...and Mr Hubby jadi Hang Jebat (Hang Jebat kejam skit dari Hang Tuah, sebab laki daku kalo mengamuk memang tak hengat donia).

Malam tu semua tido awal, penat main air (takut air sebenarnya dah semua terjerit2 bila masuk dalam air). Popai jek lelap lambat skit. Biasalah, kalo dah nama mak ni, anak2 semua dah lena, barulah mak boleh tido dengan tenang. Esok pagi bangun, cargas pegi breakfast. Breakfast pun sangat hokey. Ada macam2 pilihan...makan sampai kenyang. Anak2 macam biasa, buat semak dengan taburan makanan...huhuhuhuhu...So lepas breakfast, kitaorang naik bilik salin baju, buang apa yang patut, then apa lagi...berendam time. Anak2 as usual, excited before sampai, dah sampi, masing2 terjerit2 takut. So bior jelah diaorang dok kat tepi. Popai and Mr. Hubby lepas gian naik segala gelongsor...masuk tempat dalam bagai...syokkkkk.....dalam kol 10.30, kitaorang naik bilik sebab anak2 nak sambung berendam dalam jacuzzi. Kat situ jelah yang diaorang have fun...

Dah puas berendam lam jacuzzi tu, kitaorang pun packing untuk berangkat pulang...Popai tanya Ilhan dengan Cha, best tak? Diaorang kata beshhhhhhh....Nak datang lagi tak? Diaorang jawab, nakkkkkkk...Nak mandi kolam lagi? diaorang jawab, nakkkkkkkk....Kolam mana? Diaorang jawab, kolam dalam bilikkkkkk...Ceh, tak adventure langsung...Nanti dok rumah sendiri, mami suh daddy letak bath tub aka jacuzzi dalam bilik air, korang boleh berendam puas2. Takdela membazir duit daddy korang nak bawak gi coti semata2 sebab nak berendam dalam bath tub tu!!