Monday, 2 December 2013

Merengkam

Pagi2 dah buat hati panas...bak kata Melodi, bikin panassss.....tu yang Popai malas...baiknya kejap, cari pasal berbulan2 lamanya.. Kang kalo kita citer kat orang, dikatanya kita memburuk2kan. Kalo tak cakap dengan sesapa, diri sendiri yang makan hati. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Pusing2 kang, kita jugak yang disalahkan. Hermmm...bertabahla Popai...#katakatapenyedaphatisendiri

Aritu kita ni bersusah payahlah drive jauh2 semata2 nak pegi amek dia balik bercuti. Kesian nak biarkan dia balik naik bas, bawak banyak barang. Lagipun nak bawalah anak2 jalan2 cuti sekolah. terkocoh2 apply cuti sebab last minit punya plan. Terkocoh2 pegi servis keta sebab nak jalan jauh. Terkocoh2 berkemas baju, prepare barang ank2...Korang bayangkan Popai drive sorang jejauh 5 jam perjalan dengan 3 org anak2 yang masih kecik. Yang melalak lain, yg memekak lain, yg tido lain...takpela demi yang tersayang, aku sanggup redah kasi pecah...

Then balik dari sana, dengan rumah lum kemas, dengan baju lum basuh dan lipat, dengan nak mengemas barang2 lagi...lusa plak diajaknya Popai balik kampung. Takpeee....demi yang tersayang, kita ikutkan aje..Bukan selalu pun. Dua-tiga bulan sekali. Penat tu letak tepi sat. Sekali lagi seperti biasa aku terkocoh2 kemas baju, kemas barang nak bawak balik kg...rumah masih bersepah...Penat tak abes lagi...kita kasi tambah penat...takpeeeeeeeeeeeeee.....

Tengah bahagia, tengah happy...kita jangan kasi fault. Tersangatlah seronoknya balik kampung walaupun penat. Highway yang bergerak perlahan pun tak terasa tension sebab tengah bahagia...dalam perjalanan tu kita citer2...gelak2...nak balik kampung dia kannnnn...mestilah seronok...nak belanja family dia makan ikan bako...happy sangat...

Sampai sana, trus pegi makan ikan bako, then balik rmh MIL, kemas bilik, tido. Dia?? Apa lagi...keluar jumpa kawan2. Kita...tak kesah pun...tido jelah. Bukan ada aktiviti lain kalo kat rumah orang ni. Esoknya bangun pagi, dia bawa MIL pegi rumah orang kawen. Kita duduk dulu kat rumah, kang tengahari boleh pegi makan...Tengah bahagiakannnn, takpeeeeee.....tak kesah pun....

Lusa mak mertua ajak tengok rumah. Nak beli rumah katanya...OK, takpeeeeee....kitakan tengah happy...ikutkan ajek...Sekelepuk letak booking RM1000. Kompom beli guna nama dia...inila masanya nak balas jasa mak. Takpeeeeeee....Popai ok jek. Hal dia anak beranak kita jangan campur...lagipun tu tanggungjawab dia kat mak dia...Selesai semua, jom balik kampung aku pulak...kan tengah bahagia....

On the way, dah start merungut, jauhnya Alor Gajah dari Semabok....phuiiii....dulu bercinta ko ulang alik Telok Mas - Tangkak - Muar ada ko pikir jauh? ada ko pikir duit minyak? ada ko pikir jalan jam? Memang jauh pun...tapi tak perlula sepanjang jalan ko dok merungut seolah2 menyusahkan. Itu dikira satu jalanla nak balik KL, tapi ikut jalan kampung...takpeeeeeeee....kita sabor...sabor tu separuh dari imannnnn...

Kat rumah mak, borak2, mandi anak2, pastu bawa mak kuar makan sebab mak tak masak. Then, balik KL...sekali jalan jammmm daaaa... mau tak jam, weekend kan...cuti sekolah pulak tu. Standard ar tiap2 minggu jalan jam...Time nak balik Melaka aritu pun jalan jam, apatah lagi hari ahad, semua orang nak balik rumah masing2 sebab senin keroje...memula ok jek borak2...gelak2...ntah kenapa agaknya tetiba jek kuar perkataan2 yang menyakitkan hati...nada penceritaan dah mula bertukar...isu2 lama sengaja dibangkitkan untuk mendatangkan kemarahan...hermm....takpe kita sabar....kan jalan tengah jemmmm....lagipun lum solat Isyak, so setan tu dok terjerit2 kat telinga, bergayut kat bibir. Tapi bila kata2 yang dikeluarkan makin menghiris hati dan perasaan, kita pun startlah nak mempertahankan apa yang betol, apa yang salah ....terus meneruslah isu berlarutan tiada kesudahan...Dek hanya kerana jalan jam...tapi 200% kesalahan diletakkan di bahu aku!!! Macam aku plak yang mengawal tarfik kat highway PLUS tu. Penindasan yang paling malampau...

Kenapa nak bising2...semua orang alami perkara yang sama. JALAN JAM! Lagipun esoknya bukan awak yang terkocoh nak mengemas barang, bukannya awak yang terkocoh2 nak gosok baju, bukan awak yang nak kena bangun awal pagi... Ni...Popai ni yang kena uruskan semuanya. Lagipun Popai yang nak mengadap keje. Awak plak lepas anta Popai, dah boleh sambung tidur...kenapa nak mengamuk tak tentu arah macam awak yang penat giler nak mampus??!! Hairan bin Ajaib!!

Bila kita dah siap semua, dh start keta tapi awak sedap membuta lagi...Popai pun pikir, takpelah kalo nak tido sangat, meh haku bawa keta g keje. Bukannye selama ni Popai tak penah independent...bertahun lamanya aku independent...Ok, jom anak2...mami anak uolsss pegi taska walaupun sebenarnya dah janji dengan abang sepatutnya arini dia duduk rumah, takyah gi taska. Apa lagi, sampai taska mengamuklah abang...i am sorry, mami terpaksa sebab takde sapa sudi nak jaga abang. Then Popai gegas pegi beli breakfast sebab pikir kang yang dok sedap tido kat rumah tu kebulur pulak. Walaupunnnnnn dia tu tukang masak, tapi bila kat rumah skill memasak dia zero, komplen jek lebih. Lepas tu gegas pulak balik anta nasi lemak...sesampainya Popai kat pintu rumah, baru nak buka grill, hamburan kata2 yang kurang menyenangkan betol2 kat muka...cisss...Aku ni bersusah payah pegi belikan makanan, bodoh yang aku terima sebab patah-patah balik bawa kereta...eh, boleh pulak awak bangun yek...ingat dh tido mati sbb aku dh buka lampu terang benderang dalam bilik, anak2 dh terjerit2 pun awak buat keras membuta...

On the way anto Popai g keje, jalan jam lagi...arghh...nak terberak, terus masuk Petronas. Tadi masa dia tunggu aku anto anak2, masa aku gi beli breakfast, kenapa tak berak...Dah aku lambat gi kerja, barulah monton tu terasa nak berak...!!! Sabo yek...sabo...maybe dia ada share saham dgn owner tempat aku keje. MUNGKINLAH... #cubaberpikiranpositif

Isunya kat sini, bukan aku nak buka pekung di dada, jauh sekali nak mengaibkan mana2 pihak. Cuma nak meluahkan perasaan yang terbuku di hati supaya Popai tak giler meroyan sesorang... Sungguh tak paham, orang lain main lama, makin bahagia. Kita makin lama, asyik nak bertekak...kadang depan anak2 sengaja nak cari hal. Bila kita berlembut, dia pijak kepala. Bila kita melawan, dikatanya kita kurang didikan agama. Macam yang Popai cakap memula, pusing2 at last kita jugak yang salah.... #bertabahlawahaihati



Wednesday, 13 November 2013

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-79

At last...akhirnya...dapat jugak aku masterji...hehehehe... Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan moral dari kaum keluarga dan sahabat handai, tercapai jua hasrat arwah abah nak tengok anak kesayangan dia dapat master...Iye abah, adik dah dapat master...cuma keje masih sama...hehehehe...next PHD...kalo mampu yek...besornya angan2...

Di sini Popai nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada sesapa yang telah banyak membantu (actually dah buat ucapan kat lam fb)...tanpa korang sapalah Popai...

Tapikan...ada jugak mulut2 longkang yang ntah kenapa ada PHD (perasaan hasad dengki) ni wujud. Okla, Popai taknak komen panjang lebar...itu hak korang...semoga Allah S.W.T bersihkan hati korang tu...walaupun aku ni keje bukan berpangkat macam korang, tapi sekurang2nya aku ada jugak pelajaran...Insyaallah, kalau ada rezeki, diizikan-Nya, Popai leh gunakan ilmu yang ada untuk membantu orang lain pulak kann...

"Ada orang yang berjaya dengan kerjaya masing2, ada orang yang berjaya dengan ilmu masing2...tak usah kita pertikaikan. Semuanya ketentuan Ilahi...kita hanya merancang, kita hanya berusaha...selebihnya kita serah pada yang Maha Esa..."


 Dua line hokey...3 line coming soon...


 Tengah beratur nak masuk dewan

 Rakan seperjuangan


 rakan seperjuangan merangkap penyelamat

 tenkiu my SIL for the flowers

 Verangan dulu yek abang...

kenangan dengan mak dan MIL

Friday, 6 September 2013

Selamat Hari Raya

Cliche sangat tajuk tu kannn...anyway, dikesempatan ini Popai nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...arini dah last daySyawal. Camne raya korang? Seronok?

Popai tahun ni simple dimple jek...sebabnya...KERETA LAKIKU BUAT HAL!!! Hah, kan dh capslock...nampak tak betapa marahnya Popai...KERETA TU DAH BUANG TEBIAT! Time2 orang nak pakai duit, dia pun sibuk menyemak nak rosak tu, rosak ni...JAHANAM punya kereta. Akibatnya, ku terpaksa beraya secara bersederhana...Alhamdulillah, sederhana itu lebih afdal dari berlebih-lebihan...

Kali ni raya Popai dapat cuti lama. Alhamdulillah...walaupun cutiku start 1st day raya...takpe...balik keroje petang before raya tu, Popai dh prepare semua...sampai rumah, mandi, masukkan barang dalam keta...then trus vroom balik kampung dengan suami serta anak2 tercenta...heheeheheh..beli Mc Donald, bekal untuk buka puasa.

Macam biasalah Popai kalo balik beraya, lebih selesa balik rumah mak sendiri. Bukan apa, mak mertua ku balik ke kampong...sesakla rumah kat kampong tu walaupun besar. Nanti Popai taktau nak buat apa...sebab diaorang bersembang yang takde kaitan dengan diriku yang diva ni (banyakla ko punya diva). Lagipun dok rumah orang kena sopan santun...kalo rumah sendiri boleh terkangkang baring depan TV kan...pakaian pun bebas..Anak2 pun boleh berlari sana sini. Kalau rumah orang nak kena perati anak2 sebab risau kang anak2 ku terbuat anak orang, ada yang sentap...takpun anak orang terbuat anak Popai, kang aku yang sentap....hehehehehe...

En. Hubby kali ni bersikap lebih kejam bila dengan selambanya dia balik kampung dia tinggalkan Popai anak beranak kat rumah mak Popai. Tapi Popai tak kesah pun. Janji dia selamat pegi dan selamat balik...

Syawal kali ni seperti biasa, bangun pagi pegi solat sunat aidilfitri. Lepas tu balik rumah, siap2 nak gerak balik ke kampong en.somi beraya (bukan tak balik langsungkan...pagi2 buta kami dh terpacak kat sana...itupun en.somi nak kecoh). Lepas bersalam-salaman dan bertukar duit raya (maaf anak2 buahku, tahun ni budget maklong/ makngah Popai ketat, jadi imbuhannya agak kecil berbanding dgn tahun2 sebelum ni), kitaorang balik Tangkak pulak.

Memula ziarah kubur arwah abah yang sangat2 ku rindui. Lepak 5-10 minit sambil baca doa semua...then beraya ke rumah sanak saudara kat Kg Payamas. Memula pegi rumah makngah...lepas tu raya rumah arwah makcik...tu dua jek pun sedara mara Popai yang available. Lepas tu kitaorg straight pegi Muar beraya rumah jiran kesayangan...

Yang membuatkan Popai sentap tahun ni...dapat cuti lama...tapi tak dapat nak beraya poyo2...ingatkan tahun ni dapatla jumpa kawan2 lama masa zaman sekolah dulu kannn...kata nk buat reuinion, tapi semua senyap membatu macam batu batuan kat batu cave nun...Lepas tu plan nak raya rumah geng masa sekolah, call2 tak jwb..msg tak reply...at last bgtau ada kenduri kawen kt rumah sedara, ajak jumpa kat sana...macam Popai kenal sedara beliau itu kannnnn...Herm....

Tapi yang beshnya beraya rumah my bff zaman sekolah dulu...tiap tahun kalo Popai bagitau nak gi beraya rumah dia, mesti dia akan prepare macam2. Tahun ni dia buat soto...sedap...dapat lepak lama skit sambil sembang2 apa yang patut...walaupun perbualan kami tidak sehebat dulu...tapi masih boleh bersembang...Tiap tahun Popai memang tak penah fail beraya rumah dia...dan beliau tak penah fail untuk masak untuk kami. Terima kasih Sirah sebab sudi jadi bff aku...sob..sob...terharu..

Last week, my MIL datang rumah dgn family SIL. Then kitaorg beraya pulak rumah sedara MIL kat sekitar KL..ada peristiwa pahit berlaku. En. somi hampir kehilangan kereta kesayangannya. Dahla baru repair ribu riban kannn...time tu kitaorg pegi Tesco Ampang sebab sedara MIL nak belanja makan. Then en.somi parking keta betol2 menghadap jalan besar. After makan kami dok menyembang depan pintu kuar tesco sebab tunggu BIL beli makanan. Dekat 15-20 minit jugakla dok berdiri depan tu... after korum dh cukup, kami semua gerak ke kereta masing2...sampai2 jek...tgk keta tk berkunci and dalam keta bersepah...masa tu en.somi memang dh agak, mesti keta kena pecah...buka2 pintu tgk tempat start keta tu dh jahanam...alarm siren dah kena potong, kunci pntu sebelah driver dah jahanam...and barang ilang (spek mata oakley ducati en.somi, power bank, smart tag, cable iphone5)...dan yang buat kami merengkam, sepencuri bangang tu hamek kunci rumah termasuk kunci spare...!! Tersangatla bangang dan bangsat pencuri tersebut...Nasib baik time tu MIL dgn SIL tak balik Melaka lagi...sedara en.somi pun ada...Jadi kami balik dulu sebab nak settlekan hal rumah walaupun pada mulanya MIL aku degil taknak tinggalkan anak dia kt situ. En.Somi stay kat keta sbb risau si pencuri bangsat tu dtg balik, and sedara en.somi pegi carikan pomen utk start keta. Keta takleh start guna kunci sebab tempat masuk kunci tu tak dijahanamkan.

Merata jugaklah kami cari key smith untuk bukakan kunci dan tukar kunci lain. Langkah keselamatan...Memang bangsat betol pencuri tu...Kalola kami dapat pencuri tu, bukan kata en.somi jek yang akan belasah, dengan Popai sekali join belasah dia!!! Menyusahkan...disebabkan kejadian tu, kami kerugian dan terpaksa menyusahkan ramai orang...

Dan disebakan kejadian tu, en.somi jadi phobia nak pegi mana2 and letak keta sebarangan. Pegi Alamanda nak cari cable iphone tu pun Popai terpaksa tunggu dalam keta. Then dia beli kunci solex untuk stereng keta...dan banyak lagila dia plan utk security keta kesayangan dia tu...dah tak pasal2 nak kena berhabes untuk keta tu lagik...semak otak.

Sampai skang Popai pun phobia nak tinggal parking keta merata2..

Sunday, 14 July 2013

Pasar Ramadhan

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ni...entry pun asyik citer yang berkaitan Ramadhan jek....heheheheh...

Semalam Popai pegi Alamanda, Putrajaya. Tujuannya, tak lain tak bukan nak masukkan duit keta kat CDM. Plan nak pegi pasar ramadhan lepas tu. Pasar ramadhan kat Putrajaya tu agak besar jugakla...so makanan pun banyak pilihan. Popai tak ingatla presint bape. Yang Popai tau, pasar ramadhan tu dekat dengan opis2 kat sana.

Nak dijadikan citer, sampai jek Alamanda, sedang elok Popai tengah masukkan duit kt CDM tu...sekali...hujannnnnnnn..."Eni, angkat hujan, jemuran dah turun"..(bak kata arwah sudin). Selebat2nyala hujan turun. Dah stuck kat Alamanda pulak...kita nak cepat ni..sakit pulak hati kita!

Oleh kerana dah stuck kat Alamanda, Popai pun pusinglah kejap sementara nak tunggu hujan reda. Popai bawa Ilhan dengan Chaca...teman. Masa ronda2 kotaraya tu (cam citer usop selam plak), ternampak satu stall jual baju kurung kanak2...Alamak, santek2 laaaa design nya...Saja Popai pegi usha. Baju raya Chaca dengan Ayish pun tak beli lagi. Dok belek2...takde kaler merah daaaaa....raya tahun ni kitaorang nak pakai kaler merah..jangan marah....hehehehe...takpelah, takde rezeki nak beli kat situ, tapi tetap kubelek2..dah namanya perempuan, tak puas tengok kejap jek even tak beli pun. Kalo ada encek suami, memang dah kena sound tepat dah ni. Popai belek lagi...tengok rega pulak...mak ai...baju kurung baby, below 2 years RM85-95. Baju kurung toddler 2thn ke atas, RM95-110 sepasang. Aku ada 2 orang anak dara, dekat 200+ hengget jugakla. Melampaui batasan sungguh. Baju kanak2 jek pun. Kain yang digunakan memangla berkualiti, tapi rasanya kalo beli banyak2 mesti kain tu dapat murahkan...Katakanla 4 meter dapat RM50, untuk bayi guna satu meter jek. Lagipun kain jenis english cotton ni, bidang besar. Ok, calculate semula, semeter jadi RM12.50. Miscellaneous cost, dalam RM10 (benang, butang, jarum, transportation), labour cost dalam RM15 (selalu jahit pukal ni, rega lagi murahkan). So total cost RM37.50. Rasanya kalo jual RM60-75 pun untung lagi kot. Terus keazaman nak jahit baju sendiri tu menebal kembali walaupooon Popai takde skill menjahit langsung. Ok, lepas raya nak attend kelas menjahit. Dapat jahit baju kurung kanak2 pun jadilah...nanti boleh Popai meniaga pulak...

Tengok, melalut citer baju pulak...sambung balik pasal pasar ramadhan...Bila tengok hujan dah reda skit, Popai pun redah kasi pecah pegi pasar ramadhan. Bawa le payung kan...lagipun hujan rintik2 jek...ramai jugak orang hujan2 ni...Actually Popai teringin sangat nak makan Popia goreng sira sambal tu. Selalunya ada time2 bulan puasa ni...Pusing punya pusing...nan hadoooo! hampa! Yang banyak, murtabak...murtabak singapura laa, murtabak kenali laa...murtabak...murtabak...murtabak...lepas tu nasi beriyani. Nasi beriyani gam, nasi beriyani batu pahat..nasi beriyani...lagi satu, nasi kerabu...lagi satu...ayam golek...berderet gerai ayam golek...bergolek2 ayam...Adoi ai...kuih memang banyak. Tapi kuih yang Popai nak takde...tidak ada!! Sakit pulak hati kita!! Oleh kerana gagal, dengan keciwa, Popai belila Nasi beriyani gam (tang mana gam nya pun aku taktau), murtabak daging...kuih muih skit...pegi jauh2, tapi hampa!! Heh...

Eh...dah 6.38pagi...jap ek, Popai nak mengerjakan solat dulu (wah tetiba skema)...nanti sambung...

Heheheh...jom sambung balik...tadi sahur makan apa? Harini takde mood nak makan nasi. So Popai melantak murtabak yang beli semalam...Tak tahula mampu bertahan ke tidak. Dengan Ayish yang nak menyusu kang....herm..Insyaallah, dengan izin Nya...boleh kot. Project arini takde. Sebab semalam dah settle mengcookies choc chip. Kalo rajin, arini mengcookies nestum plak..tapi kalo ikut mood pagi ni, mood M stand for MALAS! Nak nak Ayish ada...kang aku sibuk mengcookies, dia sibuk menyepahkan serdak cookies. Silap2 kang...dengan dia sekali aku cookies kan....!!

Citer panjang2 takde gambar pun tak guna kannn...B.O.S.A.N...jap...eh, laaaa...mana sempat nak snap...Popai kan blogger tak bape nak tegar...asyik lupa nak snap gambar... Kalo teringat pun, bila dah lepas...Contohnya, dah lepas pegi Alamanda, dalam keta, baru teringat nape tak snap gambar tadi...lagi satu, dah lepas melantak, baru teringat...laaaa nape tak snap gambar makanan tadi...sorryla guyss...bertabahla sayam2 semua..nasib korangla baca blog aku ni...Next time kalo teringat, Popai snap gambar kasi korang tengok yek...


Friday, 12 July 2013

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...

Wah...bagi salam nampak...sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni...tetiba fefeling insaf...hehehehe...Selamat berpuasa semua. Amacam pose uolsss? Hokey tak? Popai Alhamdulillah, seperti biasa, melaluinya secara lone ranger...hehehehe...buka solo, sahur pun solo. Oleh kerana kesoloan itu, so Popai makan pun ala kadar jelah...Buka tu menu nya daboom skit, tapi sahur cukupla nasi, kicap dengan ikan bilis goreng jek. Sadiskan...takpe, bersyukurla dapat makan nasi...huhuhuhuhu...

Ilhan ada jugak cakap nak puasa...tapi Popai macam tak sampai hati pulak nk beria suh dia puasa. Kesian...tapi Popai bagitau dia, kalo dia tahan...tak payahla makan atau minum bekal yang Popai letak dalam bag...kalau dia tak tahan, dia boleh makan atau minum...Jap..jap...jangan salah sangka. Bukan Popai taknak didik anak2 berpuasa...tapi seyes, Popai tak sampai hati nak suh budak 5 tahun berpuasa...tahan lapar dan dahaga...hello, Malaysia bukan darurat hokey, beria nak suh bebudak kecik tak makan tak minum...Pada pendapat Popai, tak salah kalau nak mendidik anak2 mengikut ajaran Islam...itu memang wajibla kan sebab kitakan Islam...tapi bukan ke lebih baik korang didik anak2 tu bersolat dulu...Solat tu tiang agamakan...Patut kita didik anak2 ni bersolat dari kecik...even diaorg tak tahu lagi nak baca Al-Fatihah, takpe...yg penting diaorg tau steps2 bersolat...by the time bila diaorg dah belajar mengaji, Insyaallah diaorang akan tahu apa yang perlu dibaca ketika bersolat (dgn bimbinganla). Ada terbaca kata2 dari seorang ustaz, penah tak dengar orang yang solat sengaja tinggalkan puasa? Tapi ramai jek orang yang berpuasa, tapi tak solat...kannnnnnnn...haaaaa, mesti tetiba korang terpikir kebenaran pendapat Popai...Jangan risau, Insyaallah, bila tiba masanya...dengan galakkan kita, anak2 pasti belajar untuk berpuasa pulak bila diaorg dah tahu bersolat...takyah nak paksa2. Didik takpe...bagi galakkan...Ini tidak, anak tu dh terlepek...dok cakap haus..haus...kita buat dek jek...Budak 4-5 tahun kan mesti minum susu...isk...sayu plak rasa hati ni bila dengar sahabat dok bangga cerita, anaknya umo 4 tahun disuruh berpuasa, dok mintak susu pukul 2-3 ptg...and mak nya dok suh anak dia tahan...herm...kadang2 tu Popai terpikir, yang korang beria sangat nak suh bebudak tu pose nape? Sebab nanti bila balik kampung time raya, boleh dok citer kat sedara mara, yang budak kecik tu pose? Boleh dok banding anak sapa lagi hebat berpose?

Ok, setop bab tu...kang jatuh hukum mengumpat pulak...Bulan2 puasa ni kan kita nak kumpul pahala...huuhuhuhuhu..

Assignment dah siap??? Heh, settle dah...tapi ada skit  nak kena amend...grammatical error...biasalah Popai bukannya omputih...saya orang melayu makan sambal belacan hokey...So grammar2 ni memang kelautla...takpelah, dah supervisorku suh betulkan...kita betulkan jelah...Jangan melawan, nanti tulah...Lupa plak nak citer pasal supervisor untuk research paper ni...Nama dia, jeng..jeng..jeng...Y.M Dato. Prof. Haji Raja Yaacob Abdullah...panjangkan...tapi nama manja, Pak Ray...Orang sangat sempoi and sporting...Dia ni kira legend tau kat faculty Popai tu. Asal sebut Pak Ray, semua mesti senyum jek sebab Pak Ray ni pun murah senyuman...Ni bukan bodek hokey...tapi korang tanyalah mana2 student atau ex-student faculty Popai, mesti majoriti bagi good feedback...hehehehe...Ok, jadi, weekend ni adalah masa untuk Popai bersengkang mata mengadap assignment tu lagi...hoh...!!

Dahla baju bertimbun macam gunung himalaya tak berlipat...rumput kat laman rumah pun dah menjalar dengan suburnya...kalo orang taktau mesti ingat rumah Popai tu angker sebab lalang dh tinggi paras lutut...mcm rumah yang tak berpenghuni...aiyooo so scaryyyy....Ntah bilalah orang mesin rumput tu nak lalu depan rumah...diaorang jarang masuk area rumah Popai sebab rumah tu hujung sekali....heh...

Weekend ni macam2 benda nak buat...rutin harian, basuh baju, sidai baju...rutin hujung minggu, mop rumah, basuh toilet, basuh sangkar kucing, tukar cadar, lipat baju...rutin sekali sekala (sekali sekala tu kira rutin ke?) nak buat cookies...walaupooon assignment tak siap, tapi tangan ni dah menggigil2 nak membaking...hobby untuk release tension...Nanti kalo menjadi cookies ku itew, Popai hapdet kat cni...adios...

Tuesday, 21 May 2013

Buku Peter and Jane

Kenapa tetiba Popai excited plak nak citer...mau tak excited, ni hal anak...mestilah sebagai ibu, excited nak citer...hehehehehe...

Korang tau tak buku Peter and Jane. Ada sesetengah parents yang tak bape setuju dengan pembelajaran menggunakan buku Peter and Jane, sebab pada diaorang, anak2 ni hanya menghafal tanpa memahami.

Dekat Tadika Sri Ara, diaorang pun guna buku Peter and Jane. Giler old skool sebab rasanya buku ni dari Popai sekolah tadika lagi dh guna...mula-mula tengok Ilhan baca...memang macam robot. And dia memang menghafal. Meaning that, kalau dia baca 'This is Peter' kat dalam buku Peter and Jane tu, no problem. Tapi kalau Popai tulis 'This is Peter' kat tempat lain, memang dia takleh baca langsung. So dia memang hafal buku tu, bukan hafal perkataan yang dia belajar. Popai start pikir, oh this is not good for Ilhan...terpikir jugak, betul ke Popai anta Ilhan ke tadika tu...why...sebab until now he not really understand English sedangkan sekolah tu medium English. Popai cuba cakap Inggeris dengan dia kat rumah. Sometimes dia paham, but most of the time dia tak paham..and dia just jawab Yes or No...OMG...Rasanya perlu buat sesuatu...

Yesterday and today is exam. Tak taulah apa yang dia jawab. Popai ni tak bape suka memaksa sebab dulu masa kecik2 dulu, Popai paling pantang kena paksa dengan mak. Arwah abah plak cool jek, nak buat...buatlah, taknak sudah...nanti biar Popai yang kena marah dengan cikgu...Sayang abah ketat-ketat! Ok, ni baru nak start citer ke'excited'an Popai. Semalam Popai suh dia baca buku Peter and Jane 2a (Peter and Jane ni ada set sampai bape ntah tak ingat...setiap set, ada plak set lagi a,b dengan c. Tapi kat sekolah Ilhan cuma guna a dengan b saja. Peter and Jane 1a, 1b dengan 2a dan settle. So semalam Ilhan cakap nak baca set 2b, tapi teacher tak ajar lagi. Popai cakap kat Ilhan, kalau teacher tak ajar, takyah baca dululah. Then dia cakap, "Takpelah mami, abang nak cuba baca dulu...boleh tak?" so Popai jawab "OK, try la"...and dia pun start baca......baca....baca....oh, kagumnya...dia baca lagi...baca lagi....baca...sambung baca sampai abes...OMG...Ilhan dah boleh baca Peter and Jane...OMG...Dia boleh baca buku Peter and Jane 2b before teacher ajar...OMG...Then Popai tulis plak ayat dalam buku tu atas sekeping kertas, suh dia baca....Ilhan baca..."This is Peter, This is Jane, This is Pat...." wow...dia dh tak hafal...dia boleh baca...Oh, sungguh tak kusangka...

Ok, now Popai mula paham sikit2 kaedah pembelajaran Tadika Sri Ara...mungkin diaorang nak budak2 baca and hafal...lepas tu diaorang akan faham sendiri...and tetiba Popai mula yakin semula dengan Tadika Sri Ara....

Ni cuma pendapat dan pandangan Popai jelah. Let say kalo ada sesapa yang nak share kaedah pembelajaran anak2 kat sekolah tadika yang berbeza, yang lebih baik...boleh email Popai, atau komen...sangat dialu2kan...sharing is caring kan...

Kepada semua teacher Tadika Sri Ara, thumbs up to you guys...and Happy Belated Techer's Day...


 

Saturday, 18 May 2013

Latest Hapdet II

Hahahah...macam kelakar plak. Dok la dgn subject hapdet terbaru, latest hapdet la....setahun sekali gamaknya baru Popai nak hapdet.

Sorry guys, Popai busy skit..oppsss...busy banyak. Kalo skit boleh lagi Popai curi2 masa buka blog ni. Baca blog orang Popai ada masa...hehehehehe...membaca dengan mengarang adalah dua perkara yang sangat2 berbeza. Membaca, kita just buka je blog orang tu, then baca sambil scroll2 ke bawah sambil gelak2 (kalo entry tu kelakar), sedeh (kalo entry tu touching) dan senyum simpul (bila entry tu bodoh2 alang and terkena kat batang idung sendiri). Tetapi mengarang ni, perlukan kekautan fizikal dan minda... Tangan kena kuat, mata kena kuat, minda kena kuat...semuanya perlukan kekuatan (alasan tak hagak2 kannn)...

Apa ek yang Popai terlepas...banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....yang Popai buat manifesto nak citer apa yang berlaku dan apa yang Popai lalui sebelum ni pun, tak terciter lagi..nama pun manifesto...manifesto bukan janji. Lainlah Popai buat akujanji....heheheheheh...

Pilihanraya dah lepas...nak citer gak ke pasal GE13? Malaslah...nanti ada yang sentap plak. Politik ni payah skit...boleh jadi gaduh laki bini yang oiii...!! Apa yang pasti, Popai dah laksanakan hak sebagai rakyat Malaysia untuk memilih. Dan untuk pengetahuan umum, ini adalah kali pertama Popai mengundi...Iya...kali PERTAMA!! Mesti korang ingat Popai ni muda belia, sebab baru 1st time mengundi....hehehehehehe...perasan jap. Lantak korangla nak pikir apa pun...

Abes citer GE13, nak citer pasal Iron Man 3. Korang dah gi tengok? Setelah diasak2 oleh anak bujangku, at last Popai dengan Mr. Hubby bawa jugak dia gi tengok Iron Man 3...Awesome! Sangat best...and ada unsur2 humor yang boleh buat Popai gelak kuat tak hengat. Popai kalo gelak, memang tahap pakai pembesar suara tu...huhuhuhuhu...Kali ni Popai bawa sekali Chaca tengok movie. Asyik kena tinggal jek. Dia pun dah besar, takde masalah dah nak bawa dia jejalan. Cuma masalahnya, Chaca kuat membuta. Citer Iron Man tu baru start, dia dah ajak balik sebab nak membuta...Chaca...Chaca...

15hb May aritu, celebrate birthday anak Popai yang bongsu (bongsu setakat ini). Ulang tahun kelahiran yang ke 2. Kejap jek anak ku dh membesar. Celebrate kat mana? takde mana pun...just raikan bersama keluarga. Popai buat cheese cake, ayam panggang dengan nasi ujan panas...then melantaklah kami anak beranak. Mr. Hubby kebetulan balik cuti mengundi...

 Gambar dari atas

 Inilah birthday gurl yang tak sabo nak melantak

Birthday girl makan kek

Ok good...Popai dah cover 3 citer sekali gus...senang skit keje den...Nanti next entry Popai cover lagi mana citer2 lepas yang Popai rasa patut citer kat korang dan korang patut tau...



Thursday, 21 March 2013

Hapdet Terbaru

Wah...sangat lama Popai tak hapdet blog ini...Macam lupa daratan gitew. Bukan saja lupa daratan, malahan password pun hampir dilupakan...huhuhuhuhu..Nasib baik ingatan masih kuat. Kalau tak berkubur sajork blog ini.

Sorryla bapak2, ibu2...abang2, kakak2, hadek2 semua. Penyakit 'M' melanda diri ini pabila Mr. Hubby pulang bercuti. Betol2 takde mood nak menaip walaupun sebenarnya banyak menda yang Popai nak bebelkan. Walaupun tersangattttt banyak ketidakpuasan hati yang ingin diluahkan. Tapi kupendam jua kerana MALAS mengatasi segalanya.

Kenapa tetiba Popai hapdet blog ni?? Isk, banyak plak soklan korang ni. Saja sebab lepas makan obat, penyakit 'M' dah sembuh, datang plak Vitamin 'R' - (rajin)...tu yang gue start menaip ni. Atau alasan yang lebih tepat, Mr Hubby Popai dah selamat bertugas kembali diperairan pantai timur....huhuhuhuhuhuhuhu...sedey kena tinggal...Korang apa tau?! Mana penah kena tinggal tok laki. Kalau ada pun takdelah berbulan2 lamanya. Actually Popai takdelah sedey sangat bila kena tinggal...tapi...tapi....sedey bila mengenangkan acara merehatkan badan sudah habes..Skang ni acara menguatkan otot2 sendi semua sebab bermulalah rutin harian daku, bangun pagi, prepare utk pegi keje dan utk hantar anak2 ke tadika dan taska. Balik keje, amek anak, kemas barang anak2, mandi, solat, kemas rumah, kemas kucen, layan karenah anak2...tido, bangun buat assignment, tido...bangun bersiap nak g keje, prepare utk pegi keje dan utk hantar anak2 ke tadika dan taska. Balik keje, amek anak, kemas barang anak2, mandi, solat, kemas rumah, kemas kucen, layan karenah anak2...tido, bangun buat assignment, tido...bangun bersiap nak g keje, prepare utk pegi keje dan utk hantar anak2 ke tadika dan taska. Balik keje, amek anak, kemas barang anak2, mandi, solat, kemas rumah, kemas kucen, layan karenah anak2...tido, bangun buat assignment, tido...bangun bersiap nak g keje...macam tulah hari2 sampai hari Jumaat...!! Hari Sabtu sebulan sekali attend kelas dari 9.00 pagi sampila ke 5.00 petang. Selalunya kelas Popai sampi 9.00mlm. Alhamdulillah last semester ni kelas malam takde...Tapi still assignment berlambak, dan yang paling tak tahan, nak kena siapkan Independent Study aka lebih kurang cam thesis...terus STRESS...!!!

Alamak, jam kat lappy ni dah pukul 11.08 malam. Tadi Popai start menaip dalam pukul 10.50mlm. Ingatkan sempat 10 menet nak membebel. Rupanya memerlukan masa yang agak panjang untuk ku story everything yang berlaku sepanjang ku tak hapdet blog ni. Oleh kerana masa begitu mencemburui kita, Popai mohon undur diri dulu. Nak masuk beradu, esok pagi2 dah kena bangun. Kang ada yang terlajak subuh gajah...huuhuhuhuhuhu...Jangan risau, esok atau Sabtu bila Popai start nak cari bahan untuk assignment, Popai akan cuba luangkan sedikit masa untuk hapdet blog ku ini.

Tatatititutu....Good Nite...

Friday, 8 February 2013

Coti2 Dalam Malaysia

Lama giler Popai tak hapdet blog...sejak Mr. Hubby balik. Biasalah bila Mr. Hubby balik Popai lagi busy sebenarnya. Yelah, before just uruskan anak-anak. Bila Mr. Hubby ada rumah, kena uruskan dia sekali...

Last week Popai coti lama, tapi tak pegi mana-mana pun. Jumaat bawa Ilhan and Cha pegi Genting Highlands. Main game indoor saja sebab Popai ni penakut sikit. Amek package 1 family, murah skit. Mainlah game indoor tu dengan anak2. Mr Hubby kata, tak mencabar langsung...hehehehehe...nak buat camne, dapat minik penakut. Even naik menda tinggi sikit pun, muka Popai dah cuak....

Cuaca hari tu memang best. Sebelum ni kitaorang naik Genting, tak penah dapat cuaca nyaman dan sejuk camtu. Kalah Cameron tau....Bak kata Ilhan, sojuk la mami....Mr. Hubby kata nyesal pakai suar pendek, sebab sejuk. Dia memang suka pakai suar pendek...senang katanya. Lantak daddy la, yang penting jangan vogel, sudah...

Mana gambar?? nanti Popai upload...lupa plak nak bawak.

-------

Then ari Isnin hari tu kitaorang bergegas pegi Morib..bawak budak2 main air plak. Popai amek package kat streetdeal.my, Morib Gold Coast Water Theme Park Resort. 2D1N RM168 jek, include buffet dinner, breakfast and admission to Water Theme Park for 2...memang berbaloi2. Bilik pun menariks, siap ada private jacuzzi tu. Memang selesa. Yang tak bestnya, kawasan resort tu ada construction, jadi pemandangan sekeliling kurang menarik + berdekatan dengan kilang pemprosesan makanan ayam, jadi ada bau-bauan yang kurang menyelerakan sikit.

Kitaorang dapat bilik tingkat 3, view water theme park, so memang best. Anak2 pun tak sabar2 nak masuk kolam...syok...sampai2, salin baju, terus kecebur masuk theme park. Anak2 ku memula memangla excited, tapi bila dah masuk air, semua penakut yang amat especially Cha. Duduk tepi kolam jek kaedahnya. Bila Popai bawa masuk main air, meronta2 takut. Adoi ai....at last mak bapaknya yang over main air...hehehehehe...

Bila naik bilik, anak2 semua pakat2 serbu bilik air. Ropa2nya nak main air kat tempat bath tub yang boleh jadi jacuzzi. Popai pun pasang air, letak foam...punyala seronok diaorang main air dalam jacuzzi tu. Hai la anak2...mami dengan daddy bawak datang sini nak bagi korang main air kat theme park, bath tub ni jua yang jadi pilihan...sampai kecut2 jari jemari dok berendam dalam tu...lantak koranglah. Janji bahagia.

Gambar? sabar yek, nanti Popai upload....

Dinner kat resort ni simple, tapi banyak choice. Okla bagi orang yang dah kebulur macam kami. Lagipun tak payah susah payah nak keluar cari kedai makan kat tempai yang tak familiar ni. Dinner and breakfast termasuk dalam package. Untuk 2 orang. Kanak2 akan dicaj ikut ketinggian. Oleh kerana kesemua anak2 ku masih kemetot, jadi dapat masuk free. Lagipun diaorang bukannya makan sangat. Menyepah je lebih especially Ayish. Abis creamer tu dia tabur atas tray baby chair, lepas tu sapu kat jari, then jilat. Mr. Hubby mula2 bising cakap buat malu jek. Pastu Popai cakap, biarla...janji dia tak buat perangai and kita boleh mencekik dengan aman damai. Perut mak dah kebulur, kang kalo dia buat perangai, tak ke tak pasal2 daku jadi Tun Teja...and Mr Hubby jadi Hang Jebat (Hang Jebat kejam skit dari Hang Tuah, sebab laki daku kalo mengamuk memang tak hengat donia).

Malam tu semua tido awal, penat main air (takut air sebenarnya dah semua terjerit2 bila masuk dalam air). Popai jek lelap lambat skit. Biasalah, kalo dah nama mak ni, anak2 semua dah lena, barulah mak boleh tido dengan tenang. Esok pagi bangun, cargas pegi breakfast. Breakfast pun sangat hokey. Ada macam2 pilihan...makan sampai kenyang. Anak2 macam biasa, buat semak dengan taburan makanan...huhuhuhuhu...So lepas breakfast, kitaorang naik bilik salin baju, buang apa yang patut, then apa lagi...berendam time. Anak2 as usual, excited before sampai, dah sampi, masing2 terjerit2 takut. So bior jelah diaorang dok kat tepi. Popai and Mr. Hubby lepas gian naik segala gelongsor...masuk tempat dalam bagai...syokkkkk.....dalam kol 10.30, kitaorang naik bilik sebab anak2 nak sambung berendam dalam jacuzzi. Kat situ jelah yang diaorang have fun...

Dah puas berendam lam jacuzzi tu, kitaorang pun packing untuk berangkat pulang...Popai tanya Ilhan dengan Cha, best tak? Diaorang kata beshhhhhhh....Nak datang lagi tak? Diaorang jawab, nakkkkkkk...Nak mandi kolam lagi? diaorang jawab, nakkkkkkkk....Kolam mana? Diaorang jawab, kolam dalam bilikkkkkk...Ceh, tak adventure langsung...Nanti dok rumah sendiri, mami suh daddy letak bath tub aka jacuzzi dalam bilik air, korang boleh berendam puas2. Takdela membazir duit daddy korang nak bawak gi coti semata2 sebab nak berendam dalam bath tub tu!!


Wednesday, 23 January 2013

Coti-Coti Malaysia 2013 (part 1)

Mr. Hubby dah nak sign off...tak sabar rasanya...selalunya bila dia cuti, kami akan pergi cuti2 Malaysia. Tapi kali ni Popai awal2 dh bagitau dia, taknaklah pegi jauh2 (jauh2 pun still dalam Malaysia, hokey). Rasa menyesal pulak...!!

Ni tetiba otak ni ligat plak nak pegi berjalan. .cuma takde idea nak pegi berjalan ke mana...any idea? Memula plan nak pegi JB. Nak bawak anak2 enjoy kat Legoland. Tapi member Popai bagitau, kat sana sangat panas. Lagipun belum siap sepenuhnya. Lepas tu terfikir nak gi Cameron. Favorite place ni...sejuk jek. Sekali dapat bantahan dari anak bujangku yang baru 5 tahun...Adoi ai...nak tau dia cakap apa? "isk...tak best ar Mami. Pegi sana nanti Mami asyik nak jalan sana, jalan sini..." Berontak. Rupa2nya anak aku tak suka ikut aku menikmati keindahan alam...huhuhuhuhu....

Then ingat nak pegi Penang...herm...panas! Lagipun takde yang menarik sebab dah pernah pegi sana....sama gak, Popai mesti nak berjalan2 kat sana.. So Popai tanya Ilhan dengan Chaca, diaorang nak pegi mana. Sepakat jawab, nak mandi kolam....ooooo...rupa2nya anak2ku nak enjoy kat dalam air. Apsal tak bagitau awal2...Senang Popai bagi main air kat dalam toilet jek....hehehehe...Okla, kalau camtu. Popai ingat nak bawak diaorang pegi Gold Coast (wah banyaknya duit lakiku)....MORIB...hahahahaha...Morib sajork yang kami mampu yek...kalau pegi Gold Coast, Aussie tu bukan mampu. Tapi mampos laki aku nak kuarkan duit....

Skang ni Popai tengah dok usha pakej yang berbaloi...herm...pegi 2D1N jeklah...lepas tu bawak diaorang g Genting plak, enjoy main indoor game kat sana...ok tak?

Sunday, 20 January 2013

Maharajalawak Mega...The winner is Jozan...

Jumaat hari tu selesai sudah Maharajalawak Mega 2012, dan seperti yang semua maklum, juara edisi kali ni, seperti yang semua dah jangka...JOZAN...

Ramai gak yang tak puashati bila AC oppss..Dato Ac Mizal umumkan JOZAN sebagai juara. Apapun pada Popai diaorang layak sebenarnya. Yang bukan penyokong JOZAN, jangan maree. Popai amek kira kelayakan diaorang secara keseluruhan. Lagipun Popai suka Johan dari dia jadi peserta Raja Lawak 1st season dulu. Dia tak penah jadi johan walaupun nama dia Johan...at last, malam aritu dia jadi johan jugak. Kalau nak ikutkan dari segi persembahan, memang akhir2 episod tu, JOZAN tak bape nak kelakar. Yang menyerlah pada Popai kumpulan Shiro dengan Jambu. Tapi...macam Popai taip kat atas, Popai amek kira secara keseluruhan. Usaha diaorang dari Raja Lawak, jadi pengacara Raja Lawak...Lawak ke der, Maharajalawak...diaorang cukup menghiburkan.

Shiro pun kelakar...tapi terlalu amek kira punch line. Kadang sampai lupa dialog. Jambu memang kelakar. Bak kata Najib Ali, punch line diaorang ada di mana2...Cuma..yang Popai tak bape gemar, diaorang ni dari dulu suka lawak yang kasar. Mesti ada marah, tengking2...tendang2...especially Yus! Suka sangat sepak Taukey. Boboi plak, diaorang ada turun naik. Lawak diaorang actually ada mesej. The best performance Boboi adalah masa malam final tu...yang lain so so sajork...menghiburkan. Saywho pun kelakar jugak...suka watak 'Dora'...

Pape pun, Maharajalawak Mega 2012 dah selesai. Juaranya pun dh diumumkan...Takyahlah ada yang rasa tak puashati ke hapa...Nak kait2kan isu politik bagai. Kalau iye pun kemenangan Jozan dah dirancang..biarlah. Sudah rezeki diaorang. Lagipun korang dah tau camtu, yang gatai nak menghabiskan prepaid pegi mengundi, sapa suruh!!

Tahniah JOZAN...semoga persahabatan kalian berkekalan dan JoZan juga berkekalan...

Eh, nak tanya...ada sapa2 kat sini minat handbag Kate Spade? Adoi ai..Popai ni dolu2, masa kurang mampu, minat sangat kat Guess...bila dah mampu skit ni, up skit...minat kat Coach, Long Champ, Kate Spade...ni brand bagi orang pertengahan macam Popai la...Gucci, Prada, Channel semua tu mak tak mampu...mampos adalah....kena sembelih dengan Mr. Hubby coz sesuka hati nak abeskan duit dia beribu...kannnn...At least kalau Coach, Kate Spade ni harga boleh dengar lagi...kalau ada berkenan, leh gak ku kumpul duit 3 4 bulan gaji, dapat 1 beg...Janganla kata Popai berlagak. Minat beb...minat.

Minat orang ni berlainan kannn... Ada orang minat beli Babywearing yang mahal2...wrap, ssc yang harga dia cecah RM500-600 gak..Ada orang suka beli barang kemas (ha...yang ni bijak). Ada tu suka beli tudung Fareeda banyak2, harga cecah gak RM200..Ada yang suka beli pinggan mangkuk atau perkakasan dapur cam Corelle, Tefal..Vintage ke Vantage Popai pun confuse. Ada yang suka beli kasut...Dan ada yang suka beli Handbag...haaa..yang ni serupa dengan Saya....heheheheh...Popai minat jek. Takde gila beli selagi boleh,,,ikut budget gak...Takdela sebulan sekali...selalunya 3-4 bulan baru beli satu. Sebab nak kumpul duit gaji...simpan sikit2 lama2 jadi 'bukuit kepong' (bak kata David Teoh). Kekerapan membeli handbag tu boleh dikatakan setahun 2 kali jek...So jangan nak kata membazir ke hapa...

The latest handbag yang Popai dok usha, Kate Spade...OMG...so tempting. Skang ni berani dok usha jelah, sbb last month baru jek order Coach...so kena tunggu bulan 5 nanti, baru boleh order bag baru...huhuhuhuhuhu...Tolong jangan Poyo (Awie style)...

Friday, 18 January 2013

Popai dan instagram

Actually Popai baru jek register akaun Instagram ni...tahun lepas rasanya, tapi tak dan nak upload gambo. Al maklumlah, iPad Popai takde camera...oldskool punya iPad, 1st generation.

Tapi sejak Mr. Hubby dah ada iPad 2, so Popai pinjam la dia punya untuk ku upload gambo di Instagram. Sangat best ber camwhore ni...hehehehe...Dolu time sekolah dolu, memang bergambar ni hobi Popai. Pantang ada camera, mesti berposing. Giler camera kata #arwahIsz #myonlybestfriend. Yang jadi photographer nye, #arwahIsz tulah...huhuhu...Miss her alot!

Oleh kerana baru berkecimpung dengan aktifnya kat Instagram, puas semua Popai dok mem'follow'...follow punya follow...sekali terjumpa instagram member lama..masa sekolah kat SAB, JB...member yang dh glemer coz kawen dengan celebrity terkena.."raja sms". Yezar...Puan Ekin tu adalah member ku dulu...Actually dia and kembar dia memang baik dengan Popai. Tak tahulah kenapa, ramai rakan sekolah yang dok anti dengan diaorang. Popai plak jenis flexible. Popai boleh kawan dengan semua orang, tapi takleh masuk dengan semua orang...Tapi...tapi lagi...dengan Ain Ekin ni, memang sekepala la...Sama2 join kelab komputer, join pandu puteri, join softball, join koir...syok wooo....Dah biasa Ain Ekin...Ain Ekin. tapi ikutkan Ekin Ain sebab Ekin tu kakak...Ain adik...Mula2 dulu agak susah jugaklah nak cam mana satu Ain, mana satu Ekin...lama2 dah kenal sangatttt, senang jek nak kenal diaorang. Tapi tu rahsia kamilah....hehehehe...Sorry, ni bukan nak bodek ke hapa...sebab kalau nak bedek, dari awal Popai tau diaorang ni mula glemer haku dah mengendeng. Cuma Popai nak story yang Popai kenal diaorang ni, dan Ekin dan Ain ni bukanlah seperti mana yang korang dok kata tu...

Popai dah lama lost contact dengan diaorang...lepas diaorang terlibat dalam dunia glemer ni, memang trus lost contact. Tapi ntah kenapa, baru2 ni terjumpa akaun twitter dan instagram Ekin, trus Popai follow and tegur dia kat laman sosial tu. Tak sangka, even dah glemer gitew, still ingat kat Popai. Teringin plak nak jumpa diaorang ni, tapi sure diaorang busy kan...dengan family, dengan business...Hah, Ekin dengan Ain dah ada business. Produk kecantikan UneQuein. Hopefully business diaorang sukses...Insyaallah, ada rezeki kita jumpa...

Wednesday, 16 January 2013

Try Test Tengok apa function Nuffnang ni??!

Dah lama dah Popai dok dengar blogger ni ada yang kaya raya buat duit dengan nuffnang...peliknya. Apa nuffnang tu? Sejenis makanankah? Kategori makanan berkhasiat atau jajan (orang johor panggil jajan, orang luar panggil makanan ringan) sajork? Atau nuffnamg tu nama orang...Contoh, "Wei lakhanot Nuffnang, lama tak jumpa." agak kasar disitu...kalau nk tau, tulah cara orang Melaka menyapa...hehehehe...atau perasan omputeh skit.."Your name please..." "My name is Nuffnang but you can call me Nuff or Nang..." omputeh sangatttt...

Survey punya survey, ropa2nya nuffnang ni adalah pengiklanan blog komuniti dalam talian (skema plak ayat Popai). So blogger2 ni buat duit bila letak iklan nuffnang kat blog diaorang, then kalau ada orang click ke, view ke blog tu...adalah incomenya...Kalau banyak org click atau view, lagi lebatlah income diaaaaaa....isk...tu yg Popai pahamla. Kalau salah huraianku yg kerdil cekeding ini, silalah betulkan...huhuhuhuhu...

Ok straight to the point...harini dengan bangganya, Popai pun registerlah akaun nuffnang...walaupun ku tahu belog ku ini nan hado jek yang viewnya...hahahahaha...saja2 nk try test tengok. Macam biasalah, online registration ni memerlukan kita mengisi borang satu demi satu...follow step by step...Bila semua dah lengkap, dah activatekan akaun, Popai pun dengan berkobar2 copy paste link yang En/ Puan/ Cik Nuffnang tu bagi kat blogku ini...Sekali yang kuar...herm...alahai...cenonet tu sajork?!! Puasla Popai dok refresh page berulang kali...tapi masih tak berubah...Eh, memang camtu jek ke Iklan Nuffnang yang bagi blogger lain tu ribu riban? Ke Popai yang tersalah letak coding? Ataupun memang untuk beginner macam Popai ni, dia bagi bosar tu jek? Apsal Popai tengok kat blog orang lain umang aii, bukan main bosar iklan nuffnang tu...sampai naik semak plak kepala hotak ni...Cuba citer skit pada sapa2 yang ada experience? Al-maklum, Popai ni beginner...sangat2 beginner kat dunia Nuffnang ni...Nak kata mak buta IT...malunya..belajar dan keje dalam bidang yang berkaitan dengan IT. Tapi menda2 simple macam ni pun takleh nak kasi settleeee...

Takpelah...at this moment, Popai redha jelah dengan iklan kocik Nuffnang tu...manalah tau tetiba ada miracle, tetiba dia membesar dengan sendiri...kannnn...So nak clearkan kepala hotak ni. Taknak semak2 dengan iklan Nuffnang tu sebab tak mendatangkan hasil langsung (buat masa nilah. Masa akan datang Popai tak dapat nak jangka). Sekarang ni kepala hotak Popai nak kena semakkkan dengan masalah nak susun balik stor kat bawah sebab nak hangkut barang kat bilik belakang...bilik tu nak kasi kemas jadi bilik anak bujang ku sorang...Dah 5 tahun, rasanya dah boleh tido sendiri kot...boleh Popai sumbat mainan dia dalam bilik tu. Ini kalau tidak, bersepah2 mainan...kat ruang tamu, dalam stor, kat meja makan...kat dapur...kat bilik Popai...even bilik study Popai pun bersepah dengan mainan.Dah sah2la study room ku ini bersepah dengan buku2 + kertas2...tambah lagi dengan mainan diaorg...fuh...semak otak...Dan yang paling tak tahan, dalam toilet pun ada jugak mainan diaorang...Speechless...

So Popai decide nak setting bilik belakang tu jadi bilik dia dengan cha...letak mainan semua dengan meja belajar  kecik. Nak kena cari katil bagai...ada special request, nak TV and aircond...geleng kepala haku dengan budak2 sekarang...advance sangat...Diaorang ingat daddy diaorang kat atas kapal tu dok cop duit...bila masuk port, duit siap cop leh bank in...Kesian kat Mr. Hubby yang dilambung ombak, dihayun badai...semata2 nak cari rezeki untuk sesuap...cop...cop...5 suap mulut (sebab family kitaorang ada 5 orang)...Mintak2 abis belajar ni adalah rezeki Popai kat tempat lain, yang gaji up skit...at least bolehlah daku membantu meringankan beban Mr. Hubby kesayangan ku tu nanti...AMIN....


Monday, 14 January 2013

Mudah oh Mudah.my

Azam nak hapdet blog setiap hari tak kesampaian nampaknya...Nak buat camno, mak busy nokss....Busy dengan urusan rumahtangga...huhuhuhu...

Semalam ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Drawer yang Popai jadikan meja solek tumbang. Tergezut Popai....Masa tu baru nak start bersiram lepas settlekan anak2... Tetiba lepas jirusan yang pertama, GEDEBUK...PRANGGGG...bunyi menda jatuh and kaca pecah berderai. Tercampak jugaklah gayung yang Popai tengah pegang. Sekali buka pintu tengok drawer tersebut dah selamat rebah ke lantai dengan barang bersepah dan mangkuk ajaibku (mangkuk kaca yang segala macam benda ada dalam tu) dah pecah. 

Dengan muka ala2 Tun Teja nak pegi berperang tapi berkemban, Popai tanya Ilhan.."Sapa yang buat!" Menggigil jugaklak suara Ilhan nak jawab..."Chaca yang buat." . Masa tu Chaca dah takde...dah lari menyorok selamatkan diri. Yang ada terpinga2 kat situ, Ayish. Ilhan tengah minum susu sambil tengok Geng Bas Sekolah kat Ipad. Sekali Popai tengok darah menitis2 bila Ayish jalan ke Chaca (konon nak join Chaca menyoroklah tu). Cepat2 Popai tangkap dia, tengok tercacak serpihan kaca kat kaki dia. Menyirap sampai ke kepala...Ni yang buat Popai nak naik hangin macam lembu kena cocok! Popai cabut kaca tu, then terus tutup kaki dia dengan towel. Dengan separa vogel (sebab makcik hanya berkemban), terpaksalah Popai membersihkandan menyusun semula barang yang bersepah2, dan buang kaca2 yang berteraburan.

Lama jugaklah nak mengemas semua tu, sampai mood mandi dah hilang dah. Settle semua, Popai suh Ilhan bawa Chaca turun. Ayish dok atas katil and Popai sambung mandi. Tapi tak dapat nak mandi lamalah sebab risau kejadian lain plak yang menimpa kang. 

Lepas dah pakai baju semua, Popai dokong Ayish turun bawah, tengok darah still kuar. Cepat2 sapu dengan minyak gamat, barulah darah berhenti. Isk...geram+marah+terkejut bercampur baur. Nak marah, anak daraku baru nak masuk 3 tahun. Apalah yang dia tahu...tapi kalau tak marah, nanti dia buat lagi. Serba salah betul...Dalam serba salah tu, kena jugaklah Chaca se'das' dua. Tapi lepas tu sendiri yang menyesal. Popai memang selalu camtu. Masa tengah marah, memang tak hengat dunia. Lepas anak2 ku dah terkena se'das' dua, barulah terbit rasa menyesal. "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian...puashati aku!' hahahahaha...wei, tapi takdelah sampai tahap mendera. Setakat secubit dua jek, takde bekas pun...

Punyalah panjang aku citer tentang kejadian semalam. Padahal aku nak hapdet pasal orang yang jual barang secara atas talian dengan harga yang tidak munasabah dan munasarawak. 

Korang penah beli barang secara online? Jangan tanya Popai sebab memang hobiku membeli belah via online. Sangat suka...sebab memudahkan. Popai ni sebelum beli barang through online, selalunya Popai akan buat sikit survey sama ada boleh dipercayai atau tak. Kalau lepas buat survey, hati ni rasa ragu2...memang takkan kubeli!

Baru2 ni Popai saja suka2 dok tengok kat mudah.my orang jual beg Coach dengan Ipad Mini. Kekadang tu rasa pelik...sebabnya, beg yang sama + baru, kalau beli kat orang lain (seller yang biasa kubeli), dengan beg yang dijual kat mudah used items, harga takde beza. Aik, korang jual barang yang dah diguna dengan harga baru ke? Tak kesahlah jarang guna ke hapa. Tapi dik non, kalau ko dah guna, maksudnya used item. Baiklah beli yang baru. Hapa kejadahnya nak beli barang terpakai dengan harga barang baru. Before jual tu buatlah survey dulu macam hakak ni...Itu yang jual beg Coach..

Ni nak citer plak yang jual Ipad...so far Popai dok survey harga Ipad mini sebab dalam perancangan nak beli ipad mini plak (Popai giler gadget especially gadget Apple). Kalau dekat Apple Store, rega Ipad Mini ni yang 16G without cellular adalah RM999 tetapi kena tunggu 14 hari untuk delivery. Yang jual kat Mudah harga, ada yang RM1150, oklah kot ready stock, amek untung dalam RM150 (even dalam hati aku melampau hamek untung sampai RM150). Ada yang giler jual RM1400...mak ko...sampai RM400 ko nk huntung! Apakah?! Itu yang jual barang baru. Ada yang nak jual used Ipad Mini 16G without cellular dengan harga RM1400. Ko gile...atau orang yang beli tu yang giler. Kalau Popai rela ku tunggu 14 hari dari dok bayar mahal kat mereka2 yang nak hamek untung atas angin ni...Hangin plak haku!! Kalau terdesak sekali pun...cari yang paling murah. Dan setakat ni aku tengok ada yang jual RM1150 jek...okla amek untung RM50. Buat upah penat dia tunggu 14 hari delivery tu kan...

So daripada penceritaan di atas, Popai nak buat kesimpulan yang orang2 sekarang sangat suka mengambil kesempatan di atas kesulitan orang lain...hah? jap...macam salah jek...herm...korang pandai2la kaitkan perumpamaan tu dengan cerita di atas...penat nak hurai....

Friday, 11 January 2013

Nyamuk yang mengganggu konsentrasi Popai

Arini giler awal Popai kuar rumah gi keje. Alhamdulillah takde sebarang obstacle, so perjalanan ke tempat kerja agak lancar walaupun jem tu mmg takleh nak dielakkan lagi. Lepas hantar Ilhan ke sekolah tadika, then hantar Cha dengan Ayish pegi Taska plak. Lepas tu Popai pecut Kancil Turbo ketetel ke tempat kerja sambil cilok sana cilok sini.

Nak di jadikan citer, tengah syok pecut Kancil Turbo tu, tetiba ada makhluk kecil dok terbang sana sini sekaligus mengganggu konsentrasi Popai memandu. Adoi ai...macam berperang jugaklah Popai dok tepuk sana, tepuk sini especially bila keta benti kat trafik light. Mesti orang keta sebelah dok pelik dan tertanya2 dalam hati, apalah awek cun dalam keta Kancil tu buat? Muka cun tapi tak bape empuk' (sambil geleng2 kepala)...Korang penah tak bergaduh dengan nyamuk dalam keta? Dengar macam lucu kan...tapi kalau korang terkena sendiri, memang menyiraplah. Ke hulu ke hilir dia terbang...pandai plak tu mengelak bila kita dok tepuk2 nak kasi mati...Semak betol!! 

Sampai kat satu trafik light tu...Popai dapat idea, bukak tingkap nak bagi nyamuk tu terbang kuar..hehehehe...memula Popai dok releksss, tenangkan diri. Bila nampak dia dok terbang, slow2 Popai buka tingkap. Konon2 macam nak amek angin luarlah instead of pakai aircond...mesti nyamuk tu tak saspek yang tujuan Popai buka tingkap tu sebab nak halau dia kuar dari ketaku ini...lepas buka tingkap, Popai releks lagi. tengok dia guna ujung mata jek, taknak bagi dia perasan yang Popai memang tengah dok usha dia...Tiba jek dia dekat dengan tingkap...heh...cepat2 Popai tepis nyamuk tu kuar, dan dengan sepantas kilat Popai tutup tingkap! Done...selesai masalah aku!! Fuh, lega...

Lepas tu sambung bawak keta dengan tenang sambil dengar lawak bangang AMKrew HotFM....yeah! taktik Popai untuk halau nyamuk tu dari keta berjaya....

P/S: Kalo Mr. Hubby tau mesti dia kata, "Ceit..dengan nyamuk pun mau gaduh!"

Wednesday, 9 January 2013

Felinna Inchloss

Korang penah dengar tak krim pelangsingan Felinna Inchloss..? Oppss...Popai bukan nak mempromosikan barang yek sebab blog ku ini bukan berbayar. Cuma tertanya2 keberkesanan krim ni. Mesti korang pelik..celah mana yang Popai nak langsing. Tak cukup langsing lagikah? Hermm...hokey...hokey...Popai tau yang Popai ni memang langsing 'berdesing' cutting model gitu...(mata ke atas, tangan di bahu, dan mulut duck face yg tak bape kiut). 

Popai ada terbaca testimoni kat facebook yang dok memuji2 keberkesanan produk ni. Bukan main lagi, baru 3 hari pakai, dah turun 3 kg. Hamboi...berkesan nya la...Agak2 kalau pelakon Syanie tu pakai, bape botol nak bagi berat dia turun dan jadi kurus jelita macam Popai ek? Wah...sedap mulut mengata orang. 

Dalam dok mengata tu, ntah macamana Popai boleh terorder dan terbeli jugak krim Felinna Inchloss ni..hahahaha...dan hasilnya....wei, Popai baru pakai 2 kali beb. Takde plak Popai rasa peyot buncit ku ini mengempis. Tapi baru 2 kali beb...mungkin kena tunggu dan cuba untuk beberapa kali lagi kot. Kalau tak kempis jugak peyotku ini, maknanya produk ni menipu jugaklah...hehehehe...tetap salahkan produk! Padahal diri sendiri yang tak control. Camne nk kempis, kalau makan macam bela hantu raya. Air sejuk tak penah miss. Mau tak buncit peyot ni. Nasib baik tak membusung. Tu yang Popai ingat nak kempiskan skit. At least kalau pakai t-shirt yang kecik2 skit tu, takdelah nampak obvious tang peyot kan. 

Ok, takpe...nanti kalau ada perubahan Popai hapdet kat blog. And Popai akan start jual plak..bolehla jadikan diri sendiri as testimoni kannnn...kelas ko Jah...Jap, nama aku bukan Jah. Sapa Jah tu? Oh...mak Nabil Raja Lawak... (mesti korang blur). 

Monday, 7 January 2013

Oh My BB

Sapa yang pakai BB kat sini...opss...bukan BB cream hokey. Tapi tipon jenama tipon blackberry. Popai ada problem skit dengan BB ni...screen BB memutih untuk kali kedua setelah dibaling oleh anak bertuahku.

Semalam Popai amek gambar makanan kat meja makan. Lepas amek gambar, dengan cuainya Popai letak BB kat atas meja. Datang Ayish, amek tipon tu trus baling...baling hokey...B.A.L.I.N.G! Bila Popai kutip BB ku yang dah gedebuk atas tiles, tengok screen dah putih jek...OMG....nak nanges ada...nak marah Ayish pun ada. Tapi rasa cam kita tak cukup 'akai' plak kalau nak marah budak setahun setengah yang memang tak tahu pape pun....

Dulu penah jugak henpon ku buat hal camtu...Al-kisah dibaling oleh Princess Dora Myvi (Cha tak sebut Barbie sebab similiar tu B.A.B.I, so instead of sebut Barbie, dia tukar jadi Myvi). Masa ni memang parah. Selamba Cha baling dari tingkat 1 ke bawah...bedebuk BB ku terkulai layu, pecah berderai. Bila pasang balik bateri, screen dah tak kuar pape kecuali putih...Berbulan jugaklah Popai kumpul duit nak anta repair. Tukar screen tau bape kos nya? RM250...tambah skit lagi, boleh dapat curve lama tu tau! Oleh kerana BB ku ini present dari Mr. Hubby yang kusayangi dan cintai, maka Popai anta repair jugak. Dekat 2 bulan jugaklah baru siap...

And now, it happens again. And unfortunately Popai kena kuarkan another RM250 just to repair the screen and kena tunggu berbulan jugaklah to get back my normal BB. Saya takleh idup tanpa smart phone...(pulak dah). Camne nak updet status fb? camne nak berbbm? camne nak bertwitter? macamana? macamana?

Ni tengah berkira2, perlukah hantar repair atau kubeli sajork henpon baru (hamboi mcm banyak nau duitnyer). herm....herm...CUAI!!

Gambar sekadar hiasan. Kalau korang ada kontek leh repair BB ku dgn harga boleh runding, please inform me....PLEASE...

Thursday, 3 January 2013

All about Tadika Sri Ara Chap 1

Tajuk di atas merujuk kepada perkembangan pembelajaran Ilhan untuk peringkat sekolah tadika...hehhehe..so tolak, bahagi, campur, darab semua...lebih kurang 2 minggu dah Ilhan bersekolah kat Tadika Sri Ara...So far so good, setakat ni memang takde apa2 ketidakpuasan hati. Maybe masih awal lagi to judge the school...

Cuma ada beberapa insiden yang berlaku, dan Popai sangat2 rasa happy dan teruja (tk dpt word yg sesuai buat masa ni) tentang sekolah tu. Ok, mula2 tentang Popai lupa nak remind teacher Ilhan utk hantar Ilhan ke taska Arini for transit, tapi tak perlu risau coz the teacher very efficient. She know where to sent my son...2nd, when taska Ilhan pindah ke premis yang lain, lagi sekali Popai terlupa nak inform teacher kat Tadika Sri Ara (shortform TSA) tu. Punyalah risau...dengan henpon habis bateri, charger plak tetinggal kat rumah. So at last, Popai decide to fetch Ilhan tghari nanti sebab sangat risau TSA tak dapat contact Popai. Uooollsss know what, bila Popai sampai tengok budak2 dah takde...oh, sangat risau...then dengan muka cuak, Popai jumpa teacher TSA and asking about Ilhan, then the principal, teacher Pushpa came out and informed me yang dia dah hantar Ilhan dengan selamat ke taska Arini di premis baru...OMG, how she know? Popai tanya, then dia cakap...it is their responsibility...and bagitau Popai, don't worry... Oh, SAYA SANGAT SUKA SEKOLAH INI DAN CIKGUNYA!!

Dulu Popai ada bagitaukan yang yuran bulanan RM190 kannn...skang ni dah add on Mandarin, so TSA add on RM10, so total will be RM200...what??only RM10 add on for Mandarin..wow, awsome...Jadi Mr. Hubby takyah dok pikir camne nak cari kelas Mandarin untuk Ilhan lagi...

Ok, skang nak citer tentang perkembangan pembelajaran Ilhan...after 2 weeks, dia dh kenal huruf skang...yes dulu dia TAHU abc until z...tapi skang dia dah KENAL...TAHU dgn KENAL adalah 2 perkara yang sangat berbeza...skang ni bila nampak apa2 perkataan, dia akan sebut abjad yang ada dalam perkataan tu..so he know which one is A..which one is B, C,D until Z...only 2 weeks...again for me it is awsome...

Hopefully Ilhan will doing good in all subject...and Popai dah simpan niat, kalau Ilhan sangat bagus, Popai akan hantar Cha dengan Ayish kat TSA jugak...