Sunday, 21 October 2012

Beef Lasagna Popai Style

Dua orang budak yang tak sabar nak melantak lasagna...hehehehe...


Hari ni Sabtu...tak kerja. Sungguh malas nak keluar beli makanan...malas nak start enjin kereta. Malas nak mengangkut anak2 masuk kereta...So belek punya belek dalam peti ais, semua bahan cukup. Bahan untuk apa? Untuk buat lasagna.

Pagi tadi breakfast nasi goreng kampung kurang pedas. Then tengahari, makan lagi nasi goreng..lepas tu barulah Popai sediakan bahan2 buat lasagna. Popai suka buat makanan yang simple tapi sedap. Tadi percubaan yang pertama, dan menjadi...Ilhan cakap, " Wah, hebatlah mami ni. Macam masterchef...".

So bahan2nya adalah seperti berikut:

Beef Lasagna Popai Style
Pasta Lasagna (ikut kebesaran caserole korang yek)
1 pack daging kisar
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3-4 ulas bawang putih (dipotong halus atau diketuk)
1 tin prego
1-2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji lada benggala (dipotong dadu)
1 tin mushroom soup
Mozarella Cheese
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Memula tumis bawang putih dan bawang merah sampai layu
2. Masukkan daging kisar dan tumis sampai tukar warna
3. Masukkan lada benggala dan tomato yang dipotong dadu
4. Masukkan prego, kacau sehingga mendidih
5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa

Kemudian kita kasi bakor:

1. Masukkan pasta lasagna dulu dalam bekas caserol
2. Pastukan letak campuran daging kisar, diikuti dengan mushroom soup. Pastu tabur Mozarella Cheese.
3. Kemudian lapik lagi dengan pasta
4. Tuang campuran daging kisar, mushroom soup dan cheese.
5. Ikutla korang nak buat bape layer.
6. Last sekali, lapik dengan pasta, letak campuran daging kisar dengan mushroom soup. Tabur cheese banyak2.
7. Pastu bolehlah bakor dalam masa 20 minit ke...

Dah siap, boleh mencekik puas2...

Senangkan? Resepi Popai memang senang and simple...Cubalah.

 Sebelum...

 Selepas...yummeey..

No comments:

Post a Comment