Giler lama Popai tk update blog...bukan apa, kekangan masa. Apapun terlebih dahulu Popai nak ucapkan Salam Aidilfitri...mohon maaf zahir dan batin..
Camne korang punya sambutan hari raya? Meriah tak? Popai seperti tahun2 sebelum..sambutan biasa2 jek. Tahun ni 1st time dapat cuti raya lama, tapi kecewa sangat sebab tak dapat nak jalan raya sangat. Ingatkan bila cuti lama, dapatla beraya ke rumah member kat kampung yang dah bertahun tak jumpa. Tapi nan hadoo...
Raya pertama seperti biasa, lepas solat sunat hari raya, pegi beraya kat kampung ibu mertuaku. Kemudian ke Tangkak, ziarah pusara arwah abah yang tersayang. Lepas tu beraya ke rumah pakcik/ makcik di kampung.
Raya kedua duduk melanguk kat rumah, kononnya tunggu orang datang beraya. Namun yang ditunggu tak kunjung tiba.
Raya ke 3, ke rumah sepupu Popai kat Masjid Tanah, then ikut hubby beraya rumah sahabat baik dia. Bermulalah kebengangan Popai melanda. Memula Popai bengang sebab hubby pukul my son yang umur 3 tahun sampan berbirat disebabkan anak aku yang belum boleh berfikir dengan waras tu agak nakal. Biasalah budak lelaki pulak tu...mana ada budak yang tak nakal. 2nd Popai bengang sebab dah janji dengan my bestfriend nak pegi beraya rumah dia, tapi disebabkan hubby Popai nak tunggu sorg lagi kwn dia datang ke rumah tersebut, Popai terpaksa berputih mata and lupakan niat nak jumpa my bestfriend yang setahun sekali Popai dapat jumpa. Lebih menyedihkan, member Popai tu dah siap masak sebab tau Popai nak dtg beraya...kalau korang ditempat Popai, apa perasaan korang?
Raya ke 4 Popai nekad nak beraya ke rumah sahabat baik ku...dapat jugak jumpa, tapi sekejap jek sebab dia nak ke Kluang.
Yang Popai bengang, raya ke 6, dah plan awal...nak tido di rumah mak Popai. Tiba2 tanpa perbincangan, hubby buat keputusan sendiri, tido di rumah dia (rumah my mother n law). Sapa tak bengang dik non. Apa lagi, Popai pun tarik mukalah...ingatkan bila dah tarik muka, hubby tak berani nak kuar malam jumpa kawan dia. Rupa2 nya ada dia kesah? Dengan mengenepikan Popai, dengan selamba tanpa ada rasa bersalah, dia keluar. Tinggal lah Popai dan anak2 terkebil2 di dalam bilik. FYI kat rumah my MIL, pukul 10 mlm rumah dh gelap dan tidak digalakkan menonton. Kalau korang buat keras, tengok tv jugak...jap lagi kena sound la dengan ibu mertua ku.. Tu yang buat Popai tak selesa duduk lama2 kt rumah MIL...setakat semalam dua tu, bolehla.
Popai masih bersabar...esoknya kitaorg nak balik KL dah...before balik nak kena singgah rumah my mom sebab barang byk lagi kat situ. Ingatkan nak gerak awal, sebab nak balik KL awal, at least malam boleh lepak2 tengok tv. Sekali my hubby sibuk plak nak menolong anak kawan baik dia. Budak tu baru abis belajar, nk mintak keje kat tempat hubby Popai. So dia mintak tolong submit resume. Dah tau nak mintak tolong tu, ko siapkan resume tu awal2. Ini tidak, suh dtg rumah amek resume...sekali bila kitaorg ke rumah dia (on the way nak balik rumah my mom), resume pun tak siap lagi. Betol2 menyirap aku...lama giler tunggu resume tak siap2...hubby decide suh dia poskan jek. Then kitaorg balik rumah my mom. Sampai sana Popai trus kemas2... Ingat nak gerak balik kl terus...sekali kawan hubby call suh tunggu sebab dia nak anta resume tu. Tunggu punya tunggu, pukul 6 baru sampai...peh, sungguh Popai nak marah. Akhirnya terpaksa gak bertolak lambat and sampai KL pun dah malam.
Mesti korang ingat kebengangan Popai dah abis kan...lum lagi. Popai sambung nanti...cerita yang me bhagian Popai tersangat kecik hati dan kecewa...