Monday 5 January 2015

#visitmyig

hashtag visitmyig...so korang2 semua leh #visitmyig @noor22710_thekitchenlicious kalau nak cuci mata, theraphy tekak tgk makanan yang mengiurkan...

Kot la korg teringin nak makan lasagna ke, baked potato ke, mac& cheese ke...hahhhhhh....tgk kat ig Popai, then leh order...

Nak inform awal2 supaya takde yang hampa...Popai sediakan semua makanan tersebut based on order. Last minit punya order memang tak dapek... Minta jasa baik anda...anda...dan anda (sambil tunjuk depan, kiri and kanan) untuk membuat tempahan at least dua hari sebelum tarikh pick up atau delivery. Demi memudahkan kesemua pihak....


Gambar boleh tgk kat sebelah atau pun visitmyig

@noor22710_thekitchenlicious
@noor22710_thekitchenlicious
@noor22710_thekitchenlicious
@noor22710_thekitchenlicious
@noor22710_thekitchenlicious

Hakak Popai ulang lagi sekali,

#visitmyig @noor22710_thekitchenlicious
@noor22710_thekitchenlicious
@noor22710_thekitchenlicious
@noor22710_thekitchenlicious
@noor22710_thekitchenlicious


Adios amigos....

Friday 2 January 2015

Giler lama tak update blog

Assalamualaikum semua....

Giler lama aku tak update blog. FYI, laptop aku rosak...motherboard totally out. So Popai takde laptop lain for backup. Online pun guna henpon jek. Thats y la takleh nak update blog.

Hari ni setelah masuk tahun baru, barulah Popai dapat update blog ihsan meminjam laptop dari bekas rakan sekerja. huhuhuhuhu....

Happy New Year semua...kejap jek kan dah masuk tahun baru. Tutup buku tahun lama...tahun 2014, tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan untuk aku. Aku masih menganggur setelah lebih 6 bulan puas mencari keje. Bukan tak beria, tapi ada certain job yang takleh nak apply guna phone sebab takleh nak update resume. Nak pegi cc dgn tentera2 ku yang suka buat experiment tu...mmg agak sukar. Kang jahanam pc kedai, tak psl2 aku kena bayo ganti rugi. Dahlah tengah kering kontang.

Ok, sementara Popai menganggur dan tak buat pape ni, Popai start business kecil2an. thekitchenlicious....hehehehe...tetap nak licious tu kannnn. Im selling food... Lasagna, Baked Macaroni, Baked Potati, Moist Choc Cake (dlm bekas kck2)...cookies. Tapi Popai buat based on order. Ada orang order barulah start buat...barulah ada duit buat belanja. Takde sesapa order, aku sangap kat rumah...termenung memikirkan naseb...huhuhuhu...

Berat siot dugaan aku tahun lepas... maha berat! Allah menduga aku...no job, no money, no friend...fullstop. Baru nampak sapa yang betol2 ikhlas nak kawan. Time cenggini baru aku nampak sapa kawan sejati...Kawan ni actually ada beberapa jenis sebenarnya... Ada kawan yang ikhlas nak berkawan dengan kita, tapi dia tak suka membantu kita. Sekadar beri kata2 perangsang, nasihat dan pendapat. Kawan macam ni pun dikira menyumbang jugaklah...sebab membantu kita macamana nak selesaikan masalah walaupun kdg2 tak selesai pun. At least dia cuba. Ada kawan yang bila tau kita cenggini...kita tengah susah...jobless...dia akan larikkkkkk....sebab apa? sebab dia takut kita akan mintak tolong dia. Dia takut kita akan susahkan dia balik...so better angkat kaki cepat2...nanti bila kita senang semula, aci kerat jari...tetiba kang ada msg "Eh Fa, ko camne skang...? watpe? lama siot tak dgr kabar..." Kawan camni, pada aku cam pundek....!!! And ada jugak kawan yang kita tak anggap pun dia bff...even rapat...tapi still just kawan. We shared story sometimes...hangout together sometimes...chit chat sometimes...tapi bila ko story masalah ko kat dia...dia akan ckp, "if u need help...please let me know. If aku leh tolong, In Sha Allah aku tolong"...touching tak? Touching giler kannn...even we never declare as bff...tapi setiap kali aku susah, orang nilah yang akan hulur bantuan...semoga Allah merahmati beliau... And dugaan aku utk tahun 2014 belum berakhir.

Ni dah masuk tahun baru...tahun 2015, abang masuk darjah 1 and Chaca masuk tadika. What???!!! Abang darjah 1??!! Yezar...dia darjah satu tahun ni...maknanya, rambut panjang mengurai yang cantik giler tu kena potong....huhuhuhuhu...semalam 010115, kami bawa dia gunting rambut...sebab esok ada orientasi kat sekolah. 6 tahun siot aku bela rambut dia...aku yang cuci, aku yang shampoo, conditioner. Aku yang sikat...aku yang ikat, yang tocang...and yesterday was the last day aku ikat rambut dia...touching giler.... Tapi abang happy jek. hahahahahah...mommy and daddy yang touching lebih2....

Chaca dah masuk tadika...tadika mana? With no doubts...kitaorg decide hantar Tadika Sri Ara...sekolah abang dulu. Why? because everyday teacher Pushpa tanya...hehehehe...no just kidding...because kitaorang as parents sangat puashati. Abang learned a lot kat situ. He can read in Malay....in English. Fluent. Tapi abang ni lambat skit in maths... So untuk mengatasi masalah kelembapan dia utk subjek maths, everyday Popai bagi dia at least 10 maths questions. Hari2 even in school holiday. Now, even dia dah tak berapa lambat sangat in maths, Popai tetap bagi dia buat exercises.Ok, berbalik pada cerita Chaca masuk asrama...ehh...silap...chaca masuk sekolah... Chaca ni terlebih excited. Sebab mmg dari tahun lepas dia merayu nak masuk sekolah. But because mommy and daddy no budget, so kitaorg janji when she turns 5, kitaorg akan masukkan dia ke sekolah. And even kitaorang tak decide pun nak masukkan sekolah mana, Chaca awal2 dah bgtau dia nak pegi sekolah abang (Tadika Sri Ara). Well...we know all teachers there...so mmg tak risau and happy bila chaca sendiri nak masuk situ. Jimat pun jimat because most of the book (reading book) abang punya boleh guna semula...so takyah membazir beli baru. Buku semua still elok lagi. And baju sukan and taekwando pun takyah beli dah...sebab Chaca amek abang punya jek... Nasib Chaca girl, kalau tak...boleh pakai uniform sekolah abang jek...and ni semua teacher Pushpa yang suggest. Dia sendiri yang cakap tak payah membazir. Nowadays kita nak pakai duit untuk bayar macam2...yang mana leh jimat, kita jimat....I really admire this teacher...

Bila chaca dah start sekolah, adik aka ayish takde kawan dah... If not, pepagi lepas bangun tido, mesti depa dua main pondok2lah, cikgu2 la...So oleh kerana skang ni ayish dah takde gang...dia bangun pagi pun lambat. Kadang tu, time chaca balik sekolah, baru dia bangun...hahahahahah...punyalah dia boring...Yang kelakarnya, chaca takde dia boring, chaca balik sekolah...mesti diaorg bertekak...

ok guys, cukupla aku update sementara waktu ni...Hujan dah turun..guruh dah berdentum...Popai nak cau dulu...pape nanti Popai update lagi...
Babai...adios...

Sunday 4 May 2014

After a week...

After a week lebih kurang aku jadi suri rumahtangga sepenuh masa... Ada pro and cons. Dah terbiasa jadi wanita berkerjaya. Bila dok melepak kat rumah, rasa cam nak jugak on laptop. Huhuhuhuhu..

Seronok tak jadi housewife ni? Seronok bila takyah kusut masai nak pikir pasal keje...and bila hati tak buat dosa sebab dok mengata orang...hehehhehe...tapi boring sebab taktau nak pikir apa. Asyikla pikir esok nak masak apa, lusa nak masak apa. Asyiklah nak pegi kedai beli barang tu, barang ni. Sampai en.somi bising sebab kejap2 aku ajak pegi beli barang. Wahai en. somi... isteri awak baru belajar nak jadi fulltime housewife. Bagilah masa sikit. Selama ni memang aku jarang masak. Thats why barang dapur, barang basah semua tak berapa nak lengkap.

Ada orang dok perli2 aku...belajar sampai Master, tapi duduk rumah jugak. Hermm...orang2 negatif macam ni Popai no comment. Sebab diaorang ni jenis orang yang taknak maju kedepan. Yang jenis sakit hati dengan kejayaan orang lain, diri sendiri taknak berjaya. Orang2 macam ni memang wujud ye kawan2...jadi biarlah mereka terjun dengan labu2nya.

After a week aku jadi fulltime housewife ni, kekadang rasa cam bengang jugak bila semua menda serah kat aku. Bangun pagi celik mata,  terkejar2 nak siapkan breakfast untuk anak bujang yang nak pegi sekolah. Lepas tu nak panaskan air untuk dia mandi. Lepas tu nak kena kemas tempat tido. Lepas tu siap2 nak si bujang pegi sekolah. Lepas tu pegi breakfast, ataupun balik rumah nak masak breakfast. Lepas tu mandikan anak2 dara aku. Lepas tu basuh baju. Lepas tu aku mandi. Lepas tu nak masak untuk tengahari. Lepas tu nak hidang untuk en.somi makan. Lepas tu nak kemas dapur. Lepas tu....banyakkan lepas tu... belum abes citer lagipun aku rasa dah penat menaip lepas tu...lepas tu...

Sebenarnya jadi fulltime housewife ni tak banyak rehat...tapi kalo pandai boleh curi2 masa untuk berehat. Alhamdulillah, buat sementara waktu ni, en.somi masih ada membantu. Esok lusa bila dia dah start keje, memang totally aku handle.

Oh...lupa plak...skang ni Popai takde transport untuk bergerak. Sebab en. somi dah jual kereta kesayangan beliau. Dan kitaorg memang tengah takde kereta langsung...ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran... sebab kereta lama dah kena jual, keta baru tak dapat2... Aku malas nak masuk campur, bior en.somi uruskan semua. Kali ni kita bagi dia buat keputusan 100%. Kita tengok apa jadi...


Saturday 19 April 2014

Oat Choco/ Oat & Wheat/ Date & Fate.... last day aku sebagai pekerja

Ok, keputusan telah dicapai...muktamad...kehendak en. somi...kita ikutkan aje. Syurga seorang isteri kan di telapak kaki sang somi...

Last day 24hb April ni...apa ek yg Popai rasa? Hermmmm...berkecamuk sebenarnya...Yelah dah keje kat situ lebih dari 7 tahun...mestilah ada rasa sayang tu...Tapi tulah, Popai cuba berpegang pada kata-kata "Rezeki Allah yang bagi...Insha Allah ada di mana2". Mungkin setakat ini saja rezeki Popai kat tempat keje sekarang ni. Ntahlah, utang menimbun, tapi tekad nak benti keje...macam tak berapa waras keputusan yang aku buat ni....adoi ai...

Kenapa ek tetiba aku bertindak drastik sebegini...semuanya sebab mcm2 kekangan. Kekangan suami, kekangan hati dan perasaan. Macamana kita nak teruskan berada di situ sekiranya makin hari makin menyampah dengan orang2 sekeliling....Oppsss...ada yang kecik ati plak nanti...Bukan semua yang Popai menyampah. Segelinitir sahaja... Ntahlah... makin hari, hati ni makin berbulu dengan orang2 yang poyos, tunjuk bagus, tak kurang jugak yang talam dua muka...yang suka mengelat...hermmm....macam2 lagilah.

Ada tu yg semuanya nak tunjuk profesional, tapi diri sendiri kelaut, takleh orang kritik sikit, mulalah melenting2... ada tu yang depan kita bukan main lembut gigi dari lidah, belakang kita kutuk tak hengat dunia. Ada jugak yang masuk keje, the fisrt thing they will do is tido...at the end KPI dia paling bagus. Ada yang mengelat. Time keje tu tak kena kat dia, senang cakap....tapi bila keje tu dia kena handle jugak, kelam kabut jumpa big boss nak bincang...supaya at the end, dia tak payah buat kerja2 tu...biar orang lain buat... Dia boleh goyang telor/ rehatkan tetek. Ada juga umat yang bila pressure keje banyak, esoknya MC. Dan dan tulah anak demam, laki demam...sendiri demam...Ntahlaaa....

Actually benda2 tu semua kita akan hadapi kat mana2 tempat keje pun...orang cakap tu semua dugaan. Cuma aku ni maybe antara insan yang tak mampu nak hadapi dugaan tu...lebih kurang 7 tahun aku kena hadap semua tu...Fuh...hanya Allah yang tau betapa tertekannya hati dan perasaan aku..Bukan tekanan kerja, tapi tekanan dengan orang sekeliling...Untuk menenangkan diri, Popai ikut cadangan en.somi...resign jelah. At least, hati aku pun bersih dari dosa2 mengata/ mengutuk orang2 tersebut... Insha Allah.

Next week adalah minggu terakhir aku berkhidmat di tempat kerja sekarang ni...Dua hari lepas big boss department pun ada dah buat farewell kecil2an untuk aku. Terima kasih banyak2 sebab korang sedar kewujudan aku kat sini...dan at least, korang appreciate jugak khidmat aku. Takde apa yang nak aku ucapkan selain daripada ucapan terima kasih, semoga Allah membalas budi baik sesapa yang pernah berjasa dan membantu aku selama aku berada di sini. Aku doakan kita semua akan berjaya. Kepada orang2 yang aku sebutkan di perenggan ke 4 tu, aku minta maaf kalo korang terasa...aku tak sebut nama sesapa, so aku tidak mengaibkan sesapa di sini. Kalo korang terasa, simpan jelah dalam hati...kalo korang dok bising2 kang, orang tau korang yang aku maksudkan. Cuma satu pesanan aku, kerja tu biar ikhlas...keje tu pun datu ibadat jugak. Bila buat dengan ikhlas, kita dapat pahala. Cukup bulan dapat gaji. So jangan nak mengelat sangat. And jangan nak tunjuk bagus sangat. sesekali kita kene pikir jugak orang sekeliling...sebab kat sini kita keje dalam satu pasukan...yang mana berpangkat tu, tunjukkan contoh yang baik. Jangan nak jadi boss memanjang...lebih baik jadi pemimpin... (sapalahnakbaca/dengarpesananorangbawahanmacamakun).

Sebelum Popai berhenti menaip...sila2 la singgah kat blog treshijablicious.com.my atau blog aku thelittlekurongs.blogspot.com . Sapa yang tengah teringin/ mengidam nak makan oat snack bar, Popai ada jual. Satu bungkus RM13 sahaja.



Adios...assalamualaikum...


Saturday 22 March 2014

Telekung Lycra Dewasa dan kanak2

Sesapa yang tengah cari telekung lycra murah2, boleh tengok kat blog thelittlekurongs.blogspot.com. Sapa owner blog tu? Sapa lagi kalau bukan Popai...heheheh...baru nak berjinak2 meniaga.

Popai plan nak benti keje ni...sebab rasa macam tak berbaloi bayar taska anak dengan gaji yang diperolehi. Melebihi belanjawan. Lagi jimat kalau Popai yang jaga anak2 kat rumah...al-maklum, belajar jek tinggi, keje still pangkat orang bawahan. Actually tak kesah pun pangkat bawahan atau atasan. Yang menjadi kesah bila gaji yang tak dapat menampung perbelanjaan. Erm...keje bertahun2, gaji naik sekali jek. Bukan tak bersyukur, cuma rasa macam tidak dihargai. Bukan Popai sorang jek, actually kesemua pekerja kat situ. Ada yang terpaksa bertahan sebab skang ni agak sukar nak cari kerja lain. Tambahan lagi sangat selesa dengan environment dengan tempat keje sedia ada. Popai pun suka keje kat situ...majoriti orang Islam kat situ. Jadi nak solat senang, ada majlis agama sebulan sekali. Ada belajar mengaji. Rakan sekerja pun baik2. Cuma cost living yang semakin meningkat, so Popai terpaksa buat keputusan sama ada terus bekerja atau benti and jaga anak2 sambil meniaga online untuk tampung utang piutang yang telah aku buat masa kerja makan gaji...huhuhuhuhu...

And Popai plan nak sambung PHD. Ingat nak focus study...nak abeskan cepat. Doakan saya ye kawan2.

Oleh itu, Popai dah start business kecil2an...korang tolongla support diriku ini...

Adios!!

Friday 10 January 2014

Telekung Kanak2

Sapa yang tengah mencari telekung untuk kanak2, bolehla tengok gambar2 kat bawah ni...model tak berbayo anak Popai...yang berminat boleh order by contact via email, atau comment kat entry ni...heheheh...ni contoh sahaja, warna lain akan di upload kemudian...

PINK - Size M untuk 5-7 years old (ikut size kanak2 tersebut)

MAGENTA - Size S untuk 3-5 years old (ikut size kanak2 tersebut)
Ada size L jugak, tapi takde model untuk size L, jadi takde gambo kat sini...nanti kemudian Popai upload gambonya...boleh jugak view penuh kat thelittlekurongs.blogspot.com...

Tahun 2014

Dah masuk tahun baru dah...masa entry ni ditaip, kita dah berada selama 10 hari di tahun baru. Ilhan pun dah start sekolah tadika semula...Sekolah yang sama, Tadika Sri Ara...kenapa ek Popai still pilih sekolah tu untuk abang? Sebabnya Popai sangat confident dengan kredibiliti teachers kat situ...Abang dah boleh membaca dengan lancar, dah boleh buat tambah tolak semua...he even can read in English (yang simple words laaa)..Amazing...mungkin bagi orang lain, it is normal...Tapi aku tetap bangga sebab Popai dulu masih belum pandai baca di usia 5 tahun...Good job abang...you make me proud!!

Apa azam tahun baru korang? Azam tahun baru Popai nak memperbaiki diri...nak attend baking class...nak melipat gandakan usaha mencari kerja lain...nak melipat gandakan usaha untuk memajukan perniagaan online...haaaa...sebut pasal perniagaan online, sudi2kanla melawat blog kami, treshijabslicious.com.my ataupun treshijabslicious.blogspot.com...IG boleh cari treshijabslicious. Kami jual tudung dan akan datang pakaian untuk wanita...

Skang ni Popai tengah men'survey' pre-school untuk Chaca..dia dah nak masuk 4 tahun this year. Ingat nak anta dia play school yang islamic. Any suggestion...yang yuran tak bape mahal..around RM250-300 sebulan. Yang boleh jaga dari pagi sampi petang...kat mana ek? So far yang Popai jumpa yuran bulanan macam sekolah tadika biasa. Tak mampu pulak rasanya. Memandang pendapatan keluarga tak bape stabil..barang pun makin banyak yang naik (gaji-aku-jek-tak-naik2-dah-6-tahun-dah).

Tahun baru ni macam2 cabaran menanti...kita tak tahu apa yang bakal jadi. Kena siapkan diri dari segi fizikal dan mental...Semoga kita tabah menghadapinya.