Saturday, 2 April 2011

My Wishlist for 3rd baby

Popai ada beberapa barang baby yang nak dimasukkan dalam wish list...setiap hari Popai akan survey harga kat mudah.my. Kalau harga berkenan, Popai akan cuba deal dengan orang yang mengiklankan barang mereka kat mudah.my. Popai cuba dapatkan harga berpatutan dengan kualiti barang tersebut. Sebab ada barang yang memang masih berkeadaan elok. Condition 9/10. Ada juga yang function masih OK, cuma condition level maybe dalam 7/10.

Berikut antara barang baby yang Popai nak dapatkan :
  1. Playpen - nak letak kat bahagian ruang tamu. So kalau lepak kat bawah, boleh letak baby kat dalam Playpen. Takdela diganggu oleh Atim atau Chaca. Lagipun ada tempat changing diaper, so senang sikit. Budget <RM200..alhamdulillah, dah dapat pun. Barang masih elok seperti baru. Menurut tuan punya, memang diaorg buka utk hiasan, sebab baby diaorg taknak duduk dalam tu. At last terpaksa dipacking semula. Semuanya masih baik. Diaorang siap datang rumah (special delivery) and tunjukkan cara2 pasang Playpen tu. Memang tersangat puasati. Cuma ada terkilan sikit sebab harga diiklankan kat mudah RM200...then tiba2 bila Popai confirm nak beli, di naikkan harga jadi RM250.
  2. Baby Cot - mesti korang kata, eh dah ada playpen, nak buat apa lagi baby cot? Jawapannya, baby cot ni untuk dalam bilik. Kalau tak baby nak tido mana sebab katil dah penuh dengan Popai and my son, Atim. Kalau hubby balik, dengan hubby lagi. Chaca dah tentu tido dalam baby cot dia sebab lasak sangat. So kena cari satu lagi baby cot. Dah jumpa baby cot yang berkenan di hati. Harga pun agak berpatutan, RM230 (tidak termasuk tilam). Nak kena discuss dengan hubby. Kalau dia setuju, Popai akan order online. Kalau tak tunggu dia balik jelah.
  3. Maxi Cosi Infant Car Seat - yang ni pun dah jumpa. Harga amat berpatutan. Menurut owner, condition 8.5/10. Car Seat ni amat diperlukan untuk letak baby time nak anta ke nursery nanti. Budget Popai RM300 and below for COD or include postage. Popai dapat RM300 include postage. Color hitam, line orange dan boleh digunakan bersama stroller Quinny Zap. (Popai dapat satu lagi Maxi Cosi Infant Car Seat...kaler merah + kelabu. Kalau sapa2 berminat boleh ke blog all-in-one-haus.)
  4. Baby Bouncer Child seat Fisher Price - Popai tengah deal dengan owner untuk COD. Harga offered RM250. Popai dapat tawar, RM200. Barang tu kalau tengok memang macam baru lagi. Lebih kurang macam playpen yang Popai beli tu. Masalahnya masa untuk COD tu agak terhad. So sekarang ni tengah deal nak jumpa kat mana. (dah beli pun...rasa macam menyesal pun ada. Sebabnya kalau ikutkan still mahal RM200 tu coz harga asal sekarang boleh dapat RM299 jek. Kalau Popai survey betol2 aritu, boleh mintak kurang lagi. Barang pun bukannya new items atau display unit. Tapi used stuff. Nak buat camne, dah terbeli)
  5. Baby Monitor - lama dah sebenarnya nak beli baby monitor ni. Tapi harga menakutkan. Bila survey2 kat mudah.my, Alhamdulillah ada jugak harga berpatutan. Tapi sebab sekarang budget belum mengizinkan, jadi Popai tunda sehingga dapat green light dari hubby. Apa2 pun kenalah refer kat hubby sebab nak guna duit dia beli barang2 ni. Setakat ni yang Popai tengok harga berpatutan, brand TOMY (made in Japan). Kalau Phillips tu agak menakutkan harganya...

No comments:

Post a Comment