Cliche sangat tajuk tu kannn...anyway, dikesempatan ini Popai nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...arini dah last daySyawal. Camne raya korang? Seronok?
Popai tahun ni simple dimple jek...sebabnya...KERETA LAKIKU BUAT HAL!!! Hah, kan dh capslock...nampak tak betapa marahnya Popai...KERETA TU DAH BUANG TEBIAT! Time2 orang nak pakai duit, dia pun sibuk menyemak nak rosak tu, rosak ni...JAHANAM punya kereta. Akibatnya, ku terpaksa beraya secara bersederhana...Alhamdulillah, sederhana itu lebih afdal dari berlebih-lebihan...
Kali ni raya Popai dapat cuti lama. Alhamdulillah...walaupun cutiku start 1st day raya...takpe...balik keroje petang before raya tu, Popai dh prepare semua...sampai rumah, mandi, masukkan barang dalam keta...then trus vroom balik kampung dengan suami serta anak2 tercenta...heheeheheh..beli Mc Donald, bekal untuk buka puasa.
Macam biasalah Popai kalo balik beraya, lebih selesa balik rumah mak sendiri. Bukan apa, mak mertua ku balik ke kampong...sesakla rumah kat kampong tu walaupun besar. Nanti Popai taktau nak buat apa...sebab diaorang bersembang yang takde kaitan dengan diriku yang diva ni (banyakla ko punya diva). Lagipun dok rumah orang kena sopan santun...kalo rumah sendiri boleh terkangkang baring depan TV kan...pakaian pun bebas..Anak2 pun boleh berlari sana sini. Kalau rumah orang nak kena perati anak2 sebab risau kang anak2 ku terbuat anak orang, ada yang sentap...takpun anak orang terbuat anak Popai, kang aku yang sentap....hehehehehe...
En. Hubby kali ni bersikap lebih kejam bila dengan selambanya dia balik kampung dia tinggalkan Popai anak beranak kat rumah mak Popai. Tapi Popai tak kesah pun. Janji dia selamat pegi dan selamat balik...
Syawal kali ni seperti biasa, bangun pagi pegi solat sunat aidilfitri. Lepas tu balik rumah, siap2 nak gerak balik ke kampong en.somi beraya (bukan tak balik langsungkan...pagi2 buta kami dh terpacak kat sana...itupun en.somi nak kecoh). Lepas bersalam-salaman dan bertukar duit raya (maaf anak2 buahku, tahun ni budget maklong/ makngah Popai ketat, jadi imbuhannya agak kecil berbanding dgn tahun2 sebelum ni), kitaorang balik Tangkak pulak.
Memula ziarah kubur arwah abah yang sangat2 ku rindui. Lepak 5-10 minit sambil baca doa semua...then beraya ke rumah sanak saudara kat Kg Payamas. Memula pegi rumah makngah...lepas tu raya rumah arwah makcik...tu dua jek pun sedara mara Popai yang available. Lepas tu kitaorg straight pegi Muar beraya rumah jiran kesayangan...
Yang membuatkan Popai sentap tahun ni...dapat cuti lama...tapi tak dapat nak beraya poyo2...ingatkan tahun ni dapatla jumpa kawan2 lama masa zaman sekolah dulu kannn...kata nk buat reuinion, tapi semua senyap membatu macam batu batuan kat batu cave nun...Lepas tu plan nak raya rumah geng masa sekolah, call2 tak jwb..msg tak reply...at last bgtau ada kenduri kawen kt rumah sedara, ajak jumpa kat sana...macam Popai kenal sedara beliau itu kannnnn...Herm....
Tapi yang beshnya beraya rumah my bff zaman sekolah dulu...tiap tahun kalo Popai bagitau nak gi beraya rumah dia, mesti dia akan prepare macam2. Tahun ni dia buat soto...sedap...dapat lepak lama skit sambil sembang2 apa yang patut...walaupun perbualan kami tidak sehebat dulu...tapi masih boleh bersembang...Tiap tahun Popai memang tak penah fail beraya rumah dia...dan beliau tak penah fail untuk masak untuk kami. Terima kasih Sirah sebab sudi jadi bff aku...sob..sob...terharu..
Last week, my MIL datang rumah dgn family SIL. Then kitaorg beraya pulak rumah sedara MIL kat sekitar KL..ada peristiwa pahit berlaku. En. somi hampir kehilangan kereta kesayangannya. Dahla baru repair ribu riban kannn...time tu kitaorg pegi Tesco Ampang sebab sedara MIL nak belanja makan. Then en.somi parking keta betol2 menghadap jalan besar. After makan kami dok menyembang depan pintu kuar tesco sebab tunggu BIL beli makanan. Dekat 15-20 minit jugakla dok berdiri depan tu... after korum dh cukup, kami semua gerak ke kereta masing2...sampai2 jek...tgk keta tk berkunci and dalam keta bersepah...masa tu en.somi memang dh agak, mesti keta kena pecah...buka2 pintu tgk tempat start keta tu dh jahanam...alarm siren dah kena potong, kunci pntu sebelah driver dah jahanam...and barang ilang (spek mata oakley ducati en.somi, power bank, smart tag, cable iphone5)...dan yang buat kami merengkam, sepencuri bangang tu hamek kunci rumah termasuk kunci spare...!! Tersangatla bangang dan bangsat pencuri tersebut...Nasib baik time tu MIL dgn SIL tak balik Melaka lagi...sedara en.somi pun ada...Jadi kami balik dulu sebab nak settlekan hal rumah walaupun pada mulanya MIL aku degil taknak tinggalkan anak dia kt situ. En.Somi stay kat keta sbb risau si pencuri bangsat tu dtg balik, and sedara en.somi pegi carikan pomen utk start keta. Keta takleh start guna kunci sebab tempat masuk kunci tu tak dijahanamkan.
Merata jugaklah kami cari key smith untuk bukakan kunci dan tukar kunci lain. Langkah keselamatan...Memang bangsat betol pencuri tu...Kalola kami dapat pencuri tu, bukan kata en.somi jek yang akan belasah, dengan Popai sekali join belasah dia!!! Menyusahkan...disebabkan kejadian tu, kami kerugian dan terpaksa menyusahkan ramai orang...
Dan disebakan kejadian tu, en.somi jadi phobia nak pegi mana2 and letak keta sebarangan. Pegi Alamanda nak cari cable iphone tu pun Popai terpaksa tunggu dalam keta. Then dia beli kunci solex untuk stereng keta...dan banyak lagila dia plan utk security keta kesayangan dia tu...dah tak pasal2 nak kena berhabes untuk keta tu lagik...semak otak.
Sampai skang Popai pun phobia nak tinggal parking keta merata2..