Friday 10 January 2014

Telekung Kanak2

Sapa yang tengah mencari telekung untuk kanak2, bolehla tengok gambar2 kat bawah ni...model tak berbayo anak Popai...yang berminat boleh order by contact via email, atau comment kat entry ni...heheheh...ni contoh sahaja, warna lain akan di upload kemudian...

PINK - Size M untuk 5-7 years old (ikut size kanak2 tersebut)

MAGENTA - Size S untuk 3-5 years old (ikut size kanak2 tersebut)
Ada size L jugak, tapi takde model untuk size L, jadi takde gambo kat sini...nanti kemudian Popai upload gambonya...boleh jugak view penuh kat thelittlekurongs.blogspot.com...

Tahun 2014

Dah masuk tahun baru dah...masa entry ni ditaip, kita dah berada selama 10 hari di tahun baru. Ilhan pun dah start sekolah tadika semula...Sekolah yang sama, Tadika Sri Ara...kenapa ek Popai still pilih sekolah tu untuk abang? Sebabnya Popai sangat confident dengan kredibiliti teachers kat situ...Abang dah boleh membaca dengan lancar, dah boleh buat tambah tolak semua...he even can read in English (yang simple words laaa)..Amazing...mungkin bagi orang lain, it is normal...Tapi aku tetap bangga sebab Popai dulu masih belum pandai baca di usia 5 tahun...Good job abang...you make me proud!!

Apa azam tahun baru korang? Azam tahun baru Popai nak memperbaiki diri...nak attend baking class...nak melipat gandakan usaha mencari kerja lain...nak melipat gandakan usaha untuk memajukan perniagaan online...haaaa...sebut pasal perniagaan online, sudi2kanla melawat blog kami, treshijabslicious.com.my ataupun treshijabslicious.blogspot.com...IG boleh cari treshijabslicious. Kami jual tudung dan akan datang pakaian untuk wanita...

Skang ni Popai tengah men'survey' pre-school untuk Chaca..dia dah nak masuk 4 tahun this year. Ingat nak anta dia play school yang islamic. Any suggestion...yang yuran tak bape mahal..around RM250-300 sebulan. Yang boleh jaga dari pagi sampi petang...kat mana ek? So far yang Popai jumpa yuran bulanan macam sekolah tadika biasa. Tak mampu pulak rasanya. Memandang pendapatan keluarga tak bape stabil..barang pun makin banyak yang naik (gaji-aku-jek-tak-naik2-dah-6-tahun-dah).

Tahun baru ni macam2 cabaran menanti...kita tak tahu apa yang bakal jadi. Kena siapkan diri dari segi fizikal dan mental...Semoga kita tabah menghadapinya.