Lepas bersalin, apa supplement atau jamu yang korang amalkan? Maksud Popai, brand apakah yang korang pilih untuk ubat2an selepas bersalin? Dalam bahasa omputih, Confinement set.
Masa 1st baby, Popai pakai product amway. Hubby masa tu agak kedekut nak melabur...so kebetulan adik dia baru lepas abis berpantang and guna product Amway tu tak habis...so dia bagi kat Popai. Popai pun makan yang balance2 sajork...
2nd baby, Popai start melabur beli product untuk kegunaan sendiri. Popai beli Nona Roguy, one set RM300. Ok jugak produk ni especially untuk mengatasi masalah sembelit. Takde problem langsung! Lancar jek...tapi bila baby kena jaundice, Popai stop kejap pengambilan ubat Nona Roguy sebab mak kata jamu2 ni panas. Then bila baby dah ok, continue semula. Set Bersalin Nona Roguy ni bukan sahaja bagus untuk mengatasi masalah sembelit, nak menambahkan susu badan pun boleh.
Shaklee Confinement Set
(Pinjam gambar, agak2 kena saman tak?)
Yang 3rd baby ni, Popai plan nak tukar productla...nak try Product Shaklee. Kalau baca testimoni, kebanyakannya memberi komen positif. Confinement set Shaklee ni semuanya vitamin (bukan jamu). Kalau ikutkan yang Popai baca dengan merujuk laman web
GenkiMomma ni, set Shaklee ni antara kelebihannya boleh mengelakkan baby kena jaundice dan dalam masa yang sama menambahkan susu badan. Popai berazam kali ni nak try fully breastfeed baby. Sedey sangat sebab masa Atim dengan Chaca, tak berkesempatan. Popai dah buat beberapa survey harga untuk product Shaklee ni...harga semua lebih kuran jek, one set RM100. Berpatutan dan memenuhi budget. Lagipun yang sapu2 semua still ada lagi...boleh guna semula. Insyaallah, before due nanti Popai nak order one set. After pantang, boleh continue set untuk breastfeeding pulak.
No comments:
Post a Comment