Wednesday, 31 October 2012

Pre School untuk Abang

Pening kepala nak cari sekolah tadika untuk anak Popai yang sulung. Actually sekarang ni dia 4 tahun and dah sekolah dah pun kat Tadika Dunia Elit. Mula-mula masuk sekolah, dia punya seronok. Hari cuti pun nak pegi sekolah. Tapi sejak ada sorang teacher ni berhenti, Abang dah tak minat nak pegi sekolah tu. Asyik kena paksa jek. Kesian pula tengok. Mujur tinggal lagi 2 bulan dia kat situ.

So sekarang ni Popai tengah giat mencari sekolah tadika lain sebab dia pun dah nak masuk 5 tahun. Dah kena belajar dengan serius. Giat tak giat jugaklah...takdela beria sangat Popai mencari sebab tak dan..biasa busy sesangat.

Dulu Popai dengan Mr Hubby sepakat nak hantar Abang ke sekolah tadika cina. Sebabnya kitaorang nak dia kuasai bahasa Mandarin. Tapi entah kenapa, bila Popai pikir sedalam2nya, Popai berubah fikiran. Lately ni Popai asyik terpikir nak hantar Abang ke sekolah tadika yang bercirikan Islam. Sebabnya Popai ni tersangatlah tak menang tangan. Memang tak dan nak ajar Abang mengaji, doa semua tu...Rasanya kalau dia pegi sekolah tadika yang Islamic, mesti ada belajar alif, ba, ta...belajar doa, belajar hafal surah pendek. Yang paling penting di ajar benda2 yang berlandaskan Islam. Ada dua sekolah tadika yang bercirikan Islamic yang menarik perhatian Popai, GENIUS AULAD (GA) dengan BRAINY BUNCH ISLAMIC MONTESSORI (BBIM).

Popai dah survey melalui website kedua2 sekolah tadika ni, tapi so far sangat berpuas hati dengan BBIM sebab maklumat yang diberikan agak lengkap bersama yuran pendaftaran dan bulanan. At least kita dapat roughly budget jika nak hantar anak ke sana. Berbanding dengan GA, takde maklumat berkenaan dengan yuran pendaftaran dan bulanan. Kemungkinan setiap branch mempunyai caj yang berbeza.

Review yang Popai baca pun so far BBIM tu amat memberangsangkan. And buat masa ni memang dah jatuh cintalah Cuma Popai masih tak dapat buat keputusan sama ada nak anta full day atau half day. Kalau half day, nak kena pikir soal transport lagi. 3rd Nov ni, BBIM branch Kinrara ada buat open day. Malangnya Popai takpat pegi sebab ada kelas la pulak. Popai ingat nak call and pegi survey tapi hari lainlah.

Yuran pendaftaran kat BBIM dalam RM1060, yuran bulanan kalau half day RM290, kalau full day RM580. Tu belum masuk uniform lagi...Uniform agak mahal, sepasang RM50...takkan nak beli sepasang jek, kalau kotor camne. At least Popai kena beli 3 pasang untuk rotate. Fuh, besar belanja. Nak masuk tadika sekarang macam nak masuk Universiti...padahal dulu Popai sekolah tadika kemas jek. Pandai jugak...hehehehe...

Kalau ada sesapa yang ada idea pre-school lain area Puncak Jalil, Equine atau Bandar Kinrara, jomla kita kongsi...

No comments:

Post a Comment