Thursday 18 October 2012

First Date...


Korang ingat tak 1st date korang? Popai punya 1st date dengan Mr. Hubby agak kelakar jugaklah. Dengan cara Mr. Hubby ajak keluar dating macam nak bergaduh...

Perkenalan Popai dengan Mr. Hubby start masa kitaorang praktikal kat Akademi Laut Malaysia, Melaka. Mr. Hubby ni agak pemalu orangnya, tapi kalau dengan kawan2 dia...gangster...gangster budak2, biasalah...suka membuli. One day dia nak ajak Popai keluar, dia cakap camni..."eh, weekend ni free tak? Jom kita kuar g bandar...". Popai jawab semula, "tengoklah nanti." konon2 nak jual mahal dulu..sekali Mr. Hubby balas, "taknak sudahlah, boleh jalan...". Aik...kasar sungguh bahasa...terkedu jugaklah...ada juga orang camni, nak ajak kita kuar dating...tapi bahasa kasarnya...Dek kerana terkedu dengan bahasa boombastic tu, trus Popai setuju...

1st dating tu ada ke patut Mr. Hubby ajak kuar naik bas..letihhhh mak nak naik bas...(Mr. Hubby kan student lagi, so takde kereta). Dengan inisiatif sendiri, Popai pinjam kereta abah untuk kuar dating. (Ada ke patut dating, perempuan yang kena jemput lelaki). Popai pegi amek Mr. Hubby kat hostel dia...masa tu kata Mr. Hubby bangga gila sebab ada perempuan jemput dia...

Kitaorang keluar jejalan kat bandar Melaka. Tengahari makan kat Mc Donald..Popai suka makan Big Mac. So Popai dengan selambanya order Big Mac...bila tiba time nak makan...adoi ai...baru teringat, ni 1st dating ni...tapi oleh kerana lapar menguasai segalanya, Popai baham jugakla Big Mac tu dengan membuka mulut yang besar sebab nak ngap burger tu...hahahahahaha...Masa tu muka Mr. Hubby cam kelat jek tengok Popai selamba nganga besar nak ngap burger...

Sampai skang, benda tu jadi bahan Mr. Hubby. Dia cakap selalu pompuan ni kalau memula kenal, memang control ayu. Ketawa tutup mulut, minum air pun malu2...bila makan buka mulut kecik jek...Tapi Popai, 1st time dating dah nganga besar macam nak telan dia sekali....

Dah lama dh 1st time dating kitaorang berlalu...dah 12 tahun dah pun....sekarang ni bukan kata nganga mulut besar2 bila makan...kadang tu terkentut pun selamba jek....wakakakakakakaka...Daddy, Mami still love u and will love you until the end...

1 comment:

  1. senyum sorang2 baca kisah popai ni...kisah lama...seronok bila dkenang...pepun elok gak g2...baru org kt xhipokrit...;)

    ReplyDelete