Monday, 17 December 2012

Ilhan First Day to School



Hari ni hari pertama Ilhan pegi sekolah tadika...Dulu dia memang penah pegi Sekolah kat Tadika Dunia Elit...tapi cuma playschool jek..Kali ni no more playschool. Serious school plak...hahahaha...

Hari ni jugak Popai ada presentation untuk research proposal. Kelam kabut dibuatnya...Dapat buat breakfast roti sapu nutella jek untuk Ilhan...:(

Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Ilhan sangat excited untuk pegi sekolah English katanya..Every minutes he will ask his new school and what is teacher's name. And the best part is, dia janji taknak nanges. Arini Ilhan kotakan janji dia, dia langsung tak nanges...sampai sekolah, trus salam and kiss Popai, then masuk pagar sekolah...tiba2 rasa sayu...oh anakku dah besar...(emo la pulak)padahal baru nak masuk 5 years old (bak kata Ilhan).

Lepas hantar Ilhan, Popai bergegas untuk pegi presentation kat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Memang kecut perutla..Popai sampai tepat 9.30am, tapi Dr Noorman takde kat ofis...so lepak kat Library jap sambil tunggu classmate yang nak present sama sampai. Around 10am, Popai and member pegi bilik dia sekali lagi, and ada notes informed proposal defense will be held at Lab 3, so trus bergegas kat sana. Masuk lab tengok ada geng yang dah present...so Popai orang ke 4 yang present. Taknak tunggu lama dah, sebab tangan kaki dok sejuk..

After present, sangat lega sebab even tak dapat very good macam some of other classmate, tapi good evaluation is enough and means a lot. Sebab Dr. Noorman ni memang tersangat straight dan ayat2 laser dia sangat boombastic. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Abis present, trus rushing balik rumah sebab ingat nak pegi amek Ilhan, tadi pagi lupa nak pesan kat teacher dia. Sekali tengok jam dah pukul 12, call tadika and his teacher informed Ilhan dah dihantar ke Taska Arini...lagi sekali Alhamdulillah. Teacher sekolah tu memang very efficient sebab Popai cuma bagitau the principle sekali jek tempat transit Ilhan and she remember and take note about it.

Oleh kerana Ilhan pun dah selamat dihantar ke taska arini, Popai pun terus pegi makan nasi kukus ayam berempah...nyum...nyum...dah makan, trus drive pegi keje...letihhhhh...

Monday, 10 December 2012

Belanja besar

Lama dah Popai tak spend duit banyak2 sekaligus. Ari sabtu lepas, bawa Ilhan dengan Cha gi IOI Mall, sebab nak beli buku sekolah Ilhan. Tapi kalau dah sampai shopping complex, tak pegi shopping bukan perempuanla namanya...kannnn...

Kitaorang sampai sana awal giler. Kedai tak bukak pun lagi. Nak elakkan kesesakan kononnya. Melepak kejap kat lam shopping complex sementara tunggu kedai buku Popular buka. Lepas dah shopping segala macam buku kat Popular, Popai bawa anak2 makan KFC. Then sambung shopping baju anak2 kat Brand Outlet. Almost abis RM200...belum kira lagi shopping kasut Cha..sepasang RM79.90...mak ai...mahal nak mampos...

Balik dari IOI singgah giant plak, beli barang dapur. Amek tu, amek ni...bila bayar...hamek ko..RM170++...mengarut betol la. Duit sekarang ni kecik jek nilainya....Padahal kalau tengok plastik, macam tak caya je spend duit BANYAK tu untuk sehari...Kesian Mr. Hubby, penat cari duit...Mrs. Wife yang habiskan...

Harini nak g amek baju kat dobi dah RM70...duit lagi tu...tadi beli susu Ilhan dengan Cha, ranap RM180...fuh...macam air terjun..bukan main laju lagi abis..next week Mr. Hubby masuk port, confirm dia tanya mana pegi duit dia...senak perut Popai nak jawab. 


Durian Crepe Season

Penah dengar durian crepe tak? Actually makanan ni dah lama wujud, tapi taktau kenapa sejak akhir2 ni jadi semakin popular. Yang buat bisnes, memang masyuk ar time ni. Ada yang jual 6 keping RM10, ada yg jual RM10 - 5 pcs dan ada yang amek untung lebih, jual 4 pcs RM10. Erm...sedap ke? Kalau nak tau sedap ke tak, cubalah sendiri. Apatah lagi untuk orang yang memang giler durian. Tapi kena beli kat orang yang kita dah biasa beli...sebab ada tu tak pandai sangat pun, asal boleh jek...

Durian crepe ni sedap bila sejuk..and isi dalam tu kena padat. Kalau tak padat, macam tak syok...Popai ni suka mencuba...buat sendiri jek. Tapi teringin jugak nak order...nak rasa mana lebih sedap...hehehehe...Nak resepi? Jap, Popai cari..nanti cubalah yek...



Sunday, 9 December 2012

addicted to thepoplook


Korang penah dengar thepoplook.com tak? Sebuah laman sesawang yang menjual baju untuk wanita...yek..a shopping through online. Popai memang suka sangat shopping online sebab kekangan masa yang melanda diriku. Al-maklum Popai ni tersangatlah busy...

Before ni Popai cuma tau tentang thepoplook and tak penah pun berminat. Tapi ntah kenapa, sejak akhir2 ni, selalu plak browse laman sesawang tu...and terminat plak dengan maxi dress penny thepoplook sebab sesuai dipakai oleh wanita yang berhijab. 

Kalau dah terminat...kenalah ter'beli' kannnn...yeah...at last Popai ter'beli' 2 helai penny dress dari thepoplook. Dah sampai dan tersangatlah puashati..cunnnnn,,,cuma labuh skit. Kalau pakai kasut high heel ok la kot. Masalah problem nya...hehehehe..Popai ni tak suka dan tak pandai ber'high' heel. Kasut Popai kebanyakkannya flat shoes. Yang ada high heel tu pun, beli masa nak pegi dinner..tu pun sekali jek pakai. Tapi nak ber'penny' dress punya pasal, high heel pun high heel laaaaa...

Lepas dah dapat 2 pasang dress, ari2 Popai buka laman sesawang thepoplook.com sebab taknak ketinggalan new dress. Herm...ni namanya addicted. Kalau Mr. Hubby ku tau, kena bebel la nampaknya...


 Credit to thepoplook.com

p/s: kalau ada sesapa nak let go penny maxi dress mini polkadot red, pm Popai...Popai tak sempat grab, dah sold out..huhuhuhuhu


Ini Popai punya!


Monday, 3 December 2012

Tadika Sri Ara



At last...Popai pilih Tadika Sri Ara untuk Ilhan...Sebenarnya, this is the only kindergarten yang available untuk Popai pergi and survey. Yang lelain tu susah sangat nak buat appointment. Al-maklumla, Popai ni kan very busy women (tangan di bahu, mata ke atas).

And after dengar penjelasan dari principal sekolah tu sendiri, yang nama dia Teacher Pushpa...Popai amat-amatlah confident dan terus register Ilhan kat situ. Sekolah ni amek kids start dari 3 tahun until 6 years. And the most interesting is nanti masa kids 6 tahun, akan ada subject tambahan iaitu subject persediaan untuk masuk darjah 1. Actually dah dengar good review pasal sekolah ni dari owner taska anak-anak Popai and also from blog-blog lain. Furthermore, good review about teacher Pushpa... Tapi baru-baru ni Popai terbaca entry kat blog and forum yang mengatakan yang teacher Pushpa ni dah handle one of Popular brand kindergarten kat area Puncak Jalil..Tetiba Popai terfikir nak hantar Ilhan ke tadika tu. Bila Popai call, someone answer and told me to call back after 2-3 days. Ok, fine...hampa lagi.

Then buat another appointment with Tadika Sri Ara, and at last manage to see this very good teacher who passionate with kids learning. Her explanation makes me feel very comfortable and confident with her school. Popai tanya about another kindergarten sebab setahu Popai dia handle situ, tapi lega bila dia bagitau yang dia dah tak handle that kindergarten anymore.She want to concentrate on her own tadika and do the best. So takyah Popai dok hunting kat mana nak cari this great women.

So registration fee kat sini memang agak MAHAL jika nak dibandingkan dengan registration kat sekolah lain. Tapi jangan risau sebab diberi option untuk bayar 4 kali...fuh, lega...Registration fee RM1900 termasuk duit buku, duit baju, taekwando, activity and macam-macam lagilah. Tapi monthly fee rendah skit, cuma RM190 sahaja. Sekolah ni tak sediakan makanan, so parents kena sediakan breakfast untuk anak-anak. Actually kalau dikira bebetul, yuran pendaftaran tadika ni takdelah mahal mana...cuma maybe sesetengah parents yang pikir, tadika yg takde name brand ni, sepatutnya harga lebih murah dari yang well-known. But for me, semua sama jek..even sometimes the tadika is well-known, but well-known because of the brand itself...the quality maybe tak sama.

Sekolah akan start on 17th December ni, so skang ni Popai sangat sibuk mem'prepare' barang sekolah Ilhan...walaupun takde benda sangat. Just nak beli kasut sekolah and tupperware untuk bawa bekal. Dah boleh tarik nafas lega coz dah selesai satu perkara...

P/S: If you alls nak tahu lebih lanjut about the tadika, why not you all meng'kaknam' kan diri jumpa teacher pushpa tu sendiri, and you will say...I like the teacher and the school already...

This is what you get after registration. Beg sekolah, 2 pasang uniform, 1 pasang baju sukan, 1 pasang baju taekwando.