Popai memang dah lama giler tak pegi Cameron ni. Last pegi rasanya masa rombongan sekolah dulu. Itupun masa sekolah rendah. Memang takde memori langsung sebab dah lupa. Masa pegi, kitaorg naik ikut Simpang Pulai. Jalan agak besar even macam ular. Tapi bila balik, en.hubby nak ikut Tapah. So Popai on jelah. Dia yang bawakan...Nasib baik masa pegi dan balik, anak2 semua tido sepanjang perjalanan. So takdelah diaorang buat hal sebab mabuk kan...Elok jek sampai atas, semua bangun bergumbira...Lapar sangat2, kitaorang barah KFC. Lepas kenyang melantak, trus pegi check in.
Kitaorang lepak kat hotel biasa2 jek..Century Pines...dapat bilik agak luas even tinggi dan yang paling penting katil kat bilik tu adalah super king hokey...tido berlima atas katil pun still ada ruang. Sangat selesa. Bilik bersih, toilet pun bersih, pemandangan pun ok...Ilhan tanya, "Mami kenapa bilik ni takde aircond dengan fan, tapi sejuk macam ada aircond. Aircond tu sorok2 ek...?" hehehehe....
Lepas check in, kitaorang kuar jalan2...and 1st thing yang Popai nak buat adalah petik strawberry. Malangnya disebabkan kitaorang pegi sebaik saja abis cuti sekolah, jadi kebanyakkan buah strawberry telah habis dipetik...Isk...Walau bagaimanapun, setelah berpusing2 mencari kebun strawberry yang ada lagi saki baki, akhirnya tercapai jua hasrat...hehehehe...Pastu kitaorang pegi plak kebun teh boh...jauh dan sangat tinggi. Tapi sangat cantik tempat tu. Tiba2 ku berangan duduk kat sana...heheheheh...Tempat tu sangat sejuk. Ilhan cakap, "Nape kat luar ni pun ada aircond mami?"
Sebab percutian kali ni adalah percutian yang sangat singkat, so kitaorang tak dapatlah jalan puas2...Rushing jugaklah..singgah pun kejap2 jek...Alhamdulillah, sepanjang percutian, anak2 semua OK! Dan kitaorang enjoy...
On the way balik, singgah jap kat Air terjun Lata Iskandar...sangat best...
En. Hubby cakap, next time kita pegi lagi...tapi lama skitlah...3 hari 2 malam ke...baru puas nak jalan2...Oleh kerana dia dah bagi green light, Popai pun menyokong 100%..
The Century Pines Resort
Kalau pasal makan, bagi kat Chaca
Acara memetik strawberry
Acara memilih pokok kaktus
Air Terjun Lata Iskandar
No comments:
Post a Comment