Ni Popai ada salin resepi and method, kalau rajin esok nak mengadun kejap...
Bahan A (untuk lapisan chocolate cake):
- 250gm butter
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan gula perang
- 4 biji telur (A)
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan susu segar suam
- 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
- 3/4 cawan serbuk koko
- 250gm cream cheese
- 100gm coklat masakan putih
- 2 biji telur gred A
- 30gm tepung gandum/superfine
- 150gm coklat masakan
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/4 cawan air panas
- 1 sudu besar butter
- Almond nibs (optional)
- Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
- Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
- Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati.
- Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
- Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
- Lapisan kedua - masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit.
- Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
- Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
Menarikkan...Erm...air liur dh berkumpul dalam mulut ni sebab kecur...kedapnya...OK, nanti nak g Hot Oven atau Bagus, beli bahan.
No comments:
Post a Comment