Macam-macam dugaan yang perlu Popai lalui masa berpantang...padahal baru 2 minggu. Popai rasa macam dah tak pantang dah. Penat...
Chaca kena chicken pox + telinga kuar cecair + latest, sakit mata. Penat sungguh walaupun hubby ada. Sebabnya, biasalah budak bila sakit, mestila sikit2 merengek. Lelaki ni tahap kesabaran diaorang agak kurang berbanding dengan wanita. So bila Chaca asyik merengek jek, hubby jadi serabut. Bila dia serabut, startla dia membebel mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati. Popai pun jadi bertambah serabut.
Semalam, anak sulung plak admitted. Demam panas and hampir2 nak kena seizure semula. Actually my son ni memang setiap kali demam, temperature mesti melampau2 naik. Start dari umur dia 8 bulan...and setiap kali demam panas, mesti dia kena sawan. Tapi dah lama jugala dia tak kena demam panas ni...last dia kena masa Popai tengah pantang anak no 2. Doktor informed dia demam sebab virus tonsil. Tonsil dia bengkak, suara pun dh lain macam.
So hubby terpaksa jaga anak sulung kat hospital, Popai plak duduk rumah jaga Chaca dengan third baby, Amani. Letih sangat2...dengan kita tengah berpantang. Nak uruskan anak2...nak uruskan rumah. Dugaan untuk Popai.
Kadang bila kita dah terlampau penat, jiwa ni jadi terlebih sensitif. Tak boleh salah skit, mesti rasa nak marah dan kecewa yang melampau. Alhamdulillah Iman di dada ni masih utuh, takdela frust sampai nak meroyan.
Hopefully semuanya kembali normal dengan segera. Popai dah tak larat dah...Kesian kat anak2 yang masih kecik, kesian kat hubby yang tak abis lagi penat dan kesian kat diri sendiri.
No comments:
Post a Comment