Nasi putih, bayam rebus, ikan siakap steam
Pantang anak no 3 ni ala kadar jek. Coz banyak jugak keja rumah yang Popai kena buat sama. Contohnya lipat baju. Jaga anak2 pun sama juga. Macam biasa Popai kena jaga tengah malam/ pagi buta kalau Chaca bangun nak menyusu. Letih!
Popai belum start mengurut sebab akak yang mengurut tu agak busy minggu ni. Maybe esok atau Isnin baru start mengurut. Stokin tetap Popai pakai, tapi baju Popai just sarung t-shirt biasa. Bukan lengan panjang. Even tido malam pun pasang aircond kejap sebab Chaca dah biasa. Kalau tak pasang aircond, alamat mengamokla princess yang sulung tu. Camne Popai nak pantang betol2.
Popai cuma merasa berpantang betul2 masa 1st baby jek. Masa tu berpantang kat rumah mak. Anak no 2 dengan no 3 Popai decide pantang kat rumah sendiri. Bukan apa, lebih selesa. Lagipun boleh hantar Atim dengan Chaca pegi nursery.
No comments:
Post a Comment