Menurut apa yang Popai belajar time sekolah dulu (dulu2 kami kat Johor kena attend sekolah agama after abis sekolah rendah sebelah pagi), hukum Faraid ni jatuh wajib sekiranya Si Peninggal harta tidak membuat sebarang wasiat.
Apa yang Popai faham, sekiranya si Peninggal harta tidak membuat sebarang wasiat, penama kepada harta peninggalan tu wajib membahagikan harta mengikut hukum faraid. Ini bagi mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati di masa akan datang seperti yang terjadi dalam family Popai.
Arwah abah ada tinggalkan harta pusaka dan penama kepada harta2 tersebut adalah mak. Masa abah baru meninggal, Popai ada bagitau kat mak, nanti harta yang abah tinggalkan tu, kena bahagi ikut hukum faraid. Tapi bahagian kami dua beradik (Popai dengan abang), mak boleh pegangkan. Bila kami memerlukan, baru kami minta. Nak tau apa mak jawab? "Duit tu abah ko tinggalkan untuk mak, sebab tu dia tak letak nama korang. Jadi jangan nak pandai2..!!". Terkedu kejap Popai.
Cuma sekarang ni, Popai nak tau, kat mana yang Popai boleh rujuk untuk buat pertanyaan berkenaan dengan harta pusaka. Sekiranya harta tersebut hampir abis dibelanjakan, bagaimana Popai nak dapatkan semula hak Popai.? Bukan apa, Popai geram dan bengang bila dapat tau, harta yang abah tinggalkan (wang pencen) yang boleh beli sebuah rumah teres single storey area KL ni telah hampir abis digunakan. Ke mana duit tu? Yang ada pada simpanan Popai hanyala RM10K...dan ianya juga telah susut sebab bila mak tak cukup duit, dia akan arahkan Popai untuk keluarkan duit tersebut yang Popai simpan dalam asb. Dahla setiap bulan, mak dapat pencen bulanan abah (pencen yang mak dapat melebihi gaji Popai sebulan). Sewa rumah abah kat JB pun mak Popai kaut. So mana pegi duit banyak2 tu?
No comments:
Post a Comment