Sorry guys, Popai busy skit..oppsss...busy banyak. Kalo skit boleh lagi Popai curi2 masa buka blog ni. Baca blog orang Popai ada masa...hehehehehe...membaca dengan mengarang adalah dua perkara yang sangat2 berbeza. Membaca, kita just buka je blog orang tu, then baca sambil scroll2 ke bawah sambil gelak2 (kalo entry tu kelakar), sedeh (kalo entry tu touching) dan senyum simpul (bila entry tu bodoh2 alang and terkena kat batang idung sendiri). Tetapi mengarang ni, perlukan kekautan fizikal dan minda... Tangan kena kuat, mata kena kuat, minda kena kuat...semuanya perlukan kekuatan (alasan tak hagak2 kannn)...
Apa ek yang Popai terlepas...banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....yang Popai buat manifesto nak citer apa yang berlaku dan apa yang Popai lalui sebelum ni pun, tak terciter lagi..nama pun manifesto...manifesto bukan janji. Lainlah Popai buat akujanji....heheheheheh...
Pilihanraya dah lepas...nak citer gak ke pasal GE13? Malaslah...nanti ada yang sentap plak. Politik ni payah skit...boleh jadi gaduh laki bini yang oiii...!! Apa yang pasti, Popai dah laksanakan hak sebagai rakyat Malaysia untuk memilih. Dan untuk pengetahuan umum, ini adalah kali pertama Popai mengundi...Iya...kali PERTAMA!! Mesti korang ingat Popai ni muda belia, sebab baru 1st time mengundi....hehehehehehe...perasan jap. Lantak korangla nak pikir apa pun...
Abes citer GE13, nak citer pasal Iron Man 3. Korang dah gi tengok? Setelah diasak2 oleh anak bujangku, at last Popai dengan Mr. Hubby bawa jugak dia gi tengok Iron Man 3...Awesome! Sangat best...and ada unsur2 humor yang boleh buat Popai gelak kuat tak hengat. Popai kalo gelak, memang tahap pakai pembesar suara tu...huhuhuhuhu...Kali ni Popai bawa sekali Chaca tengok movie. Asyik kena tinggal jek. Dia pun dah besar, takde masalah dah nak bawa dia jejalan. Cuma masalahnya, Chaca kuat membuta. Citer Iron Man tu baru start, dia dah ajak balik sebab nak membuta...Chaca...Chaca...
15hb May aritu, celebrate birthday anak Popai yang bongsu (bongsu setakat ini). Ulang tahun kelahiran yang ke 2. Kejap jek anak ku dh membesar. Celebrate kat mana? takde mana pun...just raikan bersama keluarga. Popai buat cheese cake, ayam panggang dengan nasi ujan panas...then melantaklah kami anak beranak. Mr. Hubby kebetulan balik cuti mengundi...
Gambar dari atas
Inilah birthday gurl yang tak sabo nak melantak
Birthday girl makan kek
Ok good...Popai dah cover 3 citer sekali gus...senang skit keje den...Nanti next entry Popai cover lagi mana citer2 lepas yang Popai rasa patut citer kat korang dan korang patut tau...
No comments:
Post a Comment