Saturday, 12 March 2011

Earthquake and tsunami

Hari ini 11 March 11, dunia dikejutkan dengan satu bencana alam yang terburuk. Jepun dilanda gempa bumi sekuat 8.9 skala ritcher dan disusuli tsunami setinggi 10 meter (ralat : menurut Jepun kiraan sebenar adalah 9.0 skala ritcher). Subhanallah...

Bila dengar jer berita petang tadi, Popai jadi risau, takut, simpati...semua bercampur aduk. Tak dapat bayangkan camnela situasi diaorg masa kejadian. Kalo tengok video2 yang diaorg amek...orang Jepun ni kebanyakkannya steady jek...Takdela cemas tahap gaban. Kalaulah perkara yang sama terjadi kat kita, confirm dah haru biru and kacau bilau dibuatnya.

Tapi dengan teknologi diaorang yang serba canggih, Jepun dapat meminimakan kemusnahan yang berlaku semasa gempa bumi...Cuma tsunami tu diaorg takleh buat apa. Teruja Popai tengok video2 masa kejadian gempa tu. Bangunan tu leh ikut bergoyang, dah macam lengkong sekali tengok. Bak kata Nazmi RL5, dasyaaattt!!

Insaf sungguh bila tengok bencana yang melanda Jepun.Semoga mereka tabah menghadapinya.


Picture from
dailynewsbrief.net

No comments:

Post a Comment