Hujan yang turun bagaikan mutiara...lirik lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Sejak malam semalam hujan turun. Pagi tadi hujan masih turun dan keadaan mendung memaksa Popai buka lampu bila memandu kereta untuk ke ofis.
Biasalah bila hujan, jalan pun jam. Tambahan ada kemalangan kecil yang melibatkan sebuah motosikal. Accident dengan apa, kurang pasti sebab Popai lebih tumpukan perhatian memandu kereta dengan kadar segera untuk cepat sampai ke ofis. Jam dah menunjukkan hampir pukul 8.30 pagi...waktu pejabat Popai. Dengan gaya ala2 Michael Schumacher sambil dengar lagu2 dendangan The Beatles, Popai memecut laju.
Sampai Ofis tepat pukul 8.30 pagi, dan dalam keadaan kelam kabut, terus matikan enjin, kunci kereta, bergerak pantas ke dalam ofis. Lewat 5 minit. Kemudian bekerja seperti biasa.
Time balik, oleh kerana masuk lewat 5 minit, so terpaksa keluar pun lambat 5 minit. Hujan masih turun renyai2. Popai berjalan laju seolah berlari anak menuju ke kereta. Bila selamat masuk ke dalam, try start enjin, tak berjaya. And baru Popai realize yang Popai terlupa matikan lampu. Pagi tadi kan cuaca mendung...gelap jek. Tangan pun gatal buka lampu kereta. Bila sampai ofis dah lambat, dah kelam kabut, dah terlupa nak matikan semula lampu. Dan perkara tersebut telah menyebabkan kereta kesayangan hubby telah kehabisan bateri. Ada rakan2 sekerja cuba membantu dengan men jumpered, nasib tidak menyebelahi. Enjin masih tidak dapat dihidupkan. 3 buah kereta, semua tak berjaya.
At last Popai minta tolong salah seorang colleague cari bengkel yang berdekatan. Dekat tak dekatlah, kat Sr Petaling nun kena cari. Dia pun dengan baik hati dan paksa rela, tolong juga Popai cari bengkel yang ada menyediakan khidmat pasang bateri. Jumpalah satu bengkel, dan pekerja bersetuju untuk pergi ke tempat kerja Popai untuk tolong pasangkan bateri yang Popai beli kat bengkel dia bekerja. RM230 pun melayang sekelip mata.
Nak dijadikan cerita, Popai dan rakan terperangkap di kesesakkan lalu lintas menghala tempat kerja kami. Dekat pukul 8 baru kami sampai. Nasib ada seorang lagi colleague yang membantu menguruskan keadaan di sana. Oleh kerana kesian kat pomen tu, Popai bagi duit upah tambahan.
Settle semua, confirm kereta boleh start, lepas ucap tqvm kat rakan2, terus Popai cabut balik nak amek anak2 pula kat nursery. Sampai terlupa nak beli makan malam. Takpelah, yang penting anak2. Kang malam kalau lapar, boleh makan roti. Anak2 pun lama dan menanti, kesian diaorang.
Moral of the story:
1. Jangan sesekali lupa mematikan lampu apabila tidak lagi memandu. Nasib baik kejadian berlaku di ofis. Ada juga yang sudi membantu. Cuba berlaku kat tempat lain...masak Popai.
2. Bila tengok bateri dah tahap kritikal, sila tukar. Jangan ditangguh2 kan lagi. Bengang betol. Popai dah warning hubby pasal bateri kereta before dia offshore. Jawapan yang Popai dapat...takpe, sempat lagi tunggu daddy balik nanti. (sempat ke?)
Notes : Popai selalu terfikir yang kereta kesayangan hubby ni sebenarnya tak berapa serasi dengan Popai. Sebabnya, bila hubby balik cuti...jaranglah kereta dia tu buat hal. Kalau ada pun hal kecil2 jek yang tak melibatkan kesusahan dan kepayahan. Tapi bila dia start jek offshore, dan kereta tu bertukar tangan kat Popai...ada je yang tak kena. Bateri kong lah...kereta tak boleh startlah...timing belt putuslah...temperature naiklah...kipas tak functionlah...macam2. Dan selalunya kejadian tu berlaku time Popai preggy and tengah kekeringan poket. Misteri sungguh...
No comments:
Post a Comment