Saturday 16 July 2011

Habis dah cuti 2 bulan

Wuiii...lamanya Popai tak post kat blog ni...bukan apa, busy skit berpantang and dalam masa yang sama kena uruskan rumahtangga, jaga anak2.
Pejam celik, pejam celik sekejap jek dah 2 bulan Popai cuti bersalin..Isnin ni dah start keje. Ikutkan hati malas sangat nak pegi keje..tapi memandangkan perlu demi menambah pendapatan isi rumah, terpaksa Popai gagahkan juga. Kesian Amani, kecik2 dah kena tinggal. Dahla dia fully breastfeed. Kalaula hubby kuizinkan, dah lama Popai resign, jaga anak2 kat rumah.
Isnin ni bila Popai start keje, hubby akan jaga Ilhan dan Amani kat rumah. Gara2 nak jimatkan kos perbelanjaan bulanan. Cuma Chaca jek yang kitaorang hantar nursery. Lagipun Ilhan bila daddy dia ada, memang dia taknak langsung pegi nursery...Ntah macamanala gayanya bila hubby jaga Amani nanti. Daddy day care...
Tapi hubby jaga kejap jek...sampai ujung bulan. Lepas tu hubby akan tinggalkan kami anak beranak selama 3 bulan...dia dah start keje (offshore). So rutin harian Popai akan kembali seperti dulu. Bezanya dulu take care 2 kids, now I have to take care 2 kids and 1 baby. Hopefully Allah Akan permudahkan segalanya. Ni nak kumpul duit untuk amek maid. Kalau Ada rezeki, Insyaallah.
Jadual baru rutin nanti akan bermula Dari pukul 5.30 pagi..dan dijangka berakhir lebih kurang pukul 12 mlm atau 1 pg. Nampaknya Popai kena amek supplement untuk kekal cergas sentiasa. Kurus keringla Popai macam zaman sekolah dulu. Dahla sekarang ni pun dah kering.
Esok dah boleh prepare gosok baju keje untuk seminggu..janganlah tension kat ofis nanti..