Tuesday 22 March 2011

Kereta kesayangan Hubby ku buat hal...

Hujan yang turun bagaikan mutiara...lirik lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Sejak malam semalam hujan turun. Pagi tadi hujan masih turun dan keadaan mendung memaksa Popai buka lampu bila memandu kereta untuk ke ofis.

Biasalah bila hujan, jalan pun jam. Tambahan ada kemalangan kecil yang melibatkan sebuah motosikal. Accident dengan apa, kurang pasti sebab Popai lebih tumpukan perhatian memandu kereta dengan kadar segera untuk cepat sampai ke ofis. Jam dah menunjukkan hampir pukul 8.30 pagi...waktu pejabat Popai. Dengan gaya ala2 Michael Schumacher sambil dengar lagu2 dendangan The Beatles, Popai memecut laju.

Sampai Ofis tepat pukul 8.30 pagi, dan dalam keadaan kelam kabut, terus matikan enjin, kunci kereta, bergerak pantas ke dalam ofis. Lewat 5 minit. Kemudian bekerja seperti biasa.

Time balik, oleh kerana masuk lewat 5 minit, so terpaksa keluar pun lambat 5 minit. Hujan masih turun renyai2. Popai berjalan laju seolah berlari anak menuju ke kereta. Bila selamat masuk ke dalam, try start enjin, tak berjaya. And baru Popai realize yang Popai terlupa matikan lampu. Pagi tadi kan cuaca mendung...gelap jek. Tangan pun gatal buka lampu kereta. Bila sampai ofis dah lambat, dah kelam kabut, dah terlupa nak matikan semula lampu. Dan perkara tersebut telah menyebabkan kereta kesayangan hubby telah kehabisan bateri. Ada rakan2 sekerja cuba membantu dengan men jumpered, nasib tidak menyebelahi. Enjin masih tidak dapat dihidupkan. 3 buah kereta, semua tak berjaya.

At last Popai minta tolong salah seorang colleague cari bengkel yang berdekatan. Dekat tak dekatlah, kat Sr Petaling nun kena cari. Dia pun dengan baik hati dan paksa rela, tolong juga Popai cari bengkel yang ada menyediakan khidmat pasang bateri. Jumpalah satu bengkel, dan pekerja bersetuju untuk pergi ke tempat kerja Popai untuk tolong pasangkan bateri yang Popai beli kat bengkel dia bekerja. RM230 pun melayang sekelip mata.

Nak dijadikan cerita, Popai dan rakan terperangkap di kesesakkan lalu lintas menghala tempat kerja kami. Dekat pukul 8 baru kami sampai. Nasib ada seorang lagi colleague yang membantu menguruskan keadaan di sana. Oleh kerana kesian kat pomen tu, Popai bagi duit upah tambahan.

Settle semua, confirm kereta boleh start, lepas ucap tqvm kat rakan2, terus Popai cabut balik nak amek anak2 pula kat nursery. Sampai terlupa nak beli makan malam. Takpelah, yang penting anak2. Kang malam kalau lapar, boleh makan roti. Anak2 pun lama dan menanti, kesian diaorang.

Moral of the story:

1. Jangan sesekali lupa mematikan lampu apabila tidak lagi memandu. Nasib baik kejadian berlaku di ofis. Ada juga yang sudi membantu. Cuba berlaku kat tempat lain...masak Popai.

2. Bila tengok bateri dah tahap kritikal, sila tukar. Jangan ditangguh2 kan lagi. Bengang betol. Popai dah warning hubby pasal bateri kereta before dia offshore. Jawapan yang Popai dapat...takpe, sempat lagi tunggu daddy balik nanti. (sempat ke?)

Notes : Popai selalu terfikir yang kereta kesayangan hubby ni sebenarnya tak berapa serasi dengan Popai. Sebabnya, bila hubby balik cuti...jaranglah kereta dia tu buat hal. Kalau ada pun hal kecil2 jek yang tak melibatkan kesusahan dan kepayahan. Tapi bila dia start jek offshore, dan kereta tu bertukar tangan kat Popai...ada je yang tak kena. Bateri kong lah...kereta tak boleh startlah...timing belt putuslah...temperature naiklah...kipas tak functionlah...macam2. Dan selalunya kejadian tu berlaku time Popai preggy and tengah kekeringan poket. Misteri sungguh...

Sunday 20 March 2011

The Beatles

Korang minat tak dengan group The Beatles?

Popai nak kata minat tahap dewa tu takdelah...tapi minat jugaklah. Dalam group The Beatles yang Popai minat sekali George Harrison..


George Harrison - The Beatles

Mesti korang tertanya nape Popai minat George ni. I don't have any explaination on that. Tapi korang boleh tengok klip berikut and korang akan dapat teka kenapa Popai minat dia ni.

Actually The Beatles ni ada 4 orang, John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr. The Beatles terkenal sekitar tahun 60an.
Antara lagu kumpulan The Beatles yang Popai minat adalah Help!, Ticket to Ride, A Hard Day's Night, She Loves You, Can't Buy Me Love, Love Me Do. Dan yang paling Popai minat lagu I'm Happy Just To Dance With You (George yang nyanyi). Kalau dengar lagu ni, rasa cam nak menari jek...tak caya cuba korang dengar nanti...

The Beatles - I'm Happy Just To Dance With You



Lepas tengok klip ni...korang boleh agak nape Popai minat George Harrison. Klip ni dari cerita A Hard Day's Night...lakonan The Beatles...

Wednesday 16 March 2011

Kembali kepada rutin asal

Aduh...penatnya...letih...satu badan lenguh-lenguh (patut ke Popai merungut? Orang kata kalau kita buat sesuatu tapi merungut, tu namanya tak ikhlas).

Mesti korg tertanya-tanya, nape tetiba Popai merungut...bukan merungut...tapi sekadar luahan perasaan...ehheheheh...

Biasalah Popai ni, bila hubby mula bertugas...Popai kena take over semua tugas dan tanggungjawab. Paling lama 4 bulan...paling kejap 2 bulan. Cuba korang bayangkan...Popai sebagai ibu yg tengah sarat preggy ni, nak take care 2 orang anak yang masih kecil. Nak take care rumah, nak take care makan, minum, pakai semua...satu tanggungjawab yang amat berat. Tapi sebab dah terbiasa...so takdela rasa pape sangat. Popai memikulnya dengan rela hati demi hubby tercinta (cewah) dan anak2 tersayang.

Tapi bila time2 cenggini, anak yang sulung pandai bawa diri. Selalu tolong Popai jaga adik dia.Kalau Popai pening atau sakit kaki, dia tolong picit. Walaupun tak sekuat mana dia picit tu, tapi kata orang sakit pening kita tu jadi reda sendiri.

Hopefully hubby sempat balik before Popai due...If not, terpaksala Popai harunginya seorang diri. Cuma yang Popai risaukan, sapala nak jaga anak2 nanti. Sebab Popai kat sini memang lone ranger. Nak harapkan kawan2...Popai tak suka sangat menyusahkan orang lain especially yang takde talian darah ni. Doa kan semuanya selamat key, Insyaallah. Semoga Allah memudah dan melancarkan segalanya...Amin..!

Saturday 12 March 2011

Earthquake and tsunami

Hari ini 11 March 11, dunia dikejutkan dengan satu bencana alam yang terburuk. Jepun dilanda gempa bumi sekuat 8.9 skala ritcher dan disusuli tsunami setinggi 10 meter (ralat : menurut Jepun kiraan sebenar adalah 9.0 skala ritcher). Subhanallah...

Bila dengar jer berita petang tadi, Popai jadi risau, takut, simpati...semua bercampur aduk. Tak dapat bayangkan camnela situasi diaorg masa kejadian. Kalo tengok video2 yang diaorg amek...orang Jepun ni kebanyakkannya steady jek...Takdela cemas tahap gaban. Kalaulah perkara yang sama terjadi kat kita, confirm dah haru biru and kacau bilau dibuatnya.

Tapi dengan teknologi diaorang yang serba canggih, Jepun dapat meminimakan kemusnahan yang berlaku semasa gempa bumi...Cuma tsunami tu diaorg takleh buat apa. Teruja Popai tengok video2 masa kejadian gempa tu. Bangunan tu leh ikut bergoyang, dah macam lengkong sekali tengok. Bak kata Nazmi RL5, dasyaaattt!!

Insaf sungguh bila tengok bencana yang melanda Jepun.Semoga mereka tabah menghadapinya.


Picture from
dailynewsbrief.net

Thursday 10 March 2011

Aerosmith - I Don't Wanna Miss A Thing (Armageddon)

5th Anniversary

Hari ni 10 March 2011...genaplah usia perkahwinan Popai yang ke 5 bersama hubby tercinta. Pejam celik...pejam celik...kejap jek dah 5 tahun. Anak pun dh nak masuk 3...Alhamdulillah.

Honestly, Popai tak ingat pun anniversary kami. Al maklum busy women. Lagipun selalunya hari2 istimewa ni hubby jarang ada disisi...So, kitaorang jarang celebrate atau wish on the sport. Selalunya bila hubby balik bercuti, barulah kitaorang wish atau celebrate sebab dah masukkan dalam planner. Tapi kali ni hubby yang ingatkan...huhuhuhuhu...(boleh?!selalunya pompuan yang sibuk dok ingat tarikh2 istimewa ni). Kitaorg memang takde special planning sebab normally yang buat planning ni Popai. Tapi rasa macam tak best plak kalau tak celebrate langsung.

So last minute decide keluar dating dan pegi makan kat The Curve (favorite place kitaorang).

Yang tak bestnya, hubby plak demam...kesian dia. Apa pun, Popai nak wish Happy Anniversary yang 5 untuk En Noordin b Mohd Noor...mami love daddy so much...


Present dari Hubby ku sempena anniversary kami.

Mami dedicatedkan lagu ni untuk sekian kali kat daddy...lagu masa kita in love dolu2...heheheh

I DON'T WANT TO MISS A THING.

I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Where every moment spent with you is a moment I treasure

Don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep
Cause I'd miss you babe
And I don't want to miss a thing
Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I'd still miss you babe
And I don't want to miss a thing

Lying close to you feeling your heart beating
And I'm wondering what you're dreaming
Wondering if it's me you're seeing
Then I kiss your eyes
And thank God we're together
I just want to stay with you in this moment forever
Forever and ever

I don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep
Cause I'd miss you babe
And I don't want to miss a thing
Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I'd still miss you babe
And I don't want to miss a thing

I don't want to miss one smile
I don't want to miss one kiss
I just want to be with you
Right here with you, just like this
I just want to hold you close
Feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment
For all the rest of time Yeah yeah yeah

I don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep
Cause I'd miss you babe
And I don't want to miss a thing
Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I'd still miss you babe
And I don't want to miss a thing

I Don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep
Cause I'd miss you babe
And I don't want to miss a thing
Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I'd still miss you babe
And I don't want to miss a thing

Don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep
And I don't want to miss a thing

Friday 4 March 2011

Pindah rumah II

Asyik citer pasal birthday preparation jek...sampai lupa nak story pasal pindah rumah... Alhamdulillah kitaorg satu family dah selamat pindah ke rumah baru. Area rumah lama jugak...cuma taman lain.

Barang pun lum abis kemas lagi...yang mana teramat penting Popai keluarkan dulu...yang kurang penting tu, nanti dulu. Tak larat sungguh...mengemas rumah punya pasal sampai terpaksa amek MC 2 hari...ni kaki pun tak baik lagi. Kalau Popai bukan preggy, memang laju jek buat keje.

Suasana di rumah baru...setakat ni seronok dan menenangkan. Jiran2 pun ok...anak2 bulus Popai pun happy...anak2 tersayang pun happy...rumah agak luas berbanding rumah lama walaupun kadar bayaran sewa agak mahal sedikit. Cuma barang2 owner rumah masih berlambak kat garaj tu...agak semak sikitla. Dengan pasu2 bunga yang tidak terjaga...pening kepala.

Insyaallah kalau ada rezeki lebih, bolehla cari rumah area2 situ jadi kediaman tetap...