Wednesday, 31 October 2012

Pre School untuk Abang

Pening kepala nak cari sekolah tadika untuk anak Popai yang sulung. Actually sekarang ni dia 4 tahun and dah sekolah dah pun kat Tadika Dunia Elit. Mula-mula masuk sekolah, dia punya seronok. Hari cuti pun nak pegi sekolah. Tapi sejak ada sorang teacher ni berhenti, Abang dah tak minat nak pegi sekolah tu. Asyik kena paksa jek. Kesian pula tengok. Mujur tinggal lagi 2 bulan dia kat situ.

So sekarang ni Popai tengah giat mencari sekolah tadika lain sebab dia pun dah nak masuk 5 tahun. Dah kena belajar dengan serius. Giat tak giat jugaklah...takdela beria sangat Popai mencari sebab tak dan..biasa busy sesangat.

Dulu Popai dengan Mr Hubby sepakat nak hantar Abang ke sekolah tadika cina. Sebabnya kitaorang nak dia kuasai bahasa Mandarin. Tapi entah kenapa, bila Popai pikir sedalam2nya, Popai berubah fikiran. Lately ni Popai asyik terpikir nak hantar Abang ke sekolah tadika yang bercirikan Islam. Sebabnya Popai ni tersangatlah tak menang tangan. Memang tak dan nak ajar Abang mengaji, doa semua tu...Rasanya kalau dia pegi sekolah tadika yang Islamic, mesti ada belajar alif, ba, ta...belajar doa, belajar hafal surah pendek. Yang paling penting di ajar benda2 yang berlandaskan Islam. Ada dua sekolah tadika yang bercirikan Islamic yang menarik perhatian Popai, GENIUS AULAD (GA) dengan BRAINY BUNCH ISLAMIC MONTESSORI (BBIM).

Popai dah survey melalui website kedua2 sekolah tadika ni, tapi so far sangat berpuas hati dengan BBIM sebab maklumat yang diberikan agak lengkap bersama yuran pendaftaran dan bulanan. At least kita dapat roughly budget jika nak hantar anak ke sana. Berbanding dengan GA, takde maklumat berkenaan dengan yuran pendaftaran dan bulanan. Kemungkinan setiap branch mempunyai caj yang berbeza.

Review yang Popai baca pun so far BBIM tu amat memberangsangkan. And buat masa ni memang dah jatuh cintalah Cuma Popai masih tak dapat buat keputusan sama ada nak anta full day atau half day. Kalau half day, nak kena pikir soal transport lagi. 3rd Nov ni, BBIM branch Kinrara ada buat open day. Malangnya Popai takpat pegi sebab ada kelas la pulak. Popai ingat nak call and pegi survey tapi hari lainlah.

Yuran pendaftaran kat BBIM dalam RM1060, yuran bulanan kalau half day RM290, kalau full day RM580. Tu belum masuk uniform lagi...Uniform agak mahal, sepasang RM50...takkan nak beli sepasang jek, kalau kotor camne. At least Popai kena beli 3 pasang untuk rotate. Fuh, besar belanja. Nak masuk tadika sekarang macam nak masuk Universiti...padahal dulu Popai sekolah tadika kemas jek. Pandai jugak...hehehehe...

Kalau ada sesapa yang ada idea pre-school lain area Puncak Jalil, Equine atau Bandar Kinrara, jomla kita kongsi...

Monday, 22 October 2012

Hepi bufday to Me


Arini 22 Oktober 2012..genapla usia Popai xx tahun..hehehehe...Hepi besday to me...so apa yang specialnya arini. Takde pape pun..kena g keje macam biasa. Actually Popai pun terlupa yang arini besday...ingatkan esok baru 22hb...tapi last nite kol 12, Mr. Hubby call and wish happy birthday. Pastu my son plak wish happy birthday mami and kisses and hugs (sbb dapat banyak kali)...baru tersedar yang Isnin dah 22hb...Kalaula abah ada...isk...sedey plak...sebab abah tak penah lupa wish happy birthday kat Popai..Al-fatihah untuk abah...

Oleh kerana takde apa yang special, so takde apa yang nak diceritakanlah...huhuhuhuhu...birthday kali ni, no present from Mr Hubby...Actually lama dah takpat birthday present dari Mr. Hubby...Popai tak kesah pun sebenarnya sebab Mr Hubby selalu belikan apa yang Popai nak even bukan time birthday atau anniversary. I love him so much...




Sunday, 21 October 2012

Beef Lasagna Popai Style

Dua orang budak yang tak sabar nak melantak lasagna...hehehehe...


Hari ni Sabtu...tak kerja. Sungguh malas nak keluar beli makanan...malas nak start enjin kereta. Malas nak mengangkut anak2 masuk kereta...So belek punya belek dalam peti ais, semua bahan cukup. Bahan untuk apa? Untuk buat lasagna.

Pagi tadi breakfast nasi goreng kampung kurang pedas. Then tengahari, makan lagi nasi goreng..lepas tu barulah Popai sediakan bahan2 buat lasagna. Popai suka buat makanan yang simple tapi sedap. Tadi percubaan yang pertama, dan menjadi...Ilhan cakap, " Wah, hebatlah mami ni. Macam masterchef...".

So bahan2nya adalah seperti berikut:

Beef Lasagna Popai Style
Pasta Lasagna (ikut kebesaran caserole korang yek)
1 pack daging kisar
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3-4 ulas bawang putih (dipotong halus atau diketuk)
1 tin prego
1-2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji lada benggala (dipotong dadu)
1 tin mushroom soup
Mozarella Cheese
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Memula tumis bawang putih dan bawang merah sampai layu
2. Masukkan daging kisar dan tumis sampai tukar warna
3. Masukkan lada benggala dan tomato yang dipotong dadu
4. Masukkan prego, kacau sehingga mendidih
5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa

Kemudian kita kasi bakor:

1. Masukkan pasta lasagna dulu dalam bekas caserol
2. Pastukan letak campuran daging kisar, diikuti dengan mushroom soup. Pastu tabur Mozarella Cheese.
3. Kemudian lapik lagi dengan pasta
4. Tuang campuran daging kisar, mushroom soup dan cheese.
5. Ikutla korang nak buat bape layer.
6. Last sekali, lapik dengan pasta, letak campuran daging kisar dengan mushroom soup. Tabur cheese banyak2.
7. Pastu bolehlah bakor dalam masa 20 minit ke...

Dah siap, boleh mencekik puas2...

Senangkan? Resepi Popai memang senang and simple...Cubalah.

 Sebelum...

 Selepas...yummeey..

Thursday, 18 October 2012

First Date...


Korang ingat tak 1st date korang? Popai punya 1st date dengan Mr. Hubby agak kelakar jugaklah. Dengan cara Mr. Hubby ajak keluar dating macam nak bergaduh...

Perkenalan Popai dengan Mr. Hubby start masa kitaorang praktikal kat Akademi Laut Malaysia, Melaka. Mr. Hubby ni agak pemalu orangnya, tapi kalau dengan kawan2 dia...gangster...gangster budak2, biasalah...suka membuli. One day dia nak ajak Popai keluar, dia cakap camni..."eh, weekend ni free tak? Jom kita kuar g bandar...". Popai jawab semula, "tengoklah nanti." konon2 nak jual mahal dulu..sekali Mr. Hubby balas, "taknak sudahlah, boleh jalan...". Aik...kasar sungguh bahasa...terkedu jugaklah...ada juga orang camni, nak ajak kita kuar dating...tapi bahasa kasarnya...Dek kerana terkedu dengan bahasa boombastic tu, trus Popai setuju...

1st dating tu ada ke patut Mr. Hubby ajak kuar naik bas..letihhhh mak nak naik bas...(Mr. Hubby kan student lagi, so takde kereta). Dengan inisiatif sendiri, Popai pinjam kereta abah untuk kuar dating. (Ada ke patut dating, perempuan yang kena jemput lelaki). Popai pegi amek Mr. Hubby kat hostel dia...masa tu kata Mr. Hubby bangga gila sebab ada perempuan jemput dia...

Kitaorang keluar jejalan kat bandar Melaka. Tengahari makan kat Mc Donald..Popai suka makan Big Mac. So Popai dengan selambanya order Big Mac...bila tiba time nak makan...adoi ai...baru teringat, ni 1st dating ni...tapi oleh kerana lapar menguasai segalanya, Popai baham jugakla Big Mac tu dengan membuka mulut yang besar sebab nak ngap burger tu...hahahahahaha...Masa tu muka Mr. Hubby cam kelat jek tengok Popai selamba nganga besar nak ngap burger...

Sampai skang, benda tu jadi bahan Mr. Hubby. Dia cakap selalu pompuan ni kalau memula kenal, memang control ayu. Ketawa tutup mulut, minum air pun malu2...bila makan buka mulut kecik jek...Tapi Popai, 1st time dating dah nganga besar macam nak telan dia sekali....

Dah lama dh 1st time dating kitaorang berlalu...dah 12 tahun dah pun....sekarang ni bukan kata nganga mulut besar2 bila makan...kadang tu terkentut pun selamba jek....wakakakakakakaka...Daddy, Mami still love u and will love you until the end...

Wednesday, 17 October 2012

Dialog Abang dgn Mami 2

Popai: Abang buat apa tu?
Ilhan: Tulis-tulis
Popai: Pandainya....abang buat no 1.
Ilhan: Abang pandai, Mami pandai tak?
Popai: Mestilah mami pandai..
Ilhan: Ok, kalau mami pandai cuba tulis no 2...
Popai tulis no 2...
Ilhan: Hermm...pandai...Ok, cuba tulis no 3...
Popai tulis no 3..
Ilhan: Ermm...mami pandai..cuba tulis no 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10

Terkena jugak Popai...rupanya dia nak suh Popai tulis sampai no 10...


Sunday, 14 October 2012

Trip to Cameron....again....

30hb Sept aritu kami sekeluarga ke Cameron lagi. Aritu pegi semalam...kali ni kami lepak 2 malam. Puas sikit dapat berjalan-jalan. Nape suka pergi Cameron...sebab tempat tu sejuk (even takdelah sejuk mana)..anak Popai yang bongsu tu kuat berpeluh. Kalau naik Cameron, kurang sikit dia berpeluh.

Kali ni kitaorang memang jalan puas2..Segala Strawberry Farm kitaorang singgah. Ladang Teh pun pegi 3 tempat. First day sampai pegi Bharat Valley, lepak minum Teh Bharat...


Lepas tu, balik hotel, lepak2 tunggu makan malam. 1st night kitaorang makan steambot kat sebelah Hotel De La Fern...taktau nama kedai tu, tapi halal....Sedap pun sedap. Sejuk2 makan masakan panas, memang terbaeekkkk ar...dahla hujan renyai2...


Then balik tido, esoknya tu baru kitaorang pulun merayau. Tapi bangun pagi pegi breakfast dulu...


Pastu makan, bawa anak2 main taman permainan...yang beshnya hotel ni (kitaorang duduk tempat yang sama Century Pines Resort), depan hotel ada taman permainan...pastu pekan tanah rata dekat jek..walking distance...Bilik besar, katil pun besar, super king...


Lepas puas anak2 main taman, kitaorang balik bilik..mandi and siap2 untuk explore strawberry farm dan kebun teh yang ada kat Cameron ni...


Pas pegi Kea Farm (Kea Farm ni memang tempat orang ramai beli belah...selain dari pasar malam kat Brinchang. Pasar Malam Brinchang tu bukak weekend jek start Jumaat.) Kalau duduk Equatorial Hotel, memang dekatlah dengan Kea Farm, walking distance jek. Kat sini macam2 ada. Sayur RM10 - 8 bungkus, RM10 - 4 bungkus pun ada...murah gila. Strawberry pun sangat murah. Lelong2 jek. Buah2an pelik2 pun ada..Epal Cameron, Buah Cinta, Jambu perisa Epal, Jambu perisa Strawberry, Jagung permata...Ada jual bunga, madu lebah...teh longgok...Tapi susah parking. Main parking tepi jalan jek. Kalau tetiba datang angin Polis nak buat operasi, memang kena samanlah sapa yang parking tepi jalan tu.

Yang Popai tak sangka sekali, kat sini pun ada Air terjun...no..no..no...bukan Lata Iskandar hokey...tapi ni memang kat Cameron Highlands...


Tak caya ada air terjun...jap Popai upload gambar...siap ada jambatan gantung lagi...kalaulah Popai datang berdua jek dengan Mr. Hubby, memang dah lama ku berendam kat sini...best...nyaman jek...

Tadi Popai ada bagitau pegi 2 ladang teh boh kan...1st kitaorang pegi Ladang Teh Boh kat Sungai Palas...yang ni memang tak penah pegi...kira 1st time. FYI, Ladang Teh Boh ditutup setiap hari Isnin ye..harap maklum..


2nd kitaorang pergi Ladang Teh Boh Ringlet. Yang ni peberet Mr. Hubby...tempat dia memang agak tinggi. Tapi sejuk dan nyaman...Syok sangat naik kat sini...Orang pun tak ramai sangat sebab pelancong selalu pegi yang kat Sg Palas...


Percutian kali ni agak seronok, sebab anak2 pun dah besar...so takdelah susah sangat bawa diaorg jalan2...Lagi satu, diaorang time naik Cameron and turun Cameron, kejenya membuta jek dalam kereta...so takdelah mabuk ke pening ke muntah ke...semuanya berjalan dengan lancar...Next percutian maybe tahun depan...tapi ada short trip yang paling tak best baru2 ni...Nanti Popai story mory...key...


Wednesday, 3 October 2012

Resign or not resign

Popai baru balik dari cuti-cuti Malaysia dengan hubby dan anak-anak. Kali ni kitaorang pegi Cameron sekali lagi sebab aritu pegi sekejap jek. Kali ni kitaorang pegi 3 hari 2 malam. Stay kat tempat yang sama Century Pines Resort. Suka duduk sini sebab dekat dengan pekan Tanah Rata dan taman permainan kanak-kanak. At least petang2 atau pagi2 after breakfast boleh bawak anak2 main2 kat taman...

Tapi kali ni Popai bukan nak cerita percutian aritu. Popai nak bagitau sesuatu yang mengejutkan. En Hubby bagi cadangan, berhenti kerja. Banyak sebab kenapa dia suruh Popai berhenti. Antaranya sebab gaji Popai yang kecik. Tidak sepadan dengan kelulusan yang ada. Dan lagi sebab dia tengok Popai tak seronok keje kat situ. Taktau nak komen apa...Popai kena buat solat istikharah ni. Ikut hati memamg Popai nak berhenti keje. Tapi bila memikirkan hutang keliling pinggang...tu yang terbantut hajat.