Monday, 2 December 2013

Merengkam

Pagi2 dah buat hati panas...bak kata Melodi, bikin panassss.....tu yang Popai malas...baiknya kejap, cari pasal berbulan2 lamanya.. Kang kalo kita citer kat orang, dikatanya kita memburuk2kan. Kalo tak cakap dengan sesapa, diri sendiri yang makan hati. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Pusing2 kang, kita jugak yang disalahkan. Hermmm...bertabahla Popai...#katakatapenyedaphatisendiri

Aritu kita ni bersusah payahlah drive jauh2 semata2 nak pegi amek dia balik bercuti. Kesian nak biarkan dia balik naik bas, bawak banyak barang. Lagipun nak bawalah anak2 jalan2 cuti sekolah. terkocoh2 apply cuti sebab last minit punya plan. Terkocoh2 pegi servis keta sebab nak jalan jauh. Terkocoh2 berkemas baju, prepare barang ank2...Korang bayangkan Popai drive sorang jejauh 5 jam perjalan dengan 3 org anak2 yang masih kecik. Yang melalak lain, yg memekak lain, yg tido lain...takpela demi yang tersayang, aku sanggup redah kasi pecah...

Then balik dari sana, dengan rumah lum kemas, dengan baju lum basuh dan lipat, dengan nak mengemas barang2 lagi...lusa plak diajaknya Popai balik kampung. Takpeee....demi yang tersayang, kita ikutkan aje..Bukan selalu pun. Dua-tiga bulan sekali. Penat tu letak tepi sat. Sekali lagi seperti biasa aku terkocoh2 kemas baju, kemas barang nak bawak balik kg...rumah masih bersepah...Penat tak abes lagi...kita kasi tambah penat...takpeeeeeeeeeeeeee.....

Tengah bahagia, tengah happy...kita jangan kasi fault. Tersangatlah seronoknya balik kampung walaupun penat. Highway yang bergerak perlahan pun tak terasa tension sebab tengah bahagia...dalam perjalanan tu kita citer2...gelak2...nak balik kampung dia kannnnn...mestilah seronok...nak belanja family dia makan ikan bako...happy sangat...

Sampai sana, trus pegi makan ikan bako, then balik rmh MIL, kemas bilik, tido. Dia?? Apa lagi...keluar jumpa kawan2. Kita...tak kesah pun...tido jelah. Bukan ada aktiviti lain kalo kat rumah orang ni. Esoknya bangun pagi, dia bawa MIL pegi rumah orang kawen. Kita duduk dulu kat rumah, kang tengahari boleh pegi makan...Tengah bahagiakannnn, takpeeeeee.....tak kesah pun....

Lusa mak mertua ajak tengok rumah. Nak beli rumah katanya...OK, takpeeeeee....kitakan tengah happy...ikutkan ajek...Sekelepuk letak booking RM1000. Kompom beli guna nama dia...inila masanya nak balas jasa mak. Takpeeeeeee....Popai ok jek. Hal dia anak beranak kita jangan campur...lagipun tu tanggungjawab dia kat mak dia...Selesai semua, jom balik kampung aku pulak...kan tengah bahagia....

On the way, dah start merungut, jauhnya Alor Gajah dari Semabok....phuiiii....dulu bercinta ko ulang alik Telok Mas - Tangkak - Muar ada ko pikir jauh? ada ko pikir duit minyak? ada ko pikir jalan jam? Memang jauh pun...tapi tak perlula sepanjang jalan ko dok merungut seolah2 menyusahkan. Itu dikira satu jalanla nak balik KL, tapi ikut jalan kampung...takpeeeeeeee....kita sabor...sabor tu separuh dari imannnnn...

Kat rumah mak, borak2, mandi anak2, pastu bawa mak kuar makan sebab mak tak masak. Then, balik KL...sekali jalan jammmm daaaa... mau tak jam, weekend kan...cuti sekolah pulak tu. Standard ar tiap2 minggu jalan jam...Time nak balik Melaka aritu pun jalan jam, apatah lagi hari ahad, semua orang nak balik rumah masing2 sebab senin keroje...memula ok jek borak2...gelak2...ntah kenapa agaknya tetiba jek kuar perkataan2 yang menyakitkan hati...nada penceritaan dah mula bertukar...isu2 lama sengaja dibangkitkan untuk mendatangkan kemarahan...hermm....takpe kita sabar....kan jalan tengah jemmmm....lagipun lum solat Isyak, so setan tu dok terjerit2 kat telinga, bergayut kat bibir. Tapi bila kata2 yang dikeluarkan makin menghiris hati dan perasaan, kita pun startlah nak mempertahankan apa yang betol, apa yang salah ....terus meneruslah isu berlarutan tiada kesudahan...Dek hanya kerana jalan jam...tapi 200% kesalahan diletakkan di bahu aku!!! Macam aku plak yang mengawal tarfik kat highway PLUS tu. Penindasan yang paling malampau...

Kenapa nak bising2...semua orang alami perkara yang sama. JALAN JAM! Lagipun esoknya bukan awak yang terkocoh nak mengemas barang, bukannya awak yang terkocoh2 nak gosok baju, bukan awak yang nak kena bangun awal pagi... Ni...Popai ni yang kena uruskan semuanya. Lagipun Popai yang nak mengadap keje. Awak plak lepas anta Popai, dah boleh sambung tidur...kenapa nak mengamuk tak tentu arah macam awak yang penat giler nak mampus??!! Hairan bin Ajaib!!

Bila kita dah siap semua, dh start keta tapi awak sedap membuta lagi...Popai pun pikir, takpelah kalo nak tido sangat, meh haku bawa keta g keje. Bukannye selama ni Popai tak penah independent...bertahun lamanya aku independent...Ok, jom anak2...mami anak uolsss pegi taska walaupun sebenarnya dah janji dengan abang sepatutnya arini dia duduk rumah, takyah gi taska. Apa lagi, sampai taska mengamuklah abang...i am sorry, mami terpaksa sebab takde sapa sudi nak jaga abang. Then Popai gegas pegi beli breakfast sebab pikir kang yang dok sedap tido kat rumah tu kebulur pulak. Walaupunnnnnn dia tu tukang masak, tapi bila kat rumah skill memasak dia zero, komplen jek lebih. Lepas tu gegas pulak balik anta nasi lemak...sesampainya Popai kat pintu rumah, baru nak buka grill, hamburan kata2 yang kurang menyenangkan betol2 kat muka...cisss...Aku ni bersusah payah pegi belikan makanan, bodoh yang aku terima sebab patah-patah balik bawa kereta...eh, boleh pulak awak bangun yek...ingat dh tido mati sbb aku dh buka lampu terang benderang dalam bilik, anak2 dh terjerit2 pun awak buat keras membuta...

On the way anto Popai g keje, jalan jam lagi...arghh...nak terberak, terus masuk Petronas. Tadi masa dia tunggu aku anto anak2, masa aku gi beli breakfast, kenapa tak berak...Dah aku lambat gi kerja, barulah monton tu terasa nak berak...!!! Sabo yek...sabo...maybe dia ada share saham dgn owner tempat aku keje. MUNGKINLAH... #cubaberpikiranpositif

Isunya kat sini, bukan aku nak buka pekung di dada, jauh sekali nak mengaibkan mana2 pihak. Cuma nak meluahkan perasaan yang terbuku di hati supaya Popai tak giler meroyan sesorang... Sungguh tak paham, orang lain main lama, makin bahagia. Kita makin lama, asyik nak bertekak...kadang depan anak2 sengaja nak cari hal. Bila kita berlembut, dia pijak kepala. Bila kita melawan, dikatanya kita kurang didikan agama. Macam yang Popai cakap memula, pusing2 at last kita jugak yang salah.... #bertabahlawahaihati



No comments:

Post a Comment