Monday, 14 January 2013

Mudah oh Mudah.my

Azam nak hapdet blog setiap hari tak kesampaian nampaknya...Nak buat camno, mak busy nokss....Busy dengan urusan rumahtangga...huhuhuhu...

Semalam ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Drawer yang Popai jadikan meja solek tumbang. Tergezut Popai....Masa tu baru nak start bersiram lepas settlekan anak2... Tetiba lepas jirusan yang pertama, GEDEBUK...PRANGGGG...bunyi menda jatuh and kaca pecah berderai. Tercampak jugaklah gayung yang Popai tengah pegang. Sekali buka pintu tengok drawer tersebut dah selamat rebah ke lantai dengan barang bersepah dan mangkuk ajaibku (mangkuk kaca yang segala macam benda ada dalam tu) dah pecah. 

Dengan muka ala2 Tun Teja nak pegi berperang tapi berkemban, Popai tanya Ilhan.."Sapa yang buat!" Menggigil jugaklak suara Ilhan nak jawab..."Chaca yang buat." . Masa tu Chaca dah takde...dah lari menyorok selamatkan diri. Yang ada terpinga2 kat situ, Ayish. Ilhan tengah minum susu sambil tengok Geng Bas Sekolah kat Ipad. Sekali Popai tengok darah menitis2 bila Ayish jalan ke Chaca (konon nak join Chaca menyoroklah tu). Cepat2 Popai tangkap dia, tengok tercacak serpihan kaca kat kaki dia. Menyirap sampai ke kepala...Ni yang buat Popai nak naik hangin macam lembu kena cocok! Popai cabut kaca tu, then terus tutup kaki dia dengan towel. Dengan separa vogel (sebab makcik hanya berkemban), terpaksalah Popai membersihkandan menyusun semula barang yang bersepah2, dan buang kaca2 yang berteraburan.

Lama jugaklah nak mengemas semua tu, sampai mood mandi dah hilang dah. Settle semua, Popai suh Ilhan bawa Chaca turun. Ayish dok atas katil and Popai sambung mandi. Tapi tak dapat nak mandi lamalah sebab risau kejadian lain plak yang menimpa kang. 

Lepas dah pakai baju semua, Popai dokong Ayish turun bawah, tengok darah still kuar. Cepat2 sapu dengan minyak gamat, barulah darah berhenti. Isk...geram+marah+terkejut bercampur baur. Nak marah, anak daraku baru nak masuk 3 tahun. Apalah yang dia tahu...tapi kalau tak marah, nanti dia buat lagi. Serba salah betul...Dalam serba salah tu, kena jugaklah Chaca se'das' dua. Tapi lepas tu sendiri yang menyesal. Popai memang selalu camtu. Masa tengah marah, memang tak hengat dunia. Lepas anak2 ku dah terkena se'das' dua, barulah terbit rasa menyesal. "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian...puashati aku!' hahahahaha...wei, tapi takdelah sampai tahap mendera. Setakat secubit dua jek, takde bekas pun...

Punyalah panjang aku citer tentang kejadian semalam. Padahal aku nak hapdet pasal orang yang jual barang secara atas talian dengan harga yang tidak munasabah dan munasarawak. 

Korang penah beli barang secara online? Jangan tanya Popai sebab memang hobiku membeli belah via online. Sangat suka...sebab memudahkan. Popai ni sebelum beli barang through online, selalunya Popai akan buat sikit survey sama ada boleh dipercayai atau tak. Kalau lepas buat survey, hati ni rasa ragu2...memang takkan kubeli!

Baru2 ni Popai saja suka2 dok tengok kat mudah.my orang jual beg Coach dengan Ipad Mini. Kekadang tu rasa pelik...sebabnya, beg yang sama + baru, kalau beli kat orang lain (seller yang biasa kubeli), dengan beg yang dijual kat mudah used items, harga takde beza. Aik, korang jual barang yang dah diguna dengan harga baru ke? Tak kesahlah jarang guna ke hapa. Tapi dik non, kalau ko dah guna, maksudnya used item. Baiklah beli yang baru. Hapa kejadahnya nak beli barang terpakai dengan harga barang baru. Before jual tu buatlah survey dulu macam hakak ni...Itu yang jual beg Coach..

Ni nak citer plak yang jual Ipad...so far Popai dok survey harga Ipad mini sebab dalam perancangan nak beli ipad mini plak (Popai giler gadget especially gadget Apple). Kalau dekat Apple Store, rega Ipad Mini ni yang 16G without cellular adalah RM999 tetapi kena tunggu 14 hari untuk delivery. Yang jual kat Mudah harga, ada yang RM1150, oklah kot ready stock, amek untung dalam RM150 (even dalam hati aku melampau hamek untung sampai RM150). Ada yang giler jual RM1400...mak ko...sampai RM400 ko nk huntung! Apakah?! Itu yang jual barang baru. Ada yang nak jual used Ipad Mini 16G without cellular dengan harga RM1400. Ko gile...atau orang yang beli tu yang giler. Kalau Popai rela ku tunggu 14 hari dari dok bayar mahal kat mereka2 yang nak hamek untung atas angin ni...Hangin plak haku!! Kalau terdesak sekali pun...cari yang paling murah. Dan setakat ni aku tengok ada yang jual RM1150 jek...okla amek untung RM50. Buat upah penat dia tunggu 14 hari delivery tu kan...

So daripada penceritaan di atas, Popai nak buat kesimpulan yang orang2 sekarang sangat suka mengambil kesempatan di atas kesulitan orang lain...hah? jap...macam salah jek...herm...korang pandai2la kaitkan perumpamaan tu dengan cerita di atas...penat nak hurai....

2 comments:

  1. huhuhu...same la kita...klau time mrh...xingt donia...lepas jer marah...sedeyyyyyyy...huhuhu. ipad mini yg kalau 30++G brp RM agaknya ya!

    ReplyDelete
  2. Zurina...masa tengah marah tu mmg tk hengat apa dh...bila dh terrrrbagi, pastu budak tu melalak, barulah terbit rasa menyesalkan. Pastu sendiri yang bergenang airmata sebab sedeyyyy....hehehehehe...

    Ipad mini 32G kalau without cellular paling murah kat mudah RM1350...ready stock. Kalau kat Apple Store RM1299. Tapi kat Apple Store kena tunggu 14 hari sbb diaorg tkde ready stock. Kalau ada cellular kat Apple store RM1699, kalau kat mudah saya tengok paling murah RM1750.

    ReplyDelete