Monday, 17 December 2012

Ilhan First Day to School



Hari ni hari pertama Ilhan pegi sekolah tadika...Dulu dia memang penah pegi Sekolah kat Tadika Dunia Elit...tapi cuma playschool jek..Kali ni no more playschool. Serious school plak...hahahaha...

Hari ni jugak Popai ada presentation untuk research proposal. Kelam kabut dibuatnya...Dapat buat breakfast roti sapu nutella jek untuk Ilhan...:(

Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Ilhan sangat excited untuk pegi sekolah English katanya..Every minutes he will ask his new school and what is teacher's name. And the best part is, dia janji taknak nanges. Arini Ilhan kotakan janji dia, dia langsung tak nanges...sampai sekolah, trus salam and kiss Popai, then masuk pagar sekolah...tiba2 rasa sayu...oh anakku dah besar...(emo la pulak)padahal baru nak masuk 5 years old (bak kata Ilhan).

Lepas hantar Ilhan, Popai bergegas untuk pegi presentation kat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Memang kecut perutla..Popai sampai tepat 9.30am, tapi Dr Noorman takde kat ofis...so lepak kat Library jap sambil tunggu classmate yang nak present sama sampai. Around 10am, Popai and member pegi bilik dia sekali lagi, and ada notes informed proposal defense will be held at Lab 3, so trus bergegas kat sana. Masuk lab tengok ada geng yang dah present...so Popai orang ke 4 yang present. Taknak tunggu lama dah, sebab tangan kaki dok sejuk..

After present, sangat lega sebab even tak dapat very good macam some of other classmate, tapi good evaluation is enough and means a lot. Sebab Dr. Noorman ni memang tersangat straight dan ayat2 laser dia sangat boombastic. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Abis present, trus rushing balik rumah sebab ingat nak pegi amek Ilhan, tadi pagi lupa nak pesan kat teacher dia. Sekali tengok jam dah pukul 12, call tadika and his teacher informed Ilhan dah dihantar ke Taska Arini...lagi sekali Alhamdulillah. Teacher sekolah tu memang very efficient sebab Popai cuma bagitau the principle sekali jek tempat transit Ilhan and she remember and take note about it.

Oleh kerana Ilhan pun dah selamat dihantar ke taska arini, Popai pun terus pegi makan nasi kukus ayam berempah...nyum...nyum...dah makan, trus drive pegi keje...letihhhhh...

Monday, 10 December 2012

Belanja besar

Lama dah Popai tak spend duit banyak2 sekaligus. Ari sabtu lepas, bawa Ilhan dengan Cha gi IOI Mall, sebab nak beli buku sekolah Ilhan. Tapi kalau dah sampai shopping complex, tak pegi shopping bukan perempuanla namanya...kannnn...

Kitaorang sampai sana awal giler. Kedai tak bukak pun lagi. Nak elakkan kesesakan kononnya. Melepak kejap kat lam shopping complex sementara tunggu kedai buku Popular buka. Lepas dah shopping segala macam buku kat Popular, Popai bawa anak2 makan KFC. Then sambung shopping baju anak2 kat Brand Outlet. Almost abis RM200...belum kira lagi shopping kasut Cha..sepasang RM79.90...mak ai...mahal nak mampos...

Balik dari IOI singgah giant plak, beli barang dapur. Amek tu, amek ni...bila bayar...hamek ko..RM170++...mengarut betol la. Duit sekarang ni kecik jek nilainya....Padahal kalau tengok plastik, macam tak caya je spend duit BANYAK tu untuk sehari...Kesian Mr. Hubby, penat cari duit...Mrs. Wife yang habiskan...

Harini nak g amek baju kat dobi dah RM70...duit lagi tu...tadi beli susu Ilhan dengan Cha, ranap RM180...fuh...macam air terjun..bukan main laju lagi abis..next week Mr. Hubby masuk port, confirm dia tanya mana pegi duit dia...senak perut Popai nak jawab. 


Durian Crepe Season

Penah dengar durian crepe tak? Actually makanan ni dah lama wujud, tapi taktau kenapa sejak akhir2 ni jadi semakin popular. Yang buat bisnes, memang masyuk ar time ni. Ada yang jual 6 keping RM10, ada yg jual RM10 - 5 pcs dan ada yang amek untung lebih, jual 4 pcs RM10. Erm...sedap ke? Kalau nak tau sedap ke tak, cubalah sendiri. Apatah lagi untuk orang yang memang giler durian. Tapi kena beli kat orang yang kita dah biasa beli...sebab ada tu tak pandai sangat pun, asal boleh jek...

Durian crepe ni sedap bila sejuk..and isi dalam tu kena padat. Kalau tak padat, macam tak syok...Popai ni suka mencuba...buat sendiri jek. Tapi teringin jugak nak order...nak rasa mana lebih sedap...hehehehe...Nak resepi? Jap, Popai cari..nanti cubalah yek...



Sunday, 9 December 2012

addicted to thepoplook


Korang penah dengar thepoplook.com tak? Sebuah laman sesawang yang menjual baju untuk wanita...yek..a shopping through online. Popai memang suka sangat shopping online sebab kekangan masa yang melanda diriku. Al-maklum Popai ni tersangatlah busy...

Before ni Popai cuma tau tentang thepoplook and tak penah pun berminat. Tapi ntah kenapa, sejak akhir2 ni, selalu plak browse laman sesawang tu...and terminat plak dengan maxi dress penny thepoplook sebab sesuai dipakai oleh wanita yang berhijab. 

Kalau dah terminat...kenalah ter'beli' kannnn...yeah...at last Popai ter'beli' 2 helai penny dress dari thepoplook. Dah sampai dan tersangatlah puashati..cunnnnn,,,cuma labuh skit. Kalau pakai kasut high heel ok la kot. Masalah problem nya...hehehehe..Popai ni tak suka dan tak pandai ber'high' heel. Kasut Popai kebanyakkannya flat shoes. Yang ada high heel tu pun, beli masa nak pegi dinner..tu pun sekali jek pakai. Tapi nak ber'penny' dress punya pasal, high heel pun high heel laaaaa...

Lepas dah dapat 2 pasang dress, ari2 Popai buka laman sesawang thepoplook.com sebab taknak ketinggalan new dress. Herm...ni namanya addicted. Kalau Mr. Hubby ku tau, kena bebel la nampaknya...


 Credit to thepoplook.com

p/s: kalau ada sesapa nak let go penny maxi dress mini polkadot red, pm Popai...Popai tak sempat grab, dah sold out..huhuhuhuhu


Ini Popai punya!


Monday, 3 December 2012

Tadika Sri Ara



At last...Popai pilih Tadika Sri Ara untuk Ilhan...Sebenarnya, this is the only kindergarten yang available untuk Popai pergi and survey. Yang lelain tu susah sangat nak buat appointment. Al-maklumla, Popai ni kan very busy women (tangan di bahu, mata ke atas).

And after dengar penjelasan dari principal sekolah tu sendiri, yang nama dia Teacher Pushpa...Popai amat-amatlah confident dan terus register Ilhan kat situ. Sekolah ni amek kids start dari 3 tahun until 6 years. And the most interesting is nanti masa kids 6 tahun, akan ada subject tambahan iaitu subject persediaan untuk masuk darjah 1. Actually dah dengar good review pasal sekolah ni dari owner taska anak-anak Popai and also from blog-blog lain. Furthermore, good review about teacher Pushpa... Tapi baru-baru ni Popai terbaca entry kat blog and forum yang mengatakan yang teacher Pushpa ni dah handle one of Popular brand kindergarten kat area Puncak Jalil..Tetiba Popai terfikir nak hantar Ilhan ke tadika tu. Bila Popai call, someone answer and told me to call back after 2-3 days. Ok, fine...hampa lagi.

Then buat another appointment with Tadika Sri Ara, and at last manage to see this very good teacher who passionate with kids learning. Her explanation makes me feel very comfortable and confident with her school. Popai tanya about another kindergarten sebab setahu Popai dia handle situ, tapi lega bila dia bagitau yang dia dah tak handle that kindergarten anymore.She want to concentrate on her own tadika and do the best. So takyah Popai dok hunting kat mana nak cari this great women.

So registration fee kat sini memang agak MAHAL jika nak dibandingkan dengan registration kat sekolah lain. Tapi jangan risau sebab diberi option untuk bayar 4 kali...fuh, lega...Registration fee RM1900 termasuk duit buku, duit baju, taekwando, activity and macam-macam lagilah. Tapi monthly fee rendah skit, cuma RM190 sahaja. Sekolah ni tak sediakan makanan, so parents kena sediakan breakfast untuk anak-anak. Actually kalau dikira bebetul, yuran pendaftaran tadika ni takdelah mahal mana...cuma maybe sesetengah parents yang pikir, tadika yg takde name brand ni, sepatutnya harga lebih murah dari yang well-known. But for me, semua sama jek..even sometimes the tadika is well-known, but well-known because of the brand itself...the quality maybe tak sama.

Sekolah akan start on 17th December ni, so skang ni Popai sangat sibuk mem'prepare' barang sekolah Ilhan...walaupun takde benda sangat. Just nak beli kasut sekolah and tupperware untuk bawa bekal. Dah boleh tarik nafas lega coz dah selesai satu perkara...

P/S: If you alls nak tahu lebih lanjut about the tadika, why not you all meng'kaknam' kan diri jumpa teacher pushpa tu sendiri, and you will say...I like the teacher and the school already...

This is what you get after registration. Beg sekolah, 2 pasang uniform, 1 pasang baju sukan, 1 pasang baju taekwando.

Thursday, 22 November 2012

Pre-school Hunting

Wah, tajuk...macam nak memburu apa...hahahaha...Actually Popai still tengah dan sedang tercari2 sekolah tadika untuk anak bujangku yang seorang itew (geli plak eja itu ada 'w'). Setakat ni sebuah sekolah pun belum sempat Popai adakan lawatan sambil meng'kak nam' kan diri...hehehehe..

Yang dah ada dalam list, Brainy Bunch Montessori, Genius Aulad, Tadika Sri Ara, Tadika Hati Ria (Chinese Kindergarten)...FYI, Tadika Hati Ria ni ambil budak dari umur 3 tahun tau. Sound interesting...rasa cam nak anta Chaca sekali masuk sekolah tu, tapi risau budget pulak. Sebab kalau anta situ, tengahari kena hantar taska pulak...lagipun sekolah tu Chinese School, risau plak Cha tu main mencekik jek makanan kat situ...

Hari ni ada appointment dengan Tadika Sri Ara...tapi dah 2 kali ni tunda time..memula janji pukul 12.30 tengahari, then dia call semula minta tangguh ke pukul 2 petang. Suddenly hujan...tapi aku redah jek...sekali dia call bagitau cannot make it because hujan...and she told me, nanti dia sampai, dia call me back...apakah?

Sangat pening bila pikir pasal sekolah Ilhan ni...mengalahkan nak masuk universiti...mana taknya...Popai prefer sekolah yang bercirikan Islam, supaya Ilhan dapat belajar asas ilmu agama...Mr. Hubby plak nak Chinese school sebab dia nak Ilhan belajar Mandarin...So camne?

Thursday, 8 November 2012

Delete Posting

Oleh kerana ada orang skodeng blog Popai even Popai tak penah promote blog ni pada kenalan even kenalan rapat, dan orang yang skodeng tu sentap dengan ayat2 bombastic Popai kat dalam posting 'Sentap...Nasi Lemak", so Popai rasa demi tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang dah sedia ada keruh macam air kat loji taik..Popai dengan rela hati dan rasa rendah diri, akan delete posting tersebut...And Popai nak minta maaf sebab kononnya kerana posting tersebut..empunya badan bertambah2 tersentap dengan Popai. (sama ada taknak mengakui kekhilafan sendiri ataupun saja nak meletakkan kekhilafan tersebut ke atas orang lain pulak)..

Kalau terbaca status FB Popai yang latest...memang Popai tujukan kepada tuan punya badan yang sentap dengan apa yang Popai coretkan...Boleh refer posting pertama Popai, blog ni untuk luahan perasaan, and blog ni kepunyaan Popai..Lagipun Popai takde mention nama sesapa pun kat sini kecuali namaku sendiri. Yang paling kelakar, blog ni takde sapa pun kenalan Popai yang tau sebab Popai tak penah bagitau akan kewujudan blog ni...tiba2 tuan punya badan terskodeng and terbaca posting tersebut, trus double sentap and dok canang kat orang pasal blog Popai...adoi ai, daripada orang taktau trus semua orang jadi tau..memang 'cerdik pandai'...pegi citer plak pada orang yang sah2 mulut tempayan, yang memang suka tengok orang berpecah belah...huhuhuhu...manusia ni macam2...solat cukup 5 waktu pun, belum tentu hati tu sesuci embun, sejernih air...bak kata en.hubby aku, "jangan dok lorat dengan solat orang...yang tu biar dia dgn Allah. Yang penting kita jaga solat kita...kusyuk ke tidak, rukun solat tu cukup tak..."

Oklah...Popai taknak membebel panjang..sebab lagi panjang Popai bebel...lagi banyak pulak kata2 yang tak sedap dibaca akan tercoret...bila hati tengah panas, macam2 boleh terkeluar dari hati nurani...Muhasabah diri, bila buat salah..kita akui kesalahan kita..cepat2 minta maaf supaya keadaan tak bertambah keruh...Dengan rasminya..dan secara terbuka, sekiranya tuan punya badan dok skodeng lagi blog Popai yang kerdil ni, Popai MINTAK MAAF banyak2. Popai ni manusia biasa yang tak lari dari buat salah, tapi sekurang2nya Popai akuinya...bukan macam separuh orang tu, dah tau diri tu salah, tapi still sampai sudah taknak akui...walaupun orang sekeliling dah nasihatkan macam2, tapi still degil...kononnya pendirian dah memang macam tu, salah macamana pun, tetap orang lain yang kena datang minta maaf...tktaulah nak cakap apa..Isk...kan dah ckp, mesti Popai dok merepek lagi. Padahal dah minta maaf...Ok..Ok...Popai betul2 mintak maaf...seikhlas hati...terpulang pada empunya diri sama ada nak memaafkan atau tidak...Dan untuk pengetahuan umum, pasal isu sentap...Popai dah lama maafkan even empunya diri taknak minta maaf...takpelah...jadikan pengajaran. Dunia akhir zaman ni, kalau kita buat baik belum tentu dapat balasan yang elok...itu hakikat yang perlu Popai terima...

Ni last posting pasal isu sentap menyentap ni..lepas ni cakapla apa pun...Popai taknak amek port dah...Before Popai tekan butang 'PUBLISH' tu...Sekali lagi Popai minta maaf pada empunya diri sebab tangan ni celupar sangat pegi menaip ayat2 yang menyakitkan hati beliau...(dah kenal bertahun2...takkan taktau yang Popai ni memang suka ckp lepas...)...nak ulang lagi sekali ayat yang Popai suka sangat, 'Bila baik, jangan baik sangat. Bila marah, jangan marah sangat. Bila benci, jangan benci sangat...Bila salah, cepat2 minta maaf supaya keadaan tak bertambah keruh' Renung2kan dan selamat beramal...

Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Wahai cik adik jangan merajuk
Maafkan kami si Bujang Lapuk
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Kamilah rela hai kena ketuk
Nandung-nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami 2x
Maafkan kami Kalau Cik Adik tak mahu maafkan
Kami nak tinggal Tanjung Rambutan
Wahai Cik Adik tidakkah kasihan
Kami nak mati berderai badan
Nandung-nandung dayang senandung 
Wahai saudari maafkan kami  
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Wahai cik adik jangan marah sangat
Sedangkan Nabi ampunkan umat
Kalau Cik Adik mukanya kelat
Kelubang jendela kami nak lompat
Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami ......
(credit to: Allahyarham Tan Sri P.Ramlee)

Saturday, 3 November 2012

Chocolate layer Cheese Cake Popai Style

Taktau kenapa, tekak ni tiba2 terasa nak melantak kek...so sesi cari resepi pun bermula, dan macam biasa, kita tanya 'Pakcik Google'. Dalam banyak2 resepi and gambar yang Popai view, resepi ni yang menarik, tertarik, ko memang da boom...So Popai decide nak buat berdasar dan berpandukan resepi dari blog myluvlykitchen

Ni Popai ada salin resepi and method, kalau rajin esok nak mengadun kejap...

Bahan A (untuk lapisan chocolate cake):
  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko   
Bahan B (untuk lapisan cheese cake) :
  • 250gm cream cheese
  • 100gm coklat masakan putih
  • 2 biji telur gred A
  • 30gm tepung gandum/superfine
Bahan C (chocolate ganache):
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter
  • Almond nibs (optional)
Cara-cara untuk A:
  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati.
Cara-cara untuk B:
  1. Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
  2. Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
  3. Lapisan kedua - masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit.
Cara-cara untuk C:
  1. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  2. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais. 

Menarikkan...Erm...air liur dh berkumpul dalam mulut ni sebab kecur...kedapnya...OK, nanti nak g Hot Oven atau Bagus, beli bahan.


Wednesday, 31 October 2012

Pre School untuk Abang

Pening kepala nak cari sekolah tadika untuk anak Popai yang sulung. Actually sekarang ni dia 4 tahun and dah sekolah dah pun kat Tadika Dunia Elit. Mula-mula masuk sekolah, dia punya seronok. Hari cuti pun nak pegi sekolah. Tapi sejak ada sorang teacher ni berhenti, Abang dah tak minat nak pegi sekolah tu. Asyik kena paksa jek. Kesian pula tengok. Mujur tinggal lagi 2 bulan dia kat situ.

So sekarang ni Popai tengah giat mencari sekolah tadika lain sebab dia pun dah nak masuk 5 tahun. Dah kena belajar dengan serius. Giat tak giat jugaklah...takdela beria sangat Popai mencari sebab tak dan..biasa busy sesangat.

Dulu Popai dengan Mr Hubby sepakat nak hantar Abang ke sekolah tadika cina. Sebabnya kitaorang nak dia kuasai bahasa Mandarin. Tapi entah kenapa, bila Popai pikir sedalam2nya, Popai berubah fikiran. Lately ni Popai asyik terpikir nak hantar Abang ke sekolah tadika yang bercirikan Islam. Sebabnya Popai ni tersangatlah tak menang tangan. Memang tak dan nak ajar Abang mengaji, doa semua tu...Rasanya kalau dia pegi sekolah tadika yang Islamic, mesti ada belajar alif, ba, ta...belajar doa, belajar hafal surah pendek. Yang paling penting di ajar benda2 yang berlandaskan Islam. Ada dua sekolah tadika yang bercirikan Islamic yang menarik perhatian Popai, GENIUS AULAD (GA) dengan BRAINY BUNCH ISLAMIC MONTESSORI (BBIM).

Popai dah survey melalui website kedua2 sekolah tadika ni, tapi so far sangat berpuas hati dengan BBIM sebab maklumat yang diberikan agak lengkap bersama yuran pendaftaran dan bulanan. At least kita dapat roughly budget jika nak hantar anak ke sana. Berbanding dengan GA, takde maklumat berkenaan dengan yuran pendaftaran dan bulanan. Kemungkinan setiap branch mempunyai caj yang berbeza.

Review yang Popai baca pun so far BBIM tu amat memberangsangkan. And buat masa ni memang dah jatuh cintalah Cuma Popai masih tak dapat buat keputusan sama ada nak anta full day atau half day. Kalau half day, nak kena pikir soal transport lagi. 3rd Nov ni, BBIM branch Kinrara ada buat open day. Malangnya Popai takpat pegi sebab ada kelas la pulak. Popai ingat nak call and pegi survey tapi hari lainlah.

Yuran pendaftaran kat BBIM dalam RM1060, yuran bulanan kalau half day RM290, kalau full day RM580. Tu belum masuk uniform lagi...Uniform agak mahal, sepasang RM50...takkan nak beli sepasang jek, kalau kotor camne. At least Popai kena beli 3 pasang untuk rotate. Fuh, besar belanja. Nak masuk tadika sekarang macam nak masuk Universiti...padahal dulu Popai sekolah tadika kemas jek. Pandai jugak...hehehehe...

Kalau ada sesapa yang ada idea pre-school lain area Puncak Jalil, Equine atau Bandar Kinrara, jomla kita kongsi...

Monday, 22 October 2012

Hepi bufday to Me


Arini 22 Oktober 2012..genapla usia Popai xx tahun..hehehehe...Hepi besday to me...so apa yang specialnya arini. Takde pape pun..kena g keje macam biasa. Actually Popai pun terlupa yang arini besday...ingatkan esok baru 22hb...tapi last nite kol 12, Mr. Hubby call and wish happy birthday. Pastu my son plak wish happy birthday mami and kisses and hugs (sbb dapat banyak kali)...baru tersedar yang Isnin dah 22hb...Kalaula abah ada...isk...sedey plak...sebab abah tak penah lupa wish happy birthday kat Popai..Al-fatihah untuk abah...

Oleh kerana takde apa yang special, so takde apa yang nak diceritakanlah...huhuhuhuhu...birthday kali ni, no present from Mr Hubby...Actually lama dah takpat birthday present dari Mr. Hubby...Popai tak kesah pun sebenarnya sebab Mr Hubby selalu belikan apa yang Popai nak even bukan time birthday atau anniversary. I love him so much...




Sunday, 21 October 2012

Beef Lasagna Popai Style

Dua orang budak yang tak sabar nak melantak lasagna...hehehehe...


Hari ni Sabtu...tak kerja. Sungguh malas nak keluar beli makanan...malas nak start enjin kereta. Malas nak mengangkut anak2 masuk kereta...So belek punya belek dalam peti ais, semua bahan cukup. Bahan untuk apa? Untuk buat lasagna.

Pagi tadi breakfast nasi goreng kampung kurang pedas. Then tengahari, makan lagi nasi goreng..lepas tu barulah Popai sediakan bahan2 buat lasagna. Popai suka buat makanan yang simple tapi sedap. Tadi percubaan yang pertama, dan menjadi...Ilhan cakap, " Wah, hebatlah mami ni. Macam masterchef...".

So bahan2nya adalah seperti berikut:

Beef Lasagna Popai Style
Pasta Lasagna (ikut kebesaran caserole korang yek)
1 pack daging kisar
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3-4 ulas bawang putih (dipotong halus atau diketuk)
1 tin prego
1-2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji lada benggala (dipotong dadu)
1 tin mushroom soup
Mozarella Cheese
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Memula tumis bawang putih dan bawang merah sampai layu
2. Masukkan daging kisar dan tumis sampai tukar warna
3. Masukkan lada benggala dan tomato yang dipotong dadu
4. Masukkan prego, kacau sehingga mendidih
5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa

Kemudian kita kasi bakor:

1. Masukkan pasta lasagna dulu dalam bekas caserol
2. Pastukan letak campuran daging kisar, diikuti dengan mushroom soup. Pastu tabur Mozarella Cheese.
3. Kemudian lapik lagi dengan pasta
4. Tuang campuran daging kisar, mushroom soup dan cheese.
5. Ikutla korang nak buat bape layer.
6. Last sekali, lapik dengan pasta, letak campuran daging kisar dengan mushroom soup. Tabur cheese banyak2.
7. Pastu bolehlah bakor dalam masa 20 minit ke...

Dah siap, boleh mencekik puas2...

Senangkan? Resepi Popai memang senang and simple...Cubalah.

 Sebelum...

 Selepas...yummeey..

Thursday, 18 October 2012

First Date...


Korang ingat tak 1st date korang? Popai punya 1st date dengan Mr. Hubby agak kelakar jugaklah. Dengan cara Mr. Hubby ajak keluar dating macam nak bergaduh...

Perkenalan Popai dengan Mr. Hubby start masa kitaorang praktikal kat Akademi Laut Malaysia, Melaka. Mr. Hubby ni agak pemalu orangnya, tapi kalau dengan kawan2 dia...gangster...gangster budak2, biasalah...suka membuli. One day dia nak ajak Popai keluar, dia cakap camni..."eh, weekend ni free tak? Jom kita kuar g bandar...". Popai jawab semula, "tengoklah nanti." konon2 nak jual mahal dulu..sekali Mr. Hubby balas, "taknak sudahlah, boleh jalan...". Aik...kasar sungguh bahasa...terkedu jugaklah...ada juga orang camni, nak ajak kita kuar dating...tapi bahasa kasarnya...Dek kerana terkedu dengan bahasa boombastic tu, trus Popai setuju...

1st dating tu ada ke patut Mr. Hubby ajak kuar naik bas..letihhhh mak nak naik bas...(Mr. Hubby kan student lagi, so takde kereta). Dengan inisiatif sendiri, Popai pinjam kereta abah untuk kuar dating. (Ada ke patut dating, perempuan yang kena jemput lelaki). Popai pegi amek Mr. Hubby kat hostel dia...masa tu kata Mr. Hubby bangga gila sebab ada perempuan jemput dia...

Kitaorang keluar jejalan kat bandar Melaka. Tengahari makan kat Mc Donald..Popai suka makan Big Mac. So Popai dengan selambanya order Big Mac...bila tiba time nak makan...adoi ai...baru teringat, ni 1st dating ni...tapi oleh kerana lapar menguasai segalanya, Popai baham jugakla Big Mac tu dengan membuka mulut yang besar sebab nak ngap burger tu...hahahahahaha...Masa tu muka Mr. Hubby cam kelat jek tengok Popai selamba nganga besar nak ngap burger...

Sampai skang, benda tu jadi bahan Mr. Hubby. Dia cakap selalu pompuan ni kalau memula kenal, memang control ayu. Ketawa tutup mulut, minum air pun malu2...bila makan buka mulut kecik jek...Tapi Popai, 1st time dating dah nganga besar macam nak telan dia sekali....

Dah lama dh 1st time dating kitaorang berlalu...dah 12 tahun dah pun....sekarang ni bukan kata nganga mulut besar2 bila makan...kadang tu terkentut pun selamba jek....wakakakakakakaka...Daddy, Mami still love u and will love you until the end...

Wednesday, 17 October 2012

Dialog Abang dgn Mami 2

Popai: Abang buat apa tu?
Ilhan: Tulis-tulis
Popai: Pandainya....abang buat no 1.
Ilhan: Abang pandai, Mami pandai tak?
Popai: Mestilah mami pandai..
Ilhan: Ok, kalau mami pandai cuba tulis no 2...
Popai tulis no 2...
Ilhan: Hermm...pandai...Ok, cuba tulis no 3...
Popai tulis no 3..
Ilhan: Ermm...mami pandai..cuba tulis no 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10

Terkena jugak Popai...rupanya dia nak suh Popai tulis sampai no 10...


Sunday, 14 October 2012

Trip to Cameron....again....

30hb Sept aritu kami sekeluarga ke Cameron lagi. Aritu pegi semalam...kali ni kami lepak 2 malam. Puas sikit dapat berjalan-jalan. Nape suka pergi Cameron...sebab tempat tu sejuk (even takdelah sejuk mana)..anak Popai yang bongsu tu kuat berpeluh. Kalau naik Cameron, kurang sikit dia berpeluh.

Kali ni kitaorang memang jalan puas2..Segala Strawberry Farm kitaorang singgah. Ladang Teh pun pegi 3 tempat. First day sampai pegi Bharat Valley, lepak minum Teh Bharat...


Lepas tu, balik hotel, lepak2 tunggu makan malam. 1st night kitaorang makan steambot kat sebelah Hotel De La Fern...taktau nama kedai tu, tapi halal....Sedap pun sedap. Sejuk2 makan masakan panas, memang terbaeekkkk ar...dahla hujan renyai2...


Then balik tido, esoknya tu baru kitaorang pulun merayau. Tapi bangun pagi pegi breakfast dulu...


Pastu makan, bawa anak2 main taman permainan...yang beshnya hotel ni (kitaorang duduk tempat yang sama Century Pines Resort), depan hotel ada taman permainan...pastu pekan tanah rata dekat jek..walking distance...Bilik besar, katil pun besar, super king...


Lepas puas anak2 main taman, kitaorang balik bilik..mandi and siap2 untuk explore strawberry farm dan kebun teh yang ada kat Cameron ni...


Pas pegi Kea Farm (Kea Farm ni memang tempat orang ramai beli belah...selain dari pasar malam kat Brinchang. Pasar Malam Brinchang tu bukak weekend jek start Jumaat.) Kalau duduk Equatorial Hotel, memang dekatlah dengan Kea Farm, walking distance jek. Kat sini macam2 ada. Sayur RM10 - 8 bungkus, RM10 - 4 bungkus pun ada...murah gila. Strawberry pun sangat murah. Lelong2 jek. Buah2an pelik2 pun ada..Epal Cameron, Buah Cinta, Jambu perisa Epal, Jambu perisa Strawberry, Jagung permata...Ada jual bunga, madu lebah...teh longgok...Tapi susah parking. Main parking tepi jalan jek. Kalau tetiba datang angin Polis nak buat operasi, memang kena samanlah sapa yang parking tepi jalan tu.

Yang Popai tak sangka sekali, kat sini pun ada Air terjun...no..no..no...bukan Lata Iskandar hokey...tapi ni memang kat Cameron Highlands...


Tak caya ada air terjun...jap Popai upload gambar...siap ada jambatan gantung lagi...kalaulah Popai datang berdua jek dengan Mr. Hubby, memang dah lama ku berendam kat sini...best...nyaman jek...

Tadi Popai ada bagitau pegi 2 ladang teh boh kan...1st kitaorang pegi Ladang Teh Boh kat Sungai Palas...yang ni memang tak penah pegi...kira 1st time. FYI, Ladang Teh Boh ditutup setiap hari Isnin ye..harap maklum..


2nd kitaorang pergi Ladang Teh Boh Ringlet. Yang ni peberet Mr. Hubby...tempat dia memang agak tinggi. Tapi sejuk dan nyaman...Syok sangat naik kat sini...Orang pun tak ramai sangat sebab pelancong selalu pegi yang kat Sg Palas...


Percutian kali ni agak seronok, sebab anak2 pun dah besar...so takdelah susah sangat bawa diaorg jalan2...Lagi satu, diaorang time naik Cameron and turun Cameron, kejenya membuta jek dalam kereta...so takdelah mabuk ke pening ke muntah ke...semuanya berjalan dengan lancar...Next percutian maybe tahun depan...tapi ada short trip yang paling tak best baru2 ni...Nanti Popai story mory...key...


Wednesday, 3 October 2012

Resign or not resign

Popai baru balik dari cuti-cuti Malaysia dengan hubby dan anak-anak. Kali ni kitaorang pegi Cameron sekali lagi sebab aritu pegi sekejap jek. Kali ni kitaorang pegi 3 hari 2 malam. Stay kat tempat yang sama Century Pines Resort. Suka duduk sini sebab dekat dengan pekan Tanah Rata dan taman permainan kanak-kanak. At least petang2 atau pagi2 after breakfast boleh bawak anak2 main2 kat taman...

Tapi kali ni Popai bukan nak cerita percutian aritu. Popai nak bagitau sesuatu yang mengejutkan. En Hubby bagi cadangan, berhenti kerja. Banyak sebab kenapa dia suruh Popai berhenti. Antaranya sebab gaji Popai yang kecik. Tidak sepadan dengan kelulusan yang ada. Dan lagi sebab dia tengok Popai tak seronok keje kat situ. Taktau nak komen apa...Popai kena buat solat istikharah ni. Ikut hati memamg Popai nak berhenti keje. Tapi bila memikirkan hutang keliling pinggang...tu yang terbantut hajat.

Friday, 28 September 2012

Collagen oh Collagen...

Pagi ni Popai try minum/ amek collagen before breakfast...dan hasilnya...Sakit kepala berdenyut-denyut sampai tak boleh buka mata. Serik sangat. Kesimpulannya Popai kena minum/ amek collagen after breakfast. Kalau tak memang angin satu badan. Sampai tak boleh buat kerja langsung.

Hampir-hampir nak amek MC tadi sebab tak larat sangat...Penangan collagen punya pasal. Mesti korang tertanya nape nak amek collagen? tak cukup santekkah Popai? Bukan...bukan tak cukup santek...ikutkan kulit Popai ni memang takde masalah...tapi ada beberapa testimoni minum/ amek collagen boleh tambahkan susu badan. Susu badan dh berkurangan sangat-sangat. Stock pun dah takde...kesian kat Ayish...next week kena campur sebab sekarang ni pam, dah tak dapat 12oz sehari... Camne nak bekalkan Ayish susu badan...? Lagipun teacher dia kat nursery selalu mengadu, susu Ayish tak cukup...

Itu yang Popai amek/ minum collagen dengan harapan dapatlah tambahkan susu badan...and dapat bagi susu badan until Ayish 2 tahun...dalam masa yang sama, dapat mensantekkan lagi kulit yang dah memang santek.

Santekkkkkk sangattttt....!!! (baca sambil letak kedua2 tangan di tepi dada, dan mata naik ke atas, cemikkan sikit mult)...

Wednesday, 29 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Lama betul Popai tak mem'blog' (boleh?). Raya pun dh masuk 2 minggu. Punyalah busy. Sebelum tu nak ucapkan Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Raya tahun ni macam tak bape meriah pulak. Tahun ni Popai dapat cuti awal sebab en. hubby tak balik beraya (memulalah). So untuk mengelakkan meredah kesesakan di lebuhraya, Popai apply cuti awal. Kali ni drive sorang ditemani anak2 tersayang. Alhamdulillah sepanjang perjalan semua well behave. Semua tido sepanjang perjalanan termasuk yang bongsu.

Yang tak sangka2, sehari sebelum raya (hari Sabtu), en.hubby pulang untuk berhari raya bersama. Tapi balik sekejap jelah sebab sebenarnya dia cabut dari keje. Tak cuti pun. Dapatlah kami beraya bersama walaupun sehari. Nasib baik Popai memang dah belikan baju melayu untuk en.hubby sepasang sama dengan hero kami. And nasib baik Popai tergerak hati untuk bawak balik kampung baju melayu en. hubby.

Pagi raya, cam biasa sembahyang raya kat Masjid Alor Gajah dengan en. hubby. Balik tu siap2 balik kampung en. hubby kat Semabok. Pastu baru balik kampung Popai kat Tangkak. Ziarah pusara ayahanda tercinta, then beraya ke rumah sedara mara kat kampung Payamas.

Malam tu lebih kurang 12 lebih, Popai anta en. hubby kat Tol Alor Gajah sebab dia nak balik Kemaman dengan kawan2 sekapal yang sama cabut balik kampung untuk berhari raya...hehehehehe...

Raya tahun ni tak bape meriah, collection anak2 pun tak banyak....hahahahaha...gambar? alamak...lupa plak nak upload...jap cari kamera...

Wednesday, 25 July 2012

Dialog Popai (mami) dgn Ilhan (abang) 1

24th July 2012
06:40am

Popai: Abang, bangun nak..mandi, gosok gigi nak pegi school.
(Ilhan duduk sambil genyeh mata)
Ilhan: Mami, mata abang takleh bukak ni
(sambil tunjuk mata dia yang pejam rapat)
Popai: Laa...dah nape plak tak boleh buka?
(sambil belek mata dia, risau sakit mata)
Ilhan: Taktaula mami...takleh bukak...mcmana abang nak mandi, nak pegi school...abang tak nampak kalau mata tak bukak!
(sambil hentak2 kaki)
Popai: Takde apa pun...meh, mami letak air skit
(celup2 air kat tangan and sapu kat mata Ilhan)
Ilhan: Mami...nape letak air? kan dah bukak mata abang...!!

Cerita sebenar: Dia takleh buka mata sebab mengantok sangat...so buat dramalah kejap pagi2 tu...isk..anak bujang mami sorang ni..

25th July 2012
06.45am

Mami: Abang, bangun nak..mandi, gosok gigi nak pegi school.
Ilhan: Hem..malaslah.
Mami: Bangunlah sayang..mami dah lambat ni.
(berlakon skit)
Ilhan: Yelah..yelah...nak tido pun tak boleh...
(trus bangun bukak baju dan masuk bilik. Sementara tu Popai solat Subuh. Tengah Solat dia datang nak cakap sesuatu. Tapi disebabkan Popai tengah solat, jadi tak dilayan. Selesai solat, Popai pegi tengok dia kat bilik air)
Popai: Abang nak apa tadi? kan mami tengah solat..
Ilhan: Abang nak cakap dengan mami, tapi mami tak layan.
Popai: Laa..kan mami solat. Orang tengah solat mana leh cakap. Nak apa, cakaplah...
Ilhan: Abang nak cakap dengan mami kat dalam bilik solat.
(Ok...layankan ajek)
Popai: Jom pegi bilik.
(pimpin tangan dia, pegi bilik solat)
Popai: Ok, dah sampai bilik, cakaplah.
Ilhan: Abang nak mami mandikan...
(Itu jek..kan senang cakap kat dalam bilik air...trus jirus...)

Short Break - Cameron Highlands

Discuss punya discuss, at last Popai n En.Hubby decide pegi tempat sejuk..Cameron Highland. Book tiket pun last minit kat Agoda.com.my...Yg bestnya, even kitaorg book last minit, tp tetap dapat harga yg berpatutan.

Popai memang dah lama giler tak pegi Cameron ni. Last pegi rasanya masa rombongan sekolah dulu. Itupun masa sekolah rendah. Memang takde memori langsung sebab dah lupa. Masa pegi, kitaorg naik ikut Simpang Pulai. Jalan agak besar even macam ular. Tapi bila balik, en.hubby nak ikut Tapah. So Popai on jelah. Dia yang bawakan...Nasib baik masa pegi dan balik, anak2 semua tido sepanjang perjalanan. So takdelah diaorang buat hal sebab mabuk kan...Elok jek sampai atas, semua bangun bergumbira...Lapar sangat2, kitaorang barah KFC. Lepas kenyang melantak, trus pegi check in.

Kitaorang lepak kat hotel biasa2 jek..Century Pines...dapat bilik agak luas even tinggi dan yang paling penting katil kat bilik tu adalah super king hokey...tido berlima atas katil pun still ada ruang. Sangat selesa. Bilik bersih, toilet pun bersih, pemandangan pun ok...Ilhan tanya, "Mami kenapa bilik ni takde aircond dengan fan, tapi sejuk macam ada aircond. Aircond tu sorok2 ek...?" hehehehe....

Lepas check in, kitaorang kuar jalan2...and 1st thing yang Popai nak buat adalah petik strawberry. Malangnya disebabkan kitaorang pegi sebaik saja abis cuti sekolah, jadi kebanyakkan buah strawberry telah habis dipetik...Isk...Walau bagaimanapun, setelah berpusing2 mencari kebun strawberry yang ada lagi saki baki, akhirnya tercapai jua hasrat...hehehehe...Pastu kitaorang pegi plak kebun teh boh...jauh dan sangat tinggi. Tapi sangat cantik tempat tu. Tiba2 ku berangan duduk kat sana...heheheheh...Tempat tu sangat sejuk. Ilhan cakap, "Nape kat luar ni pun ada aircond mami?"

Sebab percutian kali ni adalah percutian yang sangat singkat, so kitaorang tak dapatlah jalan puas2...Rushing jugaklah..singgah pun kejap2 jek...Alhamdulillah, sepanjang percutian, anak2 semua OK! Dan kitaorang enjoy...

On the way balik, singgah jap kat Air terjun Lata Iskandar...sangat best...

En. Hubby cakap, next time kita pegi lagi...tapi lama skitlah...3 hari 2 malam ke...baru puas nak jalan2...Oleh kerana dia dah bagi green light, Popai pun menyokong 100%..

 The Century Pines Resort

Kalau pasal makan, bagi kat Chaca

 Acara memetik strawberry

 Acara memilih pokok kaktus

Air Terjun Lata Iskandar

Saturday, 9 June 2012

short break/ holiday..

Popai plan nak pegi cuti-cuti Malaysia...tapi dok confuse, taktau nak pegi PD atau Cameron Highlands. Ikutkan PD tu dah selalu dah pegi. Dari zaman muda remaja, zaman bercinta lagi. Cameron plak last Popai menjejakkan kaki kt situ, masa rombongan sekolah rendah...hahahaha...lama giler tu. Memang teringin nak ke Cameron, tapi bila dengar citer jalan yang berbukit pastu pusing2 macam ular kena ketuk..isk...risau mabuk nanti.

Tapi setelah berbincang dengan hubby dan setelah membuat sedikit survey, akhirnya Popai telah memilih...jeng...jeng...jeng....nak tau tak? nanti dah balik, Popai bagitau ek...kasi upload gambar sekali...

 BEACH

 or

 HILL

Monday, 4 June 2012

Future kids

Terbaca satu posting kat fb yang dimiliki oleh seorang remaja :

bile ler nk abes skolh???
pasuw da bleh kje n idop sndri...
trseksa la idop ngn fmily klo xfhm kite....
ske sngt tdoh aq mcm2...
erm,mcm mne ler aq xtnsion...
fmily sndri xbg ape2 untok aq...
yg dbgi,cacian,hinaan,kmarhan...
smue bnde yg ngatif...
nth la,aq pown xfhm..
aq rse aq da mati bru dieorg sdar kot,untok ape aq hdop dsisi dyeowg...
herm,saat2 yg aq nntikn ialah dpt hidop sperti prung helang,yg bebas mnjelajah dunia...tnpa gngguan mntal n fzikal...
aq harap aq dpt kecapi impian tu brsma org yg akn mnjdi putera di mahligaiku....hahahaha..

Honestly, Popai kena baca lebih dari dua kali untuk paham ejaan yang telah diubahsuai. Bila dah paham isi kandungan 'posting' tersebut, rasa kecut perut dan terkejut. Luahan anak muda yang boleh dikatakan sangat berani.

Kalaulah anak Popai yang membuat luahan di atas, mau aku heret ikat kat pokok, pastu letak kerengga. Sebabnya langsung takde rasa hormat pada mak bapak yang dah membesarkan 'kita' dengan penuh kasih sayang. Lupakah beliau tentang pengorbanan seseorang yang bergelar ibu dan ayah. Popai rasa marah sebab Popai kenal dengan remaja tersebut. Kalau depan kita, pijak semut pun tak mati. Keluarga dia bukannya orang senang. Mak bapak terpaksa bekerja demi membesarkan anak2.

Bila pikir balik, sangat takut kalau perkara macam tu terjadi pada Popai dan anak-anak. Mesti Popai rasa sangat sedih. Kalaulah anak Popai yang berkata-kata macam tu, Ya Allah...kecewanya Popai hanya Allah S.W.T yang tahu. Mesti masa tu Popai rasa penatnya aku jaga dan didik anak waktu kecil dulu. Ini balasan nyang diberikan.

Pada remaja di luar sana, setakat mak bapak membebel tu...adatlah. Kalau tak membebel bukan parents namanya. Esok korang jadik mak bapak, ntah-ntah lagi teruk korang membebel. So kalau parents korang dah start membebel, korang dengar jelah..yang mana rasa elok jadikan tauladan. Yang mana rasa cam tak betol, buat taktau..Biasalah parents pun manusia biasa...tak lari dari buat silap. Yang penting HORMAT! Kalau hormat tu takde dalam diri korang, korang rasa orang lain nak tak hormat korang? Popai dulu penah gak remaja...penah gak buat salah...tapi takdelah sampai nak keluarkan kata-kata kesat kat umum sebab rasa HORMAT pada parents tu sangat tebal.

Thursday, 17 May 2012

Small birthday celebration sebab birthday gurl bad mood

 Birthday girl yg keletihan (ntah apa yg diletihkan kat nursery)

 Inilah red velvet cake yang Popai buat khas utk birthday Ayish

 With Abang and Kakak Cha

 Muka budak bad mood yg menunjukkan keprotesan sambil pegang pisau cake

 Abang yang tiup lilin on behalf

Kakak Cha yg melantak kek smpi 3 slices

Tuesday, 15 May 2012

Happy Birthday Ayish

Hari ni harijadi my doter (anak no 3). Happy birthday Noorairish Amanie. Ulang tahun yang pertama. Semoga Ayish jadi anak yang baik, anak yang solehah, anak yang bijak. Mami, Daddy, Abang and kakak Cha sayang sangat kat Ayish.

Kalau korang baca posting Popai tahun lepas...mesti korang kata sempoi jek Popai deliver Ayish. Memang sempoi pun. Tengah malam dah start contraction, tapi Popai buat dek jek sampailah bangun pagi, mandi, solat Subuh, uruskan anak2 semua, then barulah drive sendiri sorang2 pergi hospital sebab dah bleeding. Nasib my mom and MIL ada, so tinggalkan abang dengan Cha kat diaorang. Sampai spital Az-Zahra, Bangi, doktor cek dah buka 4cm, terus masuk labour room. Dok lepak2 dalam labour room sambil bbm hubby and message bff. Sempat lagikan. Actually doctor bagi Popai pegang phone sebab Popai bgtau nak update hubby. Hubby masa tu on the way nak balik dari Terengganu. Yang tak tahan, masa sakit coz baby dah nak kuar, sempat lagi Popai bbm hubby, bgtau yang Popai dah nak teran kuarkan baby..after baby kuar, doctor sambut, trus Popai bbm hubby, baby dah selamat kuar and it's a girl. Doktor senyum jek...masa tengah jahit pun Popai bbm hubby.

Anyway, takde apa yang special untuk Ayish. Tapi Popai dah buatkan Kek Red Velvet and Cheese cake untuk dia. So kang malam, nak nyanyi Happy Birthday kat Ayish.





Monday, 14 May 2012

Simple preparation

Lusa birthday Amanie...simple preparation, Popai buatkan cheese cake dgn Red Velvet...Cheese cake nak bawa gi ofis, red velvet untuk ke taska.



Resepi Red Velvet ni Popai pinjam 'planetmirra blogspot' punya resepi...sedap jugak and senang. Kalau nak try, klik jek kat gambar tu....

Disebabkan makan cream cheese + gula banyak sangat, sakit gigi pun melanda diriku...berdenyut2. Nasib baik kek dah siap semua...kalau tak potong 'stim'.

Monday, 7 May 2012

I loike Cheese..I loike burgur...

Ilhan selalu nyanyi "I loike cheese, I loike burgur...". Kadang tu Cha pun ikut nyanyi and Ayish tepuk2 tangan bagi support...hehehehe.. Sebabnya diaorang bertiga tu sangat suka melantak cheese. Feveret!

Disebabkan diaorg suka makan cheese, so aku dengan azam yang tinggi, mendokong cita2, akhirnya berjaya meng'complete' kan mission yang tak lagi 'impossible'. Aku telah berjaya membuat Cheese cake tanpa dibakar. Cheese kek ala ala Secret Recipe gitew...Pukul 9.15 malam kek siap dimakan, pukul 10.30 mlm, kek tinggal suku. Cepat2 aku potong masuk dalam tupperware untuk bekalan ke tempat kerja esok harinya.

p/s : saja aku leleh kan blueberry topping tu nak bagi korang terliur...

Cubaan aku yang pertama sangat success. Kalau Exam boleh dapat A+ dari segi rasa, A- dari segi hiasan...(sesi memuji diri sendiri). So next week, birthday Ayish, aku plan nak buat cheese cake ni dalam Jar (mampoo)...

Sunday, 15 April 2012

Assignment oh Assignment

Tengah dok nak mengarang dan mencari bahan untuk my 1st assignment yang dah tertunda, tiba2 terasa nak meng'update' blog ku ini...

Bilalah Popai nak abis belajar ni..bukan apa, tak fun la coz takde member yang sekepala. Lagipun terlampau banyak assignment. Popai takde masa nak concentrate settle assignment ikut date yang lecturer bagi. Al maklumla wanita berkerjaya yang perlu mengurus dan menjaga rumahtangga dan anak2 alone. Rasa tak besh plak nak story-mory dengan lecturer. Nanti ada yang mulut longkang kata Popai mintak simpati kaannnn...

Tapi ikut logik, memang masa yang ada tidak mencukupi. Cuba korang bayangkan, Popai balik keje, nak uruskan anak2 lagi... nak kemas barang2 keperluan diaorg untuk hari esok. Kadang tu nak makan pun terkejar2. Ntahlah, hopefully lecturer untuk semester ni dapat memahami my situation.

So, tajuk assignment ku yang pertama...(korang tolong Popai cari bahan)...

"Produce a report which highlights and discusses at least 5 reasons why Knowledge Management (KM) projects/ programs fail in any organization. Provide some scenarios or example to the reason."

Hah...hamek nko...  ikut ati, Popai main copy paste jek...hehehehehe...kalaulah ada student yang amek upah buat assignment, senang idupku ini...Bukan malas, tapi memang takde masa nak siapkan on time. Last semester, pas exam baru Popai anta segala assignment. Nasib baik lecturer bagi chance...Alhamdulillah lulus semua subject with 3++ pointer.

Okla, Popai nak sambung buat assignment, ada mood ku post lagi...bubye..


Wednesday, 21 March 2012

21 March 2012

Hari ni result SPM kuar...tetiba kann...padahal takde kena mengena pun dengan Popai...hahahahahaha...

Wei...lamanya tak post something kat blog ni...rindu sesangat. Tapi macam biasala alasanku, kekangan masa...Busy sangat. Busy menguruskan rumahtangga, membesarkan anak-anak tersayang, sibuk sebagai career woman (even career yang tak berapa memberangsangkan), dan juga sibuk sebagai mahasiswa. Tak lupa juga sibuk sebagai hamba Nya...

Ni nak start mengarang semula. Pening kepala nak memikirkan apa bendalah yang nak 'aku' tulis bagi korang baca...

So entry yang pertama setelah sekian lama tak mengarang adalah....alamak, blurlah. Nantilah Popai pikirkan. Maybe nak citer tentang pindah rumah...(mesti korg ckp, hah, pindah rumah lagik). Yezar, Popai kena pindah rumah lagi...tapi taknakla citer kat sini. Kita buat entry baru. Ataupun nak citer tentang Ilhan (my son) yang dah start pre school. Citer tentang Chaca (my doter) yang dah pandai cakap. Citer tentang my 3rd baby, Amanie yang dah start bertatih. Errmmm...atau citer tentang class yang dah start last week, tapi Popai ponteng...Isk, banyak jugak benda yang nak di story...

Ok..Ok...nanti Popai pikir betul-betul...tungguuuuuuuu....