Tuesday, 17 May 2011

Detik yang tak berapa cemas on 15 May 2011

Bangun pagi nak solat Subuh, Popai dah start rasa sakit contraction every 10-15 minit. Tapi kadang2 contraction ni main2 jek. So Popai relek dulu...buat taktau. Then around 7.30am, anak2 semua dah bangun. Popai mandikan diaorang dulu, then kemaskan cage anak2 bulus. Bagi makan semua. Barula Popai naik mandi. Masa nak mandi tu, tengok underware ada darah. Baru Popai decide nak pegi hospital.

After mandi, gosok baju and siap2, Popai pun drive pegi hospital. Kebetulan ari Ahad, kereta tak banyak, jalan pun tak jam. Jadi perjalanan ke Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi memang lancar.

Sampai kat hospital parking pun banyak, Alhamdulillah. Lepas parking, amek barang kat bonet and trus naik tingkat 2. Popai informed kat nurse yang jaga kaunter, then dia minta Popai masuk bilik/ wad untuk periksa jantung baby dan contraction. Jantung baby masa tu normal, tapi contraction agak slow tak sekerap masa kat rumah. Then staff nurse masuk nak cek bukaan, rupa2nya dah buka about 5cm. Trus kena masuk labour room.

Dalam pukul 10 lebih, Popai masuk labour room. Oleh kerana Popai sorang2 masa tu coz hubby tak sempat nak balik dari offshore, kakitangan hospital bagi pelepasan kat Popai untuk pegang handphone sepanjang masa. Terima kasih banyak2 sebab bagi kerjasama. Sepanjang dalam labour room tu Popai dok update hubby. Actually kebetulan masa tu kapal yang hubby naik dah masuk port kat Kemaman. Dia dijangka balik hari Isnin. Memandangkan Popai dah nak bersalin hari Ahad tu, trus dia minta pelepasan kat office nak balik on Sunday tu jugak. Alhamdulillah, dia dapat balik walaupun tak sempat nak balik time Popai bersalin. Jadi everything Popai harungi alone.

Masa dalam labour room tu, contraction still slow. Popai target lambat lagila nak bersalinnya. Then doktor O&G datang, cek bukaan. Terkejut Popai bila dia kata dah buka 8cm. Kelam kabut nurse prepare peralatan sebab doktor nak pecahkan air ketuban. (Doktor Fazlina yang selalu cek Popai bercuti, so hari tu doktor lain yang handle - Doktor Noraini Nor). Lepas dia pecahkan air ketuban, Popai still releks lagi. Belum ada tanda2 nak bersalin. Masih boleh update hubby via bbm. Tapi tetiba jek terasa gesa baby nak keluar. Masuk kali ketiga, Popai bagitau nurse. Sekali lagi nurse kelam kabut panggil doktor sebab diaorang cek, kepala baby dah nak keluar.

Doktor datang, cepat2 tahan kepala baby yang dah nampak sebab bukaan masih 8cm. Baby tak menyempat nak keluar jumpa mami dia. Doktor terpaksa gunting sikit supaya baby senang keluar. At last dengan sekali push, Alhamdulillah keluarlah puteri ke-2 Popai yang sihat walafiat dan cukup sifat semuanya. Allah itu maha pengasih. Dia permudahkan segalanya.

Pengalaman Popai melahirkan anak no 3 tanpa suami di sisi. Nama belum decide sebab hubby tak setuju dengan nama yang Popai pilih. Sekarang ni masih mencari2 lagi.

 Me and my little princess

4 comments:

  1. alhamdulillah...dah slmt dah...pun smpt lagi update blog... :)

    hubby keje dkt F9-KU pny platform ke?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    sempat update blog...cergas!
    kim salam kat baby kecik yer...
    tahniah kat family popai

    ReplyDelete
  3. ketawariang > alhamdulillah semuanya selamat...hubby dok atas kapal..bukan kat platform...tu yg susah nak contact.

    ery D cat > tq...

    ReplyDelete
  4. tahniah buat family popai..!! semoga baby akk cpat2 membesar dgn sihat dan jdi anak yg baik..aminnn

    ReplyDelete