Saturday 16 April 2011

Anak Bulus Angkat

Khamis, bersamaan 13 April 2011, Popai dapat anak bulus angkat. Popai adopt dari Petfinder, sebab kesian pulak tengok little kitten ni. Actually ada sorang student tu advertise for the whole family, tapi memandangkan Popai pun dah ada 4 ekor anak bulus kat rumah ni, so Popai decide amek sekor jelah.

First sebab Popai kesian kat kucing-kucing yang terbiar, 2nd sebab Popai ni memang cepat kesian bila sesuatu yang berkaitan dengan kitten, and 3rd sebab Popai ni memang suka kepada haiwan peliharaan.

Popai selalu berangan, kalaula dapat memiliki sebuah kediaman yang mempunyai halaman sendiri, Popai nak buat sebuah pondok kecik untuk anak2 bulus Popai. Pastu nak buat sebuah bilik kecik, nak letak haiwan peliharaan yang lain. Antara haiwan peliharaan dalam list

1. Hamster sepasang (nak cari baka Syrian)
2. Guinea Pig sepasang (tak decide lagi nak cari baka apa)
3. Sugar Glider sepasang
4. Tortoise sepasang
5. Arnab sepasang (nak cari yang jenis telinga loop)

Hubby Popai selalu perli, "kan lebih baik jek kita bina Zoo kecik kat halaman rumah. Sapa2 yang nak datang melawat, kita caj RM5 per entry. At least boleh buat modal beli makanan untuk haiwan2 peliharaan tu". Tapi Popai buat pekak telinga jek. Sukatila, dah Popai suka, nak buat camne kan...Actually kucen tu pun dia tak setuju Popai bela.

Dulu masa mula2 kawen, mula2 duduk sendiri, Popai ada bawak sekor anak bulus kesayangan. Nama dia Mongkeh. Memang sayang giler la Popai dekat Mongkeh ni. Kalau Popai ada rumah, Mongkeh ni pun akan lepak dlm rumah. Hubby selalu perli Popai, "apa kata kita minta sewa rumah separuh dari Mongkeh...bukan main senang lenang lagi dia melepak dalam rumah. Dahla makan minum free." Kadang2 nak tergelak pun ada.

Tapi Mongkeh sekarang hanya tinggal kenangan sebab dia hilang entah kemana. Puas dah Popai cari, tak jumpa. Memang depress jugakla masa tu...yelah, dia peneman di kala diri kesunyian. Sampai sekarang, kalau pusing2 area taman Popai duduk dulu, mesti usha2 kotla terjumpa dengan Mongkeh kalau dia masih idup. Dia kalau dengar jek suara Popai, berlari balik rumah.

Okay, kembali kepada cerita asal...tentang anak bulus angkat yang baru. Popai tak decide lagi nak bagi nama apa. Selalunya nama ni spontan jek. Dulu arwah abah yang cekap bagi nama ni. Popai tak pandai sangat. Yang ada 4 ekor ni pun, main sedap panggil jek..

My handsome boy, Kutak (ah tuck) - kaler oren, domestic long hair

My lovely boy, Kiki - kaler cream, domestic long hair (anak Kutak dengan Ming Ming)

 
Naughty boy, Buyuk - kaler itam perang, domestic medium hair (anak Kutak dengan Lini)

The Queen, Tecik - 3 kaler - putih, kuning, itam, domestic long hair (anak Kutak dengan Lini)

 
Yang latest ni belum bagi nama...ada cadangan tak nak bagi nama apa...?
1. Gugurl
2. Tiny/ Tini
3. Tenit

1 comment: