Dah lama dah Popai dok dengar blogger ni ada yang kaya raya buat duit dengan nuffnang...peliknya. Apa nuffnang tu? Sejenis makanankah? Kategori makanan berkhasiat atau jajan (orang johor panggil jajan, orang luar panggil makanan ringan) sajork? Atau nuffnamg tu nama orang...Contoh, "Wei lakhanot Nuffnang, lama tak jumpa." agak kasar disitu...kalau nk tau, tulah cara orang Melaka menyapa...hehehehe...atau perasan omputeh skit.."Your name please..." "My name is Nuffnang but you can call me Nuff or Nang..." omputeh sangatttt...
Survey punya survey, ropa2nya nuffnang ni adalah pengiklanan blog komuniti dalam talian (skema plak ayat Popai). So blogger2 ni buat duit bila letak iklan nuffnang kat blog diaorang, then kalau ada orang click ke, view ke blog tu...adalah incomenya...Kalau banyak org click atau view, lagi lebatlah income diaaaaaa....isk...tu yg Popai pahamla. Kalau salah huraianku yg kerdil cekeding ini, silalah betulkan...huhuhuhuhu...
Ok straight to the point...harini dengan bangganya, Popai pun registerlah akaun nuffnang...walaupun ku tahu belog ku ini nan hado jek yang viewnya...hahahahaha...saja2 nk try test tengok. Macam biasalah, online registration ni memerlukan kita mengisi borang satu demi satu...follow step by step...Bila semua dah lengkap, dah activatekan akaun, Popai pun dengan berkobar2 copy paste link yang En/ Puan/ Cik Nuffnang tu bagi kat blogku ini...Sekali yang kuar...herm...alahai...cenonet tu sajork?!! Puasla Popai dok refresh page berulang kali...tapi masih tak berubah...Eh, memang camtu jek ke Iklan Nuffnang yang bagi blogger lain tu ribu riban? Ke Popai yang tersalah letak coding? Ataupun memang untuk beginner macam Popai ni, dia bagi bosar tu jek? Apsal Popai tengok kat blog orang lain umang aii, bukan main bosar iklan nuffnang tu...sampai naik semak plak kepala hotak ni...Cuba citer skit pada sapa2 yang ada experience? Al-maklum, Popai ni beginner...sangat2 beginner kat dunia Nuffnang ni...Nak kata mak buta IT...malunya..belajar dan keje dalam bidang yang berkaitan dengan IT. Tapi menda2 simple macam ni pun takleh nak kasi settleeee...
Takpelah...at this moment, Popai redha jelah dengan iklan kocik Nuffnang tu...manalah tau tetiba ada miracle, tetiba dia membesar dengan sendiri...kannnn...So nak clearkan kepala hotak ni. Taknak semak2 dengan iklan Nuffnang tu sebab tak mendatangkan hasil langsung (buat masa nilah. Masa akan datang Popai tak dapat nak jangka). Sekarang ni kepala hotak Popai nak kena semakkkan dengan masalah nak susun balik stor kat bawah sebab nak hangkut barang kat bilik belakang...bilik tu nak kasi kemas jadi bilik anak bujang ku sorang...Dah 5 tahun, rasanya dah boleh tido sendiri kot...boleh Popai sumbat mainan dia dalam bilik tu. Ini kalau tidak, bersepah2 mainan...kat ruang tamu, dalam stor, kat meja makan...kat dapur...kat bilik Popai...even bilik study Popai pun bersepah dengan mainan.Dah sah2la study room ku ini bersepah dengan buku2 + kertas2...tambah lagi dengan mainan diaorg...fuh...semak otak...Dan yang paling tak tahan, dalam toilet pun ada jugak mainan diaorang...Speechless...
So Popai decide nak setting bilik belakang tu jadi bilik dia dengan cha...letak mainan semua dengan meja belajar kecik. Nak kena cari katil bagai...ada special request, nak TV and aircond...geleng kepala haku dengan budak2 sekarang...advance sangat...Diaorang ingat daddy diaorang kat atas kapal tu dok cop duit...bila masuk port, duit siap cop leh bank in...Kesian kat Mr. Hubby yang dilambung ombak, dihayun badai...semata2 nak cari rezeki untuk sesuap...cop...cop...5 suap mulut (sebab family kitaorang ada 5 orang)...Mintak2 abis belajar ni adalah rezeki Popai kat tempat lain, yang gaji up skit...at least bolehlah daku membantu meringankan beban Mr. Hubby kesayangan ku tu nanti...AMIN....
hehehe...kecik dl...nti dia besar kot. Akakpun xtau pasal nuffnang ni...xregister...;)
ReplyDelete